Monday, March 28, 2011

Apa perbezaan sahabat dan kawan?


 
Bagi aku :
  • Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. 
  • Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. 
  • Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. 
  • Sahabat umpama 1000 orang kawan.
Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,

TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,

TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

TOLONG HARGAI KEHADIRAN MEREKA DI SISI ANDA.......
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan.. jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena  ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita.  Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..
 
Tanya pada diri! 

ADAKAH SAYA ATAU ANDA, TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat, 
Alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda, 
Beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda,
Maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik,
Sahabat yang bersahabat kerana Allah, 
Sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,
Contohilah bagaimana sahabat2 dizaman  RASULLULLAH SAW..
Itulah yang dinamakan SAHABAT.

Sayangi sahabat dan kawan kita.. 

~babylove~

1 comment:

Mummy Yani said...

anda kelaskan sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket