Sunday, December 14, 2008

Wonderful Birthday Celebration

Hye seme..... Jumpe lagi. Heheheheheh.. Tengah tersenyum, tersengih sorang2 cam kerang busuk ni. Semalam besday princess.. yg pertama. Genapla princess setahun.......... Alhamdulillah. Akhirnya princess berjaya melalui detik2 kehidupan yang penuh dugaan dan pancaroba dengan penuh semangat. Princess semakin sihat dan semakin aktif. Tapi princess still belom ada gigi. Takpe la kan? Janji princess sihat. Aunty / Uncle seme.. Princess da boleh golekkan badan left and right. Princess boleh terbalikkan badan sendiri sekarang. Dah boleh meniarap! Hihihihihihi.. A happy moment for mummy and daddy to see princess improving herself day by day. Go Go Princess.... U can do it.

Tapi, on Princess's birthday, dia demam plak. Alahai.. siannya... Ms amik dari rumah pengasuh petang jumaat tuh nampak dia lemah sangat. Cik Sarah ckp, dia takmo menyusu sangat. Mummy so worried. Iskhh.. then daddy kata, jom pegi Trauma & Emergency PPUM. Risau tgk princess ms tu. Mata kuyu Nafas turun naik perlahan sangat. Sian dia.. Badan dia x panas sangat pon. Tapi keadaan dia tu.. buat mummy and daddy x senang duduk. Sampai emergency, terjumpa lak dengan doktor yg penah supervise dia dlm ICU dl, Dr. Ng. So dia ckp princess memang demam. Alahai.. siannya........... Mula2 dia ckp, nak masok ward x? For 1 or 2 days... ahaksss.. i said.. can we try 1st to feed her at home. Then he said, OK... but if she refused, please please come back ok? haaaaa.. lega sket.... mummy daddy hope sangat princess nak menyusu, so bleh makan ubat. Heheheheheh. Dalam kete dia merengek, mummy kasi susu, dia hisap smp habes. Syukur alhamdulillah. Thank you ye princess... Sbb jadi good girl.

So today is mummy's birthday. Daddy was the 1st to wish me. Hihihihiih.. siap bisik kat tinger.. happy birthday sayang... Hihihihih.. Then Abg long and Adam start to sing Happy Besday Mama, Happy Besday Mama, Happy Besday Mama.. Dah pukol 12.10am riuh satu rumah. Byk sms / email yg masok.. X terlayan / x terbalas. Hehehehe.. Thanx pada seme kengkawan ye.. Thanx for da wish. Daddy kasi hadiah special.. Kasi mummy kasut baru, bawak mummy p makan. But i asked for Food Court Carrefour Subang only. Teringin nak makan claypot Tom Yam. Yummmiiieeeee... Thanx Sayang... Love u So Much. Pastu malam, pegi rumah mak ayah sebelah daddy. Heheheheheh.. Mak ajak makan sama2 as kami dah lama x dinner together. Pas2 ayah ajak klua ... mula2 nak p main bowling, tp dah malam . Then ayah ajak p makan Pizza kat State, PJ. Alahai.. tengkiu mak ayah.. x expect pon diorg nk belanja makan sbb td dah makan kat rumah. Memang kenyang abes.. 4 keping hawaiian chicken and BBQ chicken stuffed crust! Aha... gambar nnt mummy upload k....

For all, My dearie Hubby, Kids, Mama Abah, Mak Ayah, cousins, friends.... Thanx for all the wish. Please pray for my princess... Bye.......

Thursday, November 27, 2008

Lagi Kisah Nur Farhana Batrisya

"Hai seme. Aunti, Uncle... Kawan2.. Heheheh.. Tisya dah ada kawan ker? Apa kaba seme? Skang ni tisya tengah main2 ngan Nenek Sarah ngan Atok Mail. Diorg jaga Tisya ngan baik. Papa ngan Mama x yah risau. Adik suka nenek. Nenek pandai jaga adik... "

Alangkah indahnya kalau kata - kata ini dilafazkannya sendiri. Mama akan setia dan sabar menanti adik bercakap dengan mama. Heheheh. Mama tau adik akan sembuh macam dulu. Skang ni pon Tisya dah semakin aktif. Suka ketawa ( smp terkekek - kekek ), punya la happy main ngan abg ngah n papa. Minum susu kuat, makan nestum kuat, tidur pon kuat.



Semakin hari semakin banyak perkembangan positif dalam proses pemulihan Tisya. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami sekeluarga.
Buat keluarga, teman dan rakan - rakan yang banyak memberi support, thanx a lot.
Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian seme.

Sepanjang minggu ni Tisya lebih banyak membuat pergerakan bahagian kaki kanan, menolak badan untuk berpusing ( meniarap ). Satu perkembangan yang sangat positif. At least dah nampak sket kemajuan.
Cumanya, gigi still belom tumbuh lagi. X pe la. Pelan - pelan.

Hari ni juga, rambut Tisya dah semakin lebat. Kerinting halus, pusing2.. Comel sangat. Hehehhe. Rindu je mama ngan Tisya. Malam pon senang je nak tido. Mama harap Tisya akan terus pulih, walopon x sepenuhnya, Mama redha. Kita akan sama - sama lalui hari - hari yang akan mendatang dengan penuh ketabahan. Biar apa juga kata - kata orang pada Tisya, akan Mama lempar jauh - jauh. Mama x peduli andai Tisya disahkan OKU sekalipon ( doktor dah sahkan begitu ).. Tapi Mama tahu, masih ada jalan untuk kita seme. Mama akan bantu adik, mama akan buat apa saja untuk pulihkan adik balik. Mama sanggupkan korbankan apa saja yang mama ada demi untuk adik yang mama sayang. Seme sayang adik... Kawan2 mama ngan papa pon sayang adik. Suddenly adik ada ramai uncle & aunti...




Tuesday, November 18, 2008

Birthday

Next month besday my little princess.. a day before my birthday, 13.12.2008. Genaplah dia setahun. Perancangan awal dulu - dulu, nak seleberet besday dia besar - besaran. Tapi skang ni, dia masih dalam tempoh pemulihan, so tak leh nak aggresif sgt. Ada plan nak celebrate jugak la, sekali ngan besday aku nanti. Hehehehe... Kadang2 bile tengok dia, sayu hati ni. Kalo la dia sihat kan... mesti skang ni dia tengah sebok - sebok nak berdiri and berjalan kan. Gigi pon mesti dah ada 2 3 batang. Sure comel. Hihihihi... Skang ni, dia just terbaring. Kadang - kadang aggressif jugak atas tilam. Jangan tatau, si kecik ni tidur lasak jugak. Malam kepala kat sudut A, bangun pagi kepala da sampai sudut C. Jauh tu. Hahahahah. Tilam tu cam dia sorang je tido. Abang - abang mana leh tumpang.

Last week, ada seorang doktor nama dia Dr. Maziah. Dia call sbb nak datang umah tengok baby. Dia berminat nak buat testimoni kat baby aku. Perubatan menggunakan RX-Water. Tatau lagi camne rupanya coz belom jumpe. Ada yang kata berkesan untuk pulihkan mata baby. Insya Allah, kita cuba la dulu. Mana tau rezeki dia kan? Cubalah. Hopefully akan ada perubahan la, so boleh seleberet besday dia. Tak sabar rasanya menunggu hari itu.

Thursday, November 13, 2008

What A Scary Nite Yesterday!!!!!!!

Kira - kira pukol 4.10 pagi tadi, aku terdengar hiruk pikuk kat luar rumah. Aku mula rasa cam nak marah je. Apa la yang diorg ni seme memekak pagi - pagi buta. Aku ada terdengar orang menjerit " Tolong! Bakar ! Ada benda terbakar! Rumah kita terbakar!". Aku sangkakan aku bermimpi tapi mataku terbuka. Jeritan yang mula - mula tak berapa jelas, makin kedengaran bila aku buka pintu depan. Benda pertama yang aku nampak, cahaya kemerah - merahan dan bunyi sesuatu sedang marak terbakar. Hatiku berdebar - debar. Dalam pikiran aku satu je, nak bawak anak - anak lari keluar. Bila aku jengah keluar, rupa - rupanya 3 - 4 buah motosikal sedang marak dijilat api di tingkat bawah rumahku.. Jaraknya hanya beberapa ratus meter jerk. Bahang kepanasannya jelas terasa. Aku lega sedikit kerana bukan rumah yang terbakar, tapi ini pon cukop mencemaskan aku. Lokasi kebakaran tu menjadi port kegemaran hubby aku utk park motor dia. Nasib dia baik semalam, sebab sepupu dia pinjam motor semalam petang sampai esok. Aku terus menghubunginya tapi HP tutup. Aku mula resah gelisah sebab aku sendirian di rumah. Aku bimbang aku kelam kabut kalau diarahkan kosong bangunan. Camne aku nak bawak anak-anak aku turun nanti? Arggghh tawakal la... Tak lama lepas tu, hubby call tanya keadaan aku and anak - anak. Seme ok. HP dia problem, so that I couldn't reached him before. Takpe la, as long seme ok... Tapi lepas ni aku akan pastikan dia akan berada di rumah selepas kol 12 malam. Tamau berulang lagi tragedi seperti ini, and I'm alone. Takottttttt siotttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt......

4.30 pagi api semakin marak dan makin banyak motor yang terbakar. Merebak dari satu motor ke satu motor. Penghuni Block 9 berusaha keras menyelamatkan motor - motor yang park berhampiran. Mujur tiada yang cedera. Tahniah buat kalian semua. Pasukan Bomba dihubungi 5 minit selepas kebakaran bermula, tapi hanya tiba setelah api berjaya dipadamkan. Nak kata jalan jem... kol 4 pagi. Jem celah mana? Hurmmmm.... x paham aku. Apa - apa pon, terima kasih dan tahniah pada penghuni - penghuni Block 9 yang telah berusaha memadamkan kebakaran ( bagi aku besar gak la ).... walaupon sedar ada bahaya yang menanti bila mereka menghampiri kawasan kebakaran. Kalo tak... hangus la flat kiteeeeee.... Eeeeee... seramnye... Rumah "pengasuh" anak aku yang kontroversi tu... Betul - betul atas kawasan kebakaran. Diorg panik gile.

Aku rasa ada 2 sebab kejadian ni berlaku.

1) Mat - mat rempit ( mat motor ) bergaduh atau selisih faham, and nak tunjuk rasa tak puas hati bakarlah motor lawannya itu. Bukan saja sebuah yang terlibat, 4 - 5 buah habis hangus terbakar, rentung abes tinggal besi. Kene plak, seme motor yang terbakar, tangki minyak full. Apalagi... menyala - nyala la apinye. Gaduh pasal apa ntah la.. Kalah race ke, berebut awex ke, motor orang tu cantik / baru sangat ke.. Biasa la manusia ni PHD ... ( perasaan hasad dengki ) tu menebal jerk.....

2) Ada orang buang / baling puntung rokok dari tingkat atas.. Tapi aku rasa cam tak logik je....... Ntah la. Biar la polis @ bomba siasat.

Syukurlah aku dan anak-anakku selamat dalam kejadian semalam. Aku berharap tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku.......................................

Monday, November 10, 2008

Antara Rasa Cinta, Kasih & Hormat .....

Kenapa dalam rumahtangga masa kini ... isteri perlu bersaing dengan orang luar ( keluarga mertua @ KAWAN - KAWAN ) suami dalam segala aspek?? Sapa ada jawapan?

Nak kata ni luahan hati.. tak juge. Tapi aku sedang melepaskan sesuatu yang terbuku di fikiranku. Aku hairan bila ada sesetengah suami yang tak pandai mengambil hati isteri walaupon dah kawen berbelas / berpuluh tahun. Hurm... agak2 korang apa punca seme ni ek?

Kes 1:

Maria ( bukan nama sebenar ) dan Johan ( bukan nama sebenar ) diijabkabulkan 7 tahun yang lalu. Sepanjang perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipon mereka bertegang urat atau berselisih faham ( sket2 adalah ). Kebahagiaan mereka diserikan dengan 2 pasang cahayamata kembar. Anak dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Johan seorang mekanik kereta dan Maria pula bertugas sebagai setiausaha peribadi CEO di salah sebuah syarikat swasta. Maria tak kisah dengan pendapatan Johan yang jauh lebih rendah darinya kerana Johan masih mampu menanggung perbelanjaan rumah ( sewa, barang dapur & lain2 ) dan juga bayar pengasuh anak. Johan ada ramai kawan, pelbagai lapisan umur. Tua dan muda. Apa yang merunsingkan Maria, Johan terlalu menjaga hati dan perasaan kawan2nya berbanding dirinya sendiri. Johan tak kisah seandainya Maria sedang memarahinya atau terguris hati dengannya, jauh sekali Johan datang memujuk atau meminta maaf. Tapi bila dia bertegang urat dengan kawan2nya, 2 3 jam lepas tu mesti baik balik. Siap call, lepak minum. Pas2 buat je macam x de apa yang berlaku. Tapi kalo dengan Maria, cukop la susah. Egonya.. melambung tinggi. Dalam fikirannya, isteri harus / wajib meminta maaf dengan isteri. Pernah suatu hari, kereta Maria rosak. So, Johan menghantar Maria ke Office pagi tuh. Bila time nak balik, Maria terpaksa tunggu Johan datang menjemput berjam jam lambatnya. Alasannya, kawan dia datang suruh tengok kereta problem. Sedangkan waktu tu dia dah habis kerja. Si isteri disuruh minum dulu di kafe yang berhampiran sementara dia melayan kawannya yang datang lepas waktu kerja. Lepas 1 jam stgh Maria menunggu, akhirnya Johan call bgtau yang KAWAN dia yang lain akan datang menjemput Maria dari office. Cuba anda bayangkan anda di tempat Maria? Hurmmmmm.... Sabar la si isteri menanti kedatangan "driver" yang dihantar suami sendiri. Dah la kene ambil anak dari rumah pengasuh, balik nak masak untuk makan malam. Si Johan masih lagi di bengkel membelek kereta kawannya yang ntah apa rosaknya. Pukol 9.00 mlm br smp ke rumah, then of coz la penat. Waktu nak main dengan anak - anak pon takde. Letey la katakan. Anak - anak bising sket, sure suara Johan pon meninggi. " Jangan bising, papa nak rehat". Bila anak2 tanya itu dan ini, " Pi tanya mama". Tapi, bila kawan2 dia call, dia boleh sembang dengan kawan2 ... kadang2 smp bateri HP abes. Dah la isteri yang terguris hati tak ditegur, ditambah lagi dengan benda lain yang menyakitkan hati. Banyak lagi sebenarnya yang Johan lakukan... Apa saja tindak tanduknya seme berpandukan kawan. Hinggakan dia pernah terlanjur memarahi Maria ( nasib baik tak lafaz cerai ) kerana kawannya bgtau Maria keluar berjumpa seorang lelaki selepas waktu pejabat. Alangkah hebatnya penangan kawan sampai Johan mati - matian memaksa Maria mengakui sesuatu yang dia tak lakukan. Akhirnya kebenaran terbukti, nyatalah Maria isteri yang baik dan setia dan Johan malu sendiri. Namun dia masih tak mahu meminta maaf kerana baginya suami yang meminta maaf dari isteri ialah suami yang lemah. Bila dia sakit / demam, susah nak tengok kawan2 dia datang menjenguk. Sebenarnya dia dah boleh bezakan mana kawan mana lawan. Tapi bagi dia, seme kawan2 yang dia pilih, seme yang terbaik. Susah la begitu. Kini, Maria masih bersabar dan bertolak ansur dengan kelakukan Johan yang makin lama makin parah dengan kawan2 nya. Dia hanya berdoa agar Johan akan berubah sikap dan rumahtangga mereka akan terus kekal sampai ke akhir hayat.

Kes 2.

Suriani dan Syed dinikahkan dalam satu upacara yang gilang gemilang 3 tahun lalu. Sebelum mereka berkahwin, Sue ada mencadangkan pada Syed untuk tinggal di rumah sendiri ( sewa @ beli ). Mulanya Syed bersetuju. Tapi selepas selesai majlis mereka, ibu Syed, Syarifah Hanum mahukan Sue dan Syed tinggal bersama sama mereka dan adik - beradik Syed yang lain. Rumah ibu Syed tak la terlalu besar, tapi muatla untuk 3 keluarga. Seawal tahun yang pertama, semenye berkeadaan baik. Masing2 menunjukkan kemesraan antara satu sama lain. Tahun kedua, Sue dan Syed dikurniakan cahaya mata sulung. So, anak Sue dan Syed kini menjadi penyeri dalam rumah mertua Sue, dan ini menimbulkan rasa cemburu & jauh hati ipar dan biras Sue. Sebelum kehadiran Sue, ibu Syed sungguh menyayangi dan menghormati ketegasan menantunya ( Biras Sue ). Dia paling tak suka kalau barang2nya diusik. Dia juga tak mahu anak2nya terlalu dimarahi ( walaupon hakikatnya anaknya nakal sangat, maklumla 2 lelaki ). Dia dan abg Syed bekerja, so ibu Syed yang menjaga 2 orang budak lelaki itu. Ibu Syed takkan usik kain baju menantunya yang dijemur di ampaian kecuali hari hujan. Dia sanggup menunggu menantunya itu balik dari kerja untuk mengangkat pakaian dari jemuran, untuk dia pula menjemur pakaiannya. Begitu juga dalam hal masak memasak. Ibu Syed akan memasak makanan yang mengikut selera menantunya itu. Bila anak2nya yang lain datang ke rumah, barulah ibunya akan memasak mengikut selera keluarganya ( in fact suaminya sendiri, ayah Syed ). Tapi bila Sue tinggal di rumah itu, dia tidak mendapat keistimewaan yang sama seperti yang pernah dialami oleh menantu yang lain. Balik dari kerja, selalu Sue nampak kain baju yang dijemur seawal Subuh hari sudah disepuk di atas katil dalam bilik tidur mereka. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi benda2 yang berlaku dalam rumah tu, dan akhirnya Sue terpaksa mengalah. Hurm.. sabar je la. Anak Sue terpaksa dihantar ke Nursery dengan alasan ibu Syed tak mampu nak menjaga terlalu ramai. Sue beralah kerana dia merasakan anaknya masih lagi kecil dan memerlukan perhatian yang lebih. Takpela, jauh sket nak menghantarnya pagi2, asalkan tak menyusahkan sesiapa. Syed sebenarnya mengerti gelodak jiwa isterinya yang mahu memberontak, namun dia serba salah kerana di pihak yang satu lagi ada ipar dan juga ibunya sendiri. Hati mereka perlu dijaga. Apabila Syed menyatakan hasrat nak berpindah ( alasannya dekat sket dengan Nursery), ibu Syed mula menunjukkan bantahan walaupon dia tak menyatakan secara jelas. Dari segi perwatakkannya, Sue dan Syed tahu dia membantah. Syed sayangkan isterinya, tapi dalam masa yang sama dia tak mampu membantah kehendak ibu yang mahu mereka tinggal bersama dan hati ipar duai yang perlu dijaga.

So apa pendapat anda?

Thursday, November 6, 2008

Perkembangan Terkini Anak - Anakku

Hye.... Jumpe lagi. Lama dah tak berkesempatan update blog. Sampai ada yang dah kasik "reminder". Hahahahahah.. Kecoh la abg buyong nih. Nak update xde masa laaa.. Ni baru ada masa sket2. Hihihihi. Ermm nak cite apa ek? Abang long dah ikot mak tok & tok wan balik Penang. Sunyi la jugak dia takde. Kalo tak seronok dok sembang ngan dia. Maklumla, mulut cam orang tua. Semua tau. Bila aku tension ngan papa dia, dialah yang pujuk. Hurmm.. rindu mama kat abg long. Smlm call dia, tanya dia wat apa. "Abg kat tesco la mama, shopping barang dapur". Hahahahah nak tergelak dgr dia sebut barang dapur. Macam tau je barang dapur tu apa. Hikhikhikhikhik. Pastu dia tanya aku, "mama ni tipon abg ada hal apa?" Uwaaaaaa.. nak call anak pon kene ada hal br leh call. Kakakakakaka.. Lawak aa dia tuh. Tok wan dia cakap nak sekolahkan dia kat sana next year ( 5 thn ). Pejam celik pejam celik dah besar anak aku.

Tinggallah si gemuk Adam ngan Tisya ngan aku kat sini. Si Adam dengan kerenah dia la. Asyik main doplohpatjam. Kalo ajak berjalan no 1. Sket2 nak main elephant ( kat Mydin tuh.. naik gajah bulu2 )...... Kopak la mama Adam oi. Hikhikhikhikhikhi. Pas masok dlm supermarket jerit2 nak Vitagen. Hihihi... anak2...

Actually aku nak upload gambo2 diorg ni... tp arini memori reader tak bawak la. Banyak la gambar2 diorang dlm HP. Nak cite banyak2 tak leh, keje tengah banyak ni. Hehehe.. sorry ek kengkawan.

Daa daa................

Wednesday, October 29, 2008

I'm Back

16.10.2008 Tisya admit Peads 2 lagi sekali sbb Dr. Priya & Prof Mary minta buat CT Scan lagi sekali. Aku pon ok je la coz kami sendiri nk tau apa perkembangan kesihatan dia. Semalam dah pegi cek mata, alhamdulillah doktor ckp pendarahan kat saluran mata dia dah pulih sepenuhnya. Cuma fokus mata dia tu masih belom lagi pulih sepenuhnya. Takpe la.. Pendarahan dah pulih tanpa parut pon dah buat kitorg bersyukur. Biarlah Allah tentukan hari kemudian. Yang x bestnye, bila Prof ckp kecederaan baby aku maybe kekal sebab terlalu banyak kerosakan di bahagian tisu otak dia. Aku frust sebenarnya, tapi aku tahan air mata aku, aku x nak menangis lagi. Aku sendiri view report scan tuh. Sedihnya, hancur hati aku tengok. Begini nasib anak aku. Aku sedar Allah menguji kesabaranku. Sesungguhnya aku akur dengan kekuasaan Allah Taala, yang mahukan aku mendekatkan diri kepadaNya.

20.11.2008, aku kembali bekerja. Kat Opis lama jugak. So sket sebanyak dapat jugak membantu tampung perbelanjaan apa yang patut. Thn depan abg long da nk start sekolah. So memang kene ada saving yang banyak. Skang ni dah dok ngan mertua, so kene la hulur2 sket. Hehehehe. Anak2 kami hantar pada pasangan suami isteri kat Tmn Medan, Hj Ismail & Hjh Sarah. Alhamdulillah, diorg ni baik sangat. Nak kata fobia tu, mmg fobia. Tp nak tanak aku terpaksa "pejam mata" sebelah tinggalkan si kecik tu ( yg masih dalam proses pemulihan ). So far, dia x banyak buat hal ngan pengasuh baru. Aku pon da cerita A-Z pd Cik Sarah psl Tisya. Alhamdulillah, Cik Sarah ngan Che Mail dpt terima anak2 kami dengan baik. Malahan anak2 diorg pon mesra ngan budak2 ni. Abg long pon suka pegi sana. Pagi2 bangun excited nk g umah nenek. Mungkin Allah nak mempermudahkan urusan kami dengan menemukan kami dengan makcik ni. Hari demi hari, skang ni dah masok 2 minggu baby dengan pengasuh baru. Aku berdoa supaya kali ni kami x akan bertukar pengasuh baru lagi. Cukop la kali ni. Biarlah diorg ni jauh sket rumahnya, janji puas. Bayaran pon dia x kisah sangat. Baiknye la. Cik Sarah ckp dia jaga budak bukan pasal bayaran bulan², tapi pasal kesiankan mak & ayah yang nak bekerja tapi x de orang nak tolong jaga anak mereka. Dia juga mahu kami anggap dia seperti saudara, bukan pengasuh anak kami. Aku panjatkan kesyukuran padaMu Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami.

Tuesday, September 9, 2008

Ramadhan with my Kids

Hye.. jumpe lagi hari ni. Baby seme tengah tido so aku leh la update blog kejap. Kalo x, memang x berkesempatan laa.. Baru nak menaip je baby dah merengek - rengek.. Heheheheh.. x kasi can langsung mama nak chit chat.


Gambar ni aku amik semalam. Dia tengah relax. Dah kuat sket kepala dia tuh. So far Alhamdulillah. Banyak jugak perubahan yang aku nampak pada dia. Aktif, sihat, menangis pon kuat, makan kuat, minum susu kuat. Seme la kuat. Tapi aku ok jer as long dia x banyak mendatangkan masalah ( xde mslh pon ). Cuma malam payah sket nak tidoq. Siang ok jer.. Sehari suntuk bantai tidoq tu pasal malam susah nak tidoq. X pa la, boleh aku wat keje umah sket2 bila dia dok beradu tuh. Tapi dia ni pandai, bila kol 5.00ptg je, time aku baru nk start masak, dia pon bangun la. Haduih makkkkkkkkkkkkkkkk.. Kalau dah bangun tu, payah la nak masak. Mana nak melayan dia lagi, nak masak berbuka lagi. Kadang2 sampai x cukop kaki tangan.

And 1 more thing, bos da panggey masok keje balik. Melepas la aku. Xde orang nak jaga dia nih. Adussssss.. Nak raya ni ingat leh la tambah duwet poket. Iskhhhhh...



Merdeka yang lepas aku balik Penang jap. Tengok mama abah. Lagipon tahun ni raya ngan mertua. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sian mama. Kak long pon ngan mertua. Radhi keje kot. Diorang berdua jer. Iskhhh bersalahnye aku. Puasa pertama sempat la berbuka ngan diorang. Makan mee kari. Hurmmmmmmm sedapnyeeee.. Yummy.... Thanx ma. Sodap gitu. Lagi sambal udang ngan petai, buah melaka. Nasib baik kitorang ada. Kalo tak berdua je la buke puasa. Aku bagitau mama nk bawak balik abang long ke KL. Aku tau dia berat hati. Dia cakap nanti payah nak jaga la apa la. Memang payah tapi nak wat camna. Nanti dedekat raya nak balik amik lagi. Nak x nak, payah x payah.. Abah dia nak amik bawak balik jugak. Bulan puasa ni seme anak2 ada kat sini. Abang ngan Adam dah balik sini. Tahun ni raya ngan nenek sini. Tahun depan baru raya ngan maktok. Hurmmm.. nak gile aku dibuatnye. Migrain aku!!!!!!! asyik bergadoh je budak 2 orang ni. Ya Allah hai... nak marah x boleh.. pose.. sabor je la. Nak masak pon payah. Mintak tolong jaga adik pon malas. Asyik dok melayan Ceria 611 jeeeeeeeeee. Heeeeeeeeeeee tension haku. Kalo main sehari x gadoh la jangan panggey depa adik abang.

Muhammad Qayyum Zikri & Muhammad Adam Fikri

Ni ha budak 2 orang yang asyik gadoh x sudah2. Kalo adik x kacau abang, abang yang kacau adik. Kalo abang dok main sorang2 ha datang la si gemuk kacau abang.. Nak pecah pala aku! Malam x pe la babah diorang ada. Diorg ni kalau babah ada baru baik sket perangai. Ngan aku x heran pon! Migrain migrain. Si adik tu gangster! Payah la. Silap sket pelempang naik muka abang. Hahahaha.. Lantak la. Janji x luka mana2 ok la. Main le korang.


Eh ok la u all.. Sampai sini dulu.. Nanti sambung lagi. Bye...Enjoy reading!

Friday, August 1, 2008

Farhana Menjalani Proses Pemulihan

Perkembangan Terkini Nur Farhana Batrisya lepas sebulan dia kluar wad semakin baik. Dia dah boleh tersenyum dan ketawa bila diagah. Alhamdulillah. Ini 1 perkembangan yang positif bagi kami sekeluarga. Kini dia terpaksa berulang alik ke PPUM utk rawatan susulan. Pemeriksaan mata dan juga Development Clinic. So far, kecederaan pada saluran belakang mata semakin baik dari masa ke masa. Syukur kami ke hadrat Ilahi yang menyembuhkan bidadari kecil ini. Aku dan abang tak kisah nak kene berulang ke hospital sekerap mana pon, asalkan si kecil ni boleh sembuh sepenuhnya dan kembali normal seperti dulu.

31.7.2008 ada follow up clinic dengan Dr. Priya. Tapi aku jumpe Prof Mary. Prof cakap baby dah boleh diberi makanan tambahan. Nestum contohnya. Aku sudah boleh tersenyum. Satu lagi perkembangan terbaru yang positif. Masa kat ICU, doktor kata potensi untuk dia kembali normal macam yang sebelumnya mungkin tipis, tapi aku percaya pada Kuasa Allah Taala yang Maha Mengasihani. Dia Maha Mendengar rintihan hati seorang ibu seperti aku. Aku takkan berputus asa, akan aku usahakan apa yang perlu asalkan Nana Isya sihat seperti sediakala.

Lepas kejadian tu, Nana Isya susah sangat nak tidur malam. Dia asyik menangis, sakit kot.. Tapi mama tatau nak buat mcm mana. Mama pon tatau adik sakit kat mana. Susah betol nak pujuk dia skang. Adakala dia nak ngan babah dia je... Adakala tak mau langsung ngan babah dia. Orang lain langsung tanak. Fobia agaknya. Kadang2 terganggu jugak emosi aku menjaga si kecil ni. Penat tau jaga dia ni. Ada saja yang tak kena. Orang cakap aku mesti sabar, aku harus tabah dan kuat semangat menempuh dugaan ini. Tapi aku rasa apa yang aku alami x sama dengan apa yang diungkapkan. Memang aku perlu persiapkan diri menempuh hari - hari mendatang menjaga Nana Isya sehingga dia benar - benar pulih kembali.

Satu persoalan yang menjadi tanda tanya dalam benak fikiran aku, kenapa hingga ke saat ini pengasuh yang aku anggap saudara tak menghubungi aku bertanya khabar anak aku? Apakah sebenarnya yang terlintas di hati dia? Apa kesalahan aku sampai dia tergamak mencederakan bayi aku? Sekalipun ini satu kemalangan, aku redha andainya dia berterus - terang akan apa yang terjadi. Aku sebagai manusia biasa akan dapat menerima andainya sudah suratan anakku ditimpa malang, mungkin kebetulan di rumah pengasuhnya. Tapi, tindakan Kak Mas dan Kak Lang yang mengelak dari bertembung dengan aku tatkala aku balik ke rumah menimbulkan curiga dalam hati aku dan keluarga. Kenapa perlu dia mengelak? Salahkah andai dia bertanya khabar? Benarkah dia terlalu marah pada aku? Maybe sebab aku terlewat jelaskan duit mengasuh bulan April kot? Takkan pulak. Lewat pon cuma 2 3 hari jerk. Ke sebab ada ura- ura aku nak upah pembantu rumah? Iskhh.. Macam2 persoalan ada dalam kepala aku ni. Ya Tuhan, berikanlah aku jawapan pada persoalan ini? Keluargaku turut mendapat tempias akan kejadian ini. Takpe la.. Aku serahkan seme ini pada budi bicara pihak yang berkuasa untuk terus menyiasat kejadian ini. Mula - mula memang aku andaikan ini adalah satu kemalangan, namun aku ubah fikiran aku bila Kak Mas mula mengelak dari bertembung dan menghubungi aku. Ada perkara yang terselindung yang kita seme perlu tahu. Aku yakin para doktor juga mahukan jawapan yang pasti punca kejadian yang menimpa Nur Farhana ni. Aku x menuduh sesiapa tapi aku perlukan jawapan. Aku lahirkan anakku ini normal, sihat anggota badan, tiada kecederaan fizikal, dia dah boleh meniarap di usia 5 bulan, dia dah boleh ketawa riang tetapi kesemua kebolehan dia direntap sekelip mata. Seme ini dugaan dan cubaan yang terlalu hebat buat kami berdua.

Namun, aku memanjatkan syukur yang tidak terhingga. Tragedi ngeri yang menimpa kami sekeluarga ini sebenarnya menyatukan hati kami, menguatkan kasih dan rasa cinta antara aku dan abang. Pengalaman ngeri di mana kami hampir kehilangan anak tersayang membuatkan kami saling menghargai antara satu sama lain. Turut menggembirakan aku, abang juga dah berhenti merokok. Satu perkembangan yang sangat baik. Baguslah tu abang, untuk kesihatan...
Buat masa ini, abang seorang yang bekerja menampung keluarga. Aku terpaksa mengorbankan kerjaya aku di saat aku ditawarkan gaji yang cukup lumayan, hanya untuk menjaga Farhana sepenuhnya. Aku memilih permata hati dan lepaskan jawatan yang ada demi kesejahteraan anak aku. Fobia abang nak anta rumah pengasuh lagi. Ayang siankan abang... Bertungkus lumus untuk ayang dan anak2. Thanx sayang.....

Hanya Allah yang tahu betapa aku dan abang sayangkan anak2 kami. Mereka bak pari - pari dari syurga yang menghiasi mahligai kami. Muhammad Qayyum Zikri, Muhammad Adam Zikri dan Nur Farhana Batrisya... Mama sayang anak2 mama.... Kalian adalah sinar hidup mama. Moga kita akan terus bersama dan bahagia hingga ke akhir hayat...

Thursday, July 31, 2008

Bayiku didera pengasuhnya .... Ini kisah benar!



Aku ada sebuah tragedi hitam yang menimpa baby girl aku untuk diceritakan pada umum. Macam mana nak mulakan aku pon tatau. Tapi kejadian yang menimpa anakku... pendarahan otak yang kritikal dan dia koma selama 8 hari, terlalu hebat untuk aku tempuhi.

Nur Farhana Batrisya, nama yg kami beri seindah dan secantik pemiliknya baru berusia 5 bulan. Semasa kami suami isteri bekerja dia dijaga oleh jiran aku iaitu Kak Mas. Sepanjang 3 bulan dia menjaga anak2 kami, nampak mcm ok tapi anak aku yg no 2 Adam, kerap mengalami lebam2 di paha. Malah, pernah sekali dia mengalami lebam yg agak teruk di bahagian mata. Aku dan suami bawa dia ke klinik, mujurlah tiada sebarang kecederaan serius. Bila aku tanya abg long, katanya "tadi adam nangis rumah MAMA ( kak mas )". Kronologi kejadian ini....

9.5.2008 ( Jumaat )
7.45pg : Aku bersiap di meja solek utk pergi kerja pada pagi itu. Farhana masih nyenyak tidur di dalam buaian. Aku angkat Nana Isya klua dr buaian dan baringkan di sebelah aku atas katil. Dia buka mata dan senyum pada aku

8.00 pg : Aku klua dr rumah dan hantar Nana Isya ke rumah pengasuh yang hanya selang sebuah dari rumah kami. Sebelum aku tinggalkan Nana Isya.. dia sempat senyum pada aku. Masih ada bau minyak wangi aku pd baju tidur yang dipakainya.

10.45 pg : Kat office, macam biasa. Aku sibuk dengan tugasan yang ada. Khayal aku buat keje. Then abang call, beritahu nak bawa Nana Isya ke klinik. Pengasuh anta Nana Isya ke rumah katanya Nana Isya mcm sesak nafas. Kebetulan abang masih di rumah, terlewat bangun nak pegi keje. Masa tu Nana Isya dah biru kaki tangan. Mcm x cukop oksigen. Mujur Mizan datang umah pagi tuh. Nasib baik laaa.. Kalo x mesti Kak Lang tatau ada orang kat umah. Kak Lang terus lari bawak Nana Isya turun klinik bawah. Smp klinik bwh, doktor beri bantuan oksigen. Tapi slps 5 mnt, dia minta abang bawa Nana Isya ke Hosp sbb dia risau keadaan baby akan lebih teruk. Smp di Trauma & Kecemasan PPUM jam 11.10 pg, Nana Isya dikatakan terkena sawan. Dia diberi ubat pencegah sawan, namun Nana Isya tak bertindak balas pd ubat yang diberi.
Pakar Kanak-Kanak dipanggil kerana keadaan Nana Isya makin teruk. Jalan terakhir yang mereka ambil ialah dengan mengadakan imbasan CT ( CT scan ) kerana tak tau apa punca Nana Isya sesak nafas. Hasil imbasan, pakar kanak-kanak mendapati ada pendarahan berlaku di sekitar otak baby kecil sy. Nana Isya terus dihantar ke Wad Pediatrik 1, ICU PPUM. Aku terus hubungi abah di Penang dan mereka dlm perjalanan ke KL.. Ibu mertuaku di PJ sudah tiba di perkarangan menara timur PPUM.

1.30 tgh hr : Kami tiba di pintu PICU 1. Para doktor bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Nana Isya di Bed 3. Aku hanya mampu menangis dan menangis mengenangkan keadaan Nana Isya. Sungguh x sangka sbb pagi masa aku hantar dia, Nana Isya masih lagi sihat dan tersenyum. Aku lihat semakin ramai doktor mengerumuni katil Nana Isya. Apa yg berlaku di sana?

3.45 ptg : Saya didatangi oleh seorang doktor lelaki (lupa namanya )... mengatakan, keadaan Nana Isya sangat tidak memuaskan. Sangat kritikal dan Nana Isya tenat. Gelap dunia ini aku rasakan. Hampir pitam di sisi suami yang sememangnya sudah tidak bermaya. Dia terlalu panik dengan kejadian yg tidak pernah kami alami ini. Tetapi aku masih mengharap kata2 doktor itu hanya andaian semata - mata.

5.00 ptg : Kami suami isteri dipanggil oleh Prof.Mary Maret, Pakar Perubatan PPUM yang juga Pakar Pediatrik kanak-kanak untuk menerangkan keadaan sebenar Nana Isya. Mmg dia sedang kritikal, tenat, nazak dan sebagainya. Doktor beri kami harapan hanya 10% utk bayi kami survive. Kecederaan otaknya terlalu besar utk seorang bayi. Aku hampir pengsan mendengar kata2 Prof Mary. Ini bukan lagi gurauan! Bukan tanggapan! Malah satu kenyataan. Di benak fikiranku cuma 1, aku akan membawa pulang jenazah anak kecil aku. Ya Allah, dugaan apakah ini? Abang memeluk aku seeratnya dan kami menangis semahu-mahunya. Aku masih tidak percaya seme ini berlaku pd kami sekeluarga. Hampir seme ahli keluarga ada bersama dan semua x mampu menahan air mata. Sejam kemudian, kami dibenarkan menjenguk Nana Isya.... Hancur hati saya melihat lengannya dicucuk dengan bermacam macam jarum menembusi kulitnya yang halus. Sayu aku melihat Nana Isya terbaring kesakitan. Matanya tertutup rapat semacam tidak memberi peluang lagi utk dia menatap wajah kami semua. Doa, solat hajat dan bacaan yassin x lekang dari mulut kami sekeluarga dan juga teman2 rapat kami yg dtg berkongsi kedukaan aku ini.

7.00 mlm : Aku dipanggil oleh Prof Si Lay, Pakar Sakit Puan. Hati aku mula berdebar. Rupanya aku akan terima lagi satu berita yg x masuk akal. Kemaluan Nana Isya juga dicederakan. Dr. Ani Suraya, org yg mula2 nmpk keadaan alat sulit bayiku, seperti ada sesuatu yang telah berlaku. Doktor kata ia mungkin dilakukan dengan sengaja!!! Subhanallah. . Dugaan apakah ini??? Satu perkara yg terlintas di fikiranku, bayiku telah diperkosa. Nauzubillah... Harap2 apa yg aku fikir ni tak benar. Terkunci mulut aku dengan berita yg br disampaikan kepada aku ini. Aku menangis lagi. Tak mampu lagi aku nak mengeluarkan kata2... Doc tak galakkan aku tunjuk part ini pada suami... bimbang dia x mampu menerimanya lagi.

9.00 mlm : Keadaan Nana Isya masih sama, tidak berubah. Doktor mengesahkan Nana Isya koma. Berapa lama.. masih belum dapat dipastikan lagi. Doc lgsg x nak beri harapan pada aku. Yg aku dengar.. kata2 doc.... "Pls don't expect she will survive. Just pray for her. We do our best to save your daughter". Sekali lg aku menangis semahu - mahunya. Belum kering air mata tadi, kini tumpah lagi.. Abang dah semakin lemah. Aku tahu dia kecewa. Aku tahu dia terluka sedih bingung. Dia terlalu sygkan Nana Isya yg mmg dia idam2kan sejak awal perkahwinan kami. Kami diberitahu juga bhw tulang rusuk kiri bayi itu pernah patah dan kini dlm proses bercantum semula. Kami berdua sgt terkejut krn sepanjang dlm penjagaan kami, dia x pernah terjatuh atau terhantuk dan sebagainya. Kemungkinan besar dia dicederakan oleh abg2nya, tp aku x pernah dgr Nana Isya menangis kesakitan. Saat ini aku redha andai Allah Taala menjemput Nana Isya ini kembali. Cukop rasanya dipinjamkan pd aku dan abang hanya untuk 5 bulan. Aku rasa begitu berdosa kerana mengabaikan amanah Allah ini padaku. Aku rs sgt menyesal kerana x berhati - hati dlm soal penjagaannya. Aku betol2 kecewa.. Terlalu kecewa! Hancurnya hati aku ini tiada siapa yg tahu. Walaupun ahli keluarga setia di sisi.. tp x de sapa yg mampu nak memujuk kekecewaan dan kesedihanku ini. Terlalu hebat ujian-Mu buatku Ya Allah... bukan aku mempertikaikan musibah ini tapi kenapa aku?

11.30 mlm : Sedang asyik suamiku melayan sanak saudara yg dtg menziarah, dlm diam aku buat keputusan utk buka dan hentikan semua alat bantuan pernafasan yang ada pada bayiku. Tapi keputusan aku dibantah seme doc kerana mungkin masih ada harapan buat anak kecil ini. Aku hanya tak mahu dia terseksa. Aku x mahu dia menanggung kesakitan lagi. Aku redha, aku pasrah andai Allah mengambil nyawa anakku ini daripada dia terus sakit dan koma begini. Diorg ckp, tunggu la 24 jam mcm mana perkembangan dia. Malam ni mesti aku x mampu nak lelapkan mata. Aku akan mula berkampung di bilik menunggu di ICU ni... Makan di sini, tidur di sini, solat di sini.. Seme di sini. Harapan aku cuma 1, aku akan bawa anak aku balik sihat seperti dahulu.

10.5.2008

6.45 pg : Nana Isya masih kaku terbaring. Tekanan darah yg sgt x stabil, denyutan nadi yg sgt lemah dan juga degupan jantung yg sgt perlahan seiring dengan kesedihan aku. Nana Isya, bayiku sendiri... tapi aku x dibenarkan menyentuhnya. Sedihnya aku.. hanya Allah sj yg mengerti. Rasa cam nak menjerit sekuat hati..

9.30 pg : Para doktor menuju ke katil Nana Isya. Pakar Neuro ( Otak ) tiba di wad utk memeriksa keadaan anakku. Tiba2 tekanan darahnya menjadi normal seperti biasa. Seme gembira dengan perubahan yg tidak disangka - sangka. Walaupun kecil tindakbalasnya namun, ia tetap memberi sedikit harapan dan sinar buat kami seme. Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran pada - Mu. Lantas Pakar Neuro mahu 1
pembedahan kecil dilakukan ke atas bayi sy utk menebuk bahagian atas kepalanya dan dimasukkan tiub kecil utk monitor perkembangan kecederaan bayiku.

1.30 tgh hr : Pembedahan yg hanya stgh jam tu buat aku gelisah. Akhirnya bayi aku selamat menjalani minor operation itu. Aku diajar membaca ICP machine utk membantu sekiranya perlu.

2.30 ptg : Kami suami isteri dipanggil oleh Inspektor Nor Asiah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang menyiasat kes ini. Doktor membuat laporan polis kerana kecederaan yang dialami Nana Isya agak kritikal. Aku dan abang memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu melicinkan proses soal siasat. Mulanya aku fikir x perlu nak mendakwa sesapa kerana, aku anggap seme ni hanyalah kemalangan.. Tapi memandangkan kecederaan di bahagian sulit juga ada, ini bukan lagi 1 kemalangan..

5.00ptg : Keluarga yang datang terlalu hiba melihat anak kecilku. Seme yang datang x mampu nak menyembunyikan kesedihan mereka. Dia bayi yang cantik, comel, baik mengapakah dia diseksa sebegini rupa? Apa dosanya hingga dia diperlakukan sebegini?

11.5.2008


7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... Dia terbaring kaku ... Tidak bergerak lgsg.. Matanya tertutup rapat seakan tidak akan terbuka lagi.. Adik, buka mata.. mama ada kat sblh adik.. Cube tgk mama ada kat sini.. Bukalah mata... Mama tamau nangis lagi... Mama nak bwk adik balik. Aku setia menanti di sisi dengan linangan air mata. Kunjungan dari teman2 dan keluarga tak putus2 .. Terima kasih atas seme dorongan dan sokongan anda....

12.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... Aku dan abang dah start rotate. Hari ni abang keje, esok aku pulak. Kami sambung keje sebab x mo terganggu keje, maklumla ini melibatkan periuk nasi kami.

13.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Pagi ni aku pergi office macam biasa. Tapi hati aku tak tentu arah. X fokus langsung pada keje yang aku buat. Seme serba x kena. Ada saja yang aku buat x betol. Mujurlah bos memahami. Aku cuba call abang, tapi dia x jawab fon. Kenapa plak la abang ni? Napa x angkat fon ni??? Iskhh lagi la aku risau. Aku call wad, nurse cakap anak aku ok je. Sama jugak keadaannya mcm smlm... Still x de perubahan pon. Then, mak call ckp abang demam. Menggigil kat atas tilam dalam bilik menunggu. Ya Allah, sian abang. Aku sangkakan dia melayan mata untuk tidor drpd jenguk anak di dalam. Sorry sayang. Ayang tatau abg demam. Nasib baik mak pergi jenguk. Kalo x, lagi terok la sakitnya.

12.00tgh hr : Aku call Kak Mas sbb mama nak amik baju dan susu kat umah diorg. Mama nak bawak balik 2 org hero nih. Tapi dia x angkat2. Napa dia x mo angkat fon ni? Aku pon pelik. Napa dia lari dari aku? Last2 aku soh mama g ketuk je umah diorg. Tapi aku sangat terperanjat bila mama cakap ada seorang lelaki pakai helmet full face dtg bwk bakul baby anta depan umah. Ntah sapa ntah, xde sebarang kata terus pergi je bila abah sambut bakul tu. Sapa yg Kak Mas anta utk anta bakul ni? Napa dia x anta sendiri. Aku pelik.. Sangat pelik.

4.30 ptg : Mama, abah dan anak2 aku dtg hosp. Abg long dan adam masih x faham apa yang berlaku. Kenapa asyik datang hospital jerk. Sian diorg asyik bertanya mana baby Nana. Mama bawak abang balik sebab demam dia makin teruk, badan makin panas. Mama bawa abang p klinik, doktor cakap abang kene asthma sbb aircond ICU sejuk sangat. Abang memang x leh kene sejuk aircond pon apalagi kalo melampau lampau macam aircond ICU. Nampaknya aku kene gagahkan diri menemani anakku di wad seorang diri. Aku ni susah sket nak tidur kalo abang x de. Mmg dari awal kami kawen pon mcm tu gak. X pe la dia x sihat bukan sengaja. Anak mama.. Koma.... Doktor memberitahu bayi kecil ini akan disuntik dengan ubat paralyze sementara untuk melumpuhkan sistem sarafnya agar Nana tidak bergerak kerana tekanan ICP tidak stabil dan keadaan ini membahayakan bayiku. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan dia akan buka mata dan sembuh kembali.

14.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma....

5.00 ptg : Mama abah dtg. Diorg dah nak balik. Anak2 aku akan ikot diorg. Maknanya kami akan berpisah... Ya Allah tabahkan la hati aku ni. Kesian adik abg.. tatau apa2... Terpaksa berpisah ngan mama buat sementara... X pe la.. Apa yang penting skang Nana sihat. Dok sini pon sapa nak jaga. X pe la....

15.5.2008
7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma....

16.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... ICP dah kembali normal... Tapi ....

8.30mlm : Tiba2 ICP naik mendadak dr bacaan 13 hingga ke 60! Doktor panik! Secara tiba2.. tanpa sebarang gerakan ICP naik mendadak. Anak aku dikejarkan ke bilik CT scan utk
mengesan punca keadaan itu berlaku. Syukur.. tiada apa yg serius.. Mungkin something wrong dengan mesin tuh.

17.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... Tapi mesin ICP dah dibuka dr kepala bayi aku. Syukur lagi.. Semakin hari ada sahaja perkembangan yg baik. Doktor-doktor yg merawat anakku sangat teruja kerana Nana Isya memberi respon yg sgt baik. Berkat solat hajat dan doa kalian seme...

18.5.2008

6.45 pg : Dia buka mata!!! Berkelip kelip buat kali yg pertamanya slps beberapa hari koma. Doktor x menyangka dia akan beri tindakbalas dlm ms beberapa hari krn jangkaan mereka bayiku takkan bangun utk jangka masa yg lama. Aku sgt2 gembira. Aku menangis lagi. Air mata syukurku...

19.5.2008

9.00 pg : Lewat lak bangun. Smlm x nyenyak. Ada kematian smlm... Sedey tgk keluarga tu. Kami dah rapat... Allahyarham Najat Shahir, moga roh anak kecil itu bersemadi dengan tenang dan diangkat menjadi pari - pari syurga. Aku ngan mama Najat tido, mkn seme sama2.... Tapi anak mama Nana Isya.. masih begitu! Beri aku jawapan-Mu Ya Allah.. adakah aku masih punya ruang utk bersama bayiku? Atau masanya sudah tiba Kau jemput dia kembali ke sisi Mu? Andai tiba waktunya.. ambillah dia dengan cara yg paling baik sekali Ya Allah.. Jangan Kau seksa bayiku lagi... Aku redhakan perjalanannya ke syurga-Mu.. di sana tiada lagi duka, tiada lagi sengsara, berakhirlah seme kesakitan yg terpaksa bayiku tanggung.. Ambillah dia Ya Allah andai itu sudah takdirnya..... Tapi.... Demi - Mu Ya Allah... Aku belom puas bersama amanah pinjaman-Mu ini... Kau hadiahkan dia padaku... Kau beri sinar baru utkku dan kini Kau mahu ambil dia dariku... Sesungguhnya aku insan yg kerdil di sisi-Mu Ya Allah..

7.00 mlm : Aku berbincang dengan doktor di wad, memberitahu hasratku untuk menyambung kerja lps seminggu berkampung di wad. Mereka bersetuju kerana tak banyak yang boleh aku lakukan andai aku hanya menanti di wad. Memang berat hati aku tapi aku perlu kerja. Periuk nasi kene jaga jugak.

21.5.2008

7.30 pg : Aku ciom Nana Isya, nk g keje.. sian anak mama.. Macam paham je mama nk tinggal dia. Nangis je... On the way nak g keje... fikiran merewang je... Mcm2 aku pk.. sambil drive x kering2 air mata... Mengenangkan apa yg berlaku....

4.00 ptg : Alat bantuan pernafasannya dibuka.. tanpa pengetahuanku. . Suprise..... ..... Ahahahahha.. Thanx doctors.. Syukur Ya Allah.. Terima kasih atas segala usaha anda seme.. Imam, ahli masjid yg x putus2 solat hajat utk kesihatan Nana Isya, keluarga dan kawan... Terima kasih. Dan paling utama, syukur ke hadrat Ilahi yg mendengar rintihan hatiku....

7.30 mlm : Klua dr office, pukol 5 aku terus pecut kete balik ke Peads 1. Sampai kat wad, aku terkejut lihat katil anakku berganti pesakit. Rupanya anakku dah dipindahkan ke bahagian tidak kritikal Bed 7. Segera aku menuju ke katilnya. Aku lihat Nana Isya sdg menangis/merengek sendirian.. Alahai anak mama.. sian dia. Rupanya dia lapar susu. Lega aku lihat perubahan dia. Doktor sendiri x sangka dia akan pulih dengan cepat sekali.. Jangkaan mereka 2 minggu dr skang. Tgk2... Kuasa Allah Taala.

22.5.2008

1.30 tgh hr : Call PICU 1 tanya perkembangan Nana Isya.. Dia sedang tidur, sesudah minum susu. Doktor sibuk plak. Minta full medical report utk settlekan hal - hal lain.

5.00ptg : Mak call suruh singgah rumah dulu. Mandi, makan baru pegi wad balik.

7.30 mlm : Lps solat maghrib, aku, abang, mak dan ayah buat solat hajat dan bacaan yassin utk kesejahteraan Nana Isya. Pas2 pegi umah makteh kejap, tgk Su. Abg Rizal nak tgk.

11.30 mlm : Smp kat wad, dr jauh da dgr suara dia.. Menangis. Nurse tgh sedut kahaknya yg agak byk sbb lama sgt pakai mesin. Bahagia aku mendengar tangisannya kerana doktor ckp dia menangis tandanya dia semakin sihat. Lalu, ku pujuk si manja itu hingga dia melelapkan mata.

23.5.2008

7.20 pg : Aku jenguk Nana Isya yg sedang nyenyak tidur. Dr. Wong memegang lenganku dan mengatakan Prof Lucy Lam ingin berbincang sesuatu ttg masalah / komplikasi Nana Isya. Dia sedikit kejang dan memerlukan fisioterapi. Ok la tu. Tapi apa yg menyedihkan aku, Dr. Wong kata, kecederaan di bahagian otak menjejaskan tumbesarannya di kemudian nanti. Penglihatannya juga akan sedikit terjejas, mungkin kabur atau takkan dpt melihat dengan jelas seperti dulu. Hurm... Mampukah aku menangis lagi?

5.00ptg : Dr. Ani Suraya cadangkan aku kembali bercuti dr tugas sebab dia rasa Nana Isya perlukan aku di sisi sebab dia dah sedar dari koma. Sentuhan ibu mungkin dapat meredakan tangisan. Aku setuju dengan cadangan doktor yang lebih mengetahui apa yang terbaik utk anakku. Dia benarkan aku mendukung anakku. Buat kali yang pertamanya...... aku mendukung anakku kembali. Air mata ini tumpah lagi. Aku tatau nak gambarkan perasaan aku skang ni.

7.00mlm : Abang sampai kat wad. Dari jauh da senyum.. Tgk aku sedang memangku anak kesayangannya. Abang x mo tgk anak dia lama2 sangat. Hati dia x kuat nak tgk anak dia camtuh. Tapi aku tahu dia sayang anak dia..

24.5.2008

7.00pg - 12.00 mlm : Sama jugak mcm smlm2. Tapi aku dah diajar mcm mana nak buat suction and bg feeding guna NG tube. Sbb dia maybe lama nak pakai NG ni. Aduss.. x sanggup aku nak buat suction.. Bila dgr dia nangis camtuh. Tapi nak wat camne. Nak bagi dia sihat balik.......

25.5.2008

8.45pg : Bipap dah bukak. Pakai alat oksigen biasa jer.

2.00ptg : Kami dipanggil menghadiri sessi kaunseling dengan Dr. Priya dan Dr. Ani Suraya yang akan menerangkan kepada kami komplikasi dan tahap kecederaan anak kami. Sebak lagi aku... Susah betol nak pujuk hati ni .. terima apa yg mereka ckp... "Di masa akan datang, Farhana takkan kembali normal seperti kanak2 lain membesar.. Segala tumbesaran dia akan terjejas.. Mcm2 komplikasi kecederaan yg akan dia tanggung terutama dari aspek pergerakan, penglihatan dan percakapan. Pendek kata, she will be a handicap, forever... Selamanya hingga akhir hayatnya. Allahuakbar... Allah Maha Besar... Yang menjadikan sesuatu dengan kehendak-Mu... Andai ini takdir buatku.. berikan aku kekuatan... Kuatkan semangatku Ya Allah utk menempuh hari2 depan... Aku bahagia.. Hari ini, Kau memerhatikan daku.... Kau pilih aku dlm ramai2 lautan manusia, utk Kau uji... dengan ujian sehebat ini.. Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku salah seorang ibu kepada bidadari syurga-Mu... Pn Norhayati, Pegawai Kebajikan PPUM byk beri aku sokongan moral... bayaran dan bil2 hospital seme akan ditanggung PPUM kerana kes ini melibatkan kes polis. Syukur lagi... Doc2 terangkan bagaimana cara yang betul untuk menjaga Nana bila dia dibenarkan pulang nanti. Doktor cakap ari ni leh pindah wad biasa. Heheheheheeh. Seronoknya mama. Terima kasih pada seme doktor dan nurse yang dah bertungkus lumus jaga anak kami ni. Thanx sangat2... Tatau nak cakap macam mana.. Thanx.. Thanx.. Thanx....

26.5.2008

7.00 pg - 12.00mlm : Bermulalah proses pemulihan Nana di Wad Peads 2 plak. Dia asyik menangis jer. Asal bagi feeding je muntah. Kahak dia banyak sangat. Suction 3 hourly pon x leh solve prob dia. Hari ni bantuan oksigen dah x bagi dah. Dia ok je. Kene lepak depan kaunter nurse, senang dorang nak pantau...

27.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly. Menangis, tidur.. Bila bangun menangis lagi. Takpe la.... mama akan sabar menanti.

28.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

29.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

30.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

31.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly. Bosan dah dok spital.. Rindukan anak2... :( Rindu sgt2.... huhuhuhuhuhu

01.6.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

02.6.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly. Tapi pagi tadi pegi jumpe doktor mata. Buat test. Diorg cakap mata dia ada fokus. Maknanya dia akan boleh melihat semula. Aku x mo harap apa2, cuma aku berdoa, dia akan kembali pulih dan sihat macam dl.

03.6.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

04.6.2008

9.00pg : Dr. Ch'ng ckp ari ni boleh balik... Alhamdulillah syukur lagi.. Tapi NG x leh cabut lagi coz x mo isap sendiri so takot nnt dia lapa, susu x minum. Apa2 je la doktor, asalkan saya boleh balik. Aku dah letih duduk wad. Hampir sebulan lamanya. So, tunggu diorg proses surat discharge, kad appoinment dan bil hosp je la. Sblm discharge layan McD dulu.. hubby lapar..

3.00ptg : X leh klua lagi nih. Adus.. kami dah excited nk balik nih. Surat pengesahan oleh kebajikan PPUM belom ditandatangani. Segala perbelanjaan dan bil perubatan Nur Farhana Batrisya akan ditanggung kebajikan sebab kes ni kes polis. Syukur lagi.......

4.30ptg : Siap... Kami dah siap utk balik. Lepas dia diberi imunisasi 3 serangkai, kami dibenarkan pulang. Thanx nurse / doktor Peads 2. Thanx a lot.




FOR ALL THE DOCTORS, STAFF NURSE, SISTERS ... THANX A LOT FOR ALL THE EFFORT AND YOUR BEST PERFORMANCE WHILE NUR FARHANA IN PEADS 1 AND PEADS 2. MAY GOD BLESS U ALL.


A WARM WISHES FOR :

PROF MARY MARET, PROF LUCY LAM, DR. ANI SURAYA, DR. WONG, DR. ZAITUL, DR. CHAN, DR. CH'NG, DR. TAY, DR. MYRINA, DR. ZIANA, DR. ROSSMAN AND ALL THE DOCTORS
ALSO FOR THE STAFF NURSE.................



Nur Farhana Batrisya bt. Ahmad Shahril



Ni masa Nur Farhana Batrisya berusia 25 hari......







How do I start this...?


A very nice name, sweet baby girl, luvly, my only one girl. Saat aku disahkan hamil anak ke 3 sebenarnya perasaan aku bercampur baur. Aku rasa cam aku happy dengar aku pregnant lagi, tapi dlm masa yg sama takot gak. Mama mesti bising, Adam kecik lagi. Diorg suka ke x suka aku pregnant ni? Aku terlalu inginkan anak perempuan bagi melengkapkan keluargaku. Mula2 hamil teruk sangat alahan yg aku dapat. Baru nk masuk 2 bulan. Iskhhh.. Perasaan aku kuat mengatakan aku akan dikurniakan anak perempuan. Suamiku terlalu excited dengan kandungan aku kali ini. Walaupun pada mulanya, aku berhasrat utk tidak meneruskan proses kehamilan ni, tapi suamiku membantah dalam diam. Begitu juga keluargaku, kerana bimbang kami akan menghadapi masalah ekonomi kelak. Aku beralah, dan aku berdoa moga kali ini percaturan aku kali ni berhasil.

Hari demi hari aku lalui dengan penuh kesabaran dan tenang. Susah betol mengandung kali ni. Aku gila makan jeruk/asam. Tak pernah aku rasa camni. Mak kata, baby girl kot. Aku mula scan utk mengenal pasti jantina bayiku seawal kandunganku 6 bulan. Doktor cakap, maybe girl coz x nmpk mcm boy langsung. Suamiku sangat gembira. Dia sudah mula membeli baju2 baby girl. Aku harap impiannya akan jadi kenyataan. Dia terlalu teruja. Aku lagi excited.. Doktor ckp, due utk aku bersalin 23.11.2007. Tp, aku jadi malas sangat nak masak masa mengandung ni. Kesian pada suamiku, tapi apa kan daya. Namun, segala kemahuan dan keinginan aku dia penuhi. Thanx abang....


Aku berhasrat utk melahirkan bayi ini di HKL seperti anak sulung aku. Namun di saat akhir aku mengambil keputusan untuk balik ke Penang dan melahirkan anak kami ini di Hosp. Seberang Jaya. Ini kerana, aku mendengar khabar angin yang mengatakan Dewan Bersalin HKL masa tu penuh dengan pelatih lelaki. Urghhhh... Bia betol. Walaupun keadaan ini aku x dapat nak elakkan kat mana2 hospital sekalipon, tapi.... Hurmmm..... Bila aku sampaikan hasrat ni pada mama, aku tahu dia gembira. Aku balik Penang pada 22.11.2007 sebab adik ipar aku juga sedang menanti kelahiran sulung. Maknanya kami akan melahirkan anak serentak. Begitu juga dengan birasku di PJ, yang akan melahirkan anak ke 3. Seronoknya. Kedua - dua keluargaku akan menerima orang baru. Mama dapat 2 baby, mak di PJ pon dapat 2 baby.

11.12.2008.. aku pergi check up macam biasa di Klinik Perai, tp diorg nasihatkan aku utk pergi ke hospital utk pemeriksaan lanjut. Aku mmg teruja sangat, tp belum ada tanda2 kelahiran yang aku nampak. Takpe lah, aku dan suami buat keputusan utk pergi ke hospital sbb due date dah lama berlalu, tp baby aku x klua2 jugak sedangkan biras dan juda iparku dah selamat melahirkan. Kedua - duanya lelaki.......


Sampai kat dewan bersalin, aku diperiksa oleh Dr. Suhana ( sama dengan nama kak long aku ). Dia nasihatkan aku ditahan di wad. Kalau 2 hari masih belum terbuka, induce la jawabnya. Di wad, aku duduk katil yang sama dengan adik iparku dulu. What a co-incident!!! Hahahahahahaha... semenye kebetulan yang menarik. 12.12.07, cantiknya tarikh ini. Kalau baby ni klua hari ini kan best.. Tapi hubby nak dia klua sama dengan tarikh lahirku 14 Disember. Malam 12 Disember aku dah mula rasa sakit here and there. Tapi tanda2 kelahiran masih x de. Aku malas nak bagitau staff nurse sebab aku x mo "periksa bawah" selalu sangat... Ptg td periksa baru bukak 2 cm. Lambat lagi la nihhh. Heheheheheheh... Dah kol 1 pagi aku masih x dapat nak lelapkan mata.. Tau kenapa.. aku rindukan adam.. anak aku yg no 2. Menangis2 aku call hubby... sbb rindukan adam. Tp ms tu dia x pandai cakap telefon, pas2 dia pon da tido.. Aku mohon agar hubby halalkan makan minumku, ampunkan salah dan dosaku padanya. Akhirnya aku berjaya juga lelapkan mata dan tidur.

Esok paginya, 13 Disember 2007 di subuh hari aku mula rasa kesakitan yang lebih drpd semalam. Tapi still boleh tahan lagi la. Staff nurse pelatih, Afzan sentiasa bersama aku. Makin lama makin hebat sakitnya. Sampai la masanya bila doktor buat round kat wad, dia nak periksa bawah katanya. Ahhh.. ni yang aku malas ni. Tapi dah keluar lendir campur darah sket. Belasah je la. Aku pon pegi ke bilik rawatan tp naik wheelchair sbb aku x mampu nak berdiri dah. Aku rasa cam nk buang air kecil tapi nurse mahu aku diperiksa dulu. Sampai bilik rawatan, doktor periksa ............. Aaaaaaaaaaa.... sebenarnya aku dah bukak 7cm. Aku boleh melahirkan bila2 masa sahaja... Ye ke ni?? Doktor arahkan aku ditolak ke dewan bersalin dgn strecher, bimbang aku akan melahirkan di luar labor room. Aku ditempatkan di bilik 3, ruangan yg sama masa aku lahirkan adam pada 2006. Kebetulan lagi. Seronok betol aku. Aku terus diberi suntikan apa ntah dan alat pengesan jantung bayi sudah dipasang di perut aku. Doktor, bidan terlatih dan jururawat excited sbb aku akan lahirkan anak ke 3 (diorg kata mesti senang bersalin ), dan smp di labor room dgn bukaan 7cm. 10 mnt lps tu, Dr. Nurul ( samakan dgn nama aku??? ) dtg periksa bukaan pintu kelahiranku. Dia kata nk pecahkan ketuban, mana tahu boleh klua cepat. Sejurus air ketuban dipecahkan, aku bersedia utk meneran. Mulutku x henti - henti berzikir dan beristighfar. 3 kali teran, bayi aku selamat dilahirkan. Alhamdulillah syukur............ X sampai 30 mnt proses kelahiran kali ini!!!! Senang sangat, x sakit sangat pon, cepat. Ya Allah Tuhan Maha Besar dan Maha Mencipta. Aku dikurniakan anak yang aku impikan, baby girl sehari sebelum hari jadi aku. Hurm..... Apa pon, aku bersyukur sangat. Apa yang kami impikan selama ini, dimakbulkan Allah Taala. Aku amat bersyukur kerana skang ni lengkaplah sudah keluarga aku. 2 lelaki 1 perempuan. Bagi aku ni sudah memadai dengan sekuntum bunga di samping 2 ekor kumbang yang sempurna. Buat suamiku.... Abang, ni tanda cinta dan kasih ayang pada abang, ayang hadiahkan seorang bayi perempuan seperti yang abang mahukan sebagai tanda cinta yang x pernah berbelah bagi. Moga kita akan terus bahagia hingga ke akhir hayat bersama anak2 kita yang comel.

7 hari lepas dilahirkan aku namakan bayi kecil ni Nur Farhana Batrisya, nama yang menjadi pilihan abg long sejak aku hamil seawal 3 bulan lagi. Dia namakan adiknya ini Farhana. Mulanya aku ingin namakan Qaseh Nurin Farhana, tapi ada bantahan oleh pelbagai pihak. X pe la.. Nur Farhana Batrisya pon ok ape... Ok la.. tu la sket2 cite pasal my only 1 little Nana Isya.

Monday, June 23, 2008

Last Friday, Azury sms and tanya aku free x sabtu nih? So I'm wondering diorg ni mesti nak hang out, makan² ke.. sembang², gossip².. Dia cakap nk jumpe area Kg. Baru ( Sokumvit .. mak aih.. apa kenama laa restoran ni.. Hope betul ejaannye hekhekhek....). Sorry Azury aku cilok ni gambar nih... Terasa ayu aku di malam itu. Hahahahahahah.. Hangin Ita kat aku... Aku terover vogue drpd dia....

Farhana Batrisya dengan Auntie Azury & Auntie Rozita

Diorang ni kawan baik aku dari sekolah rendah. Percaya tak.. kami bertemu semula dalam suasana yang syahdu bile Farhana Batrisya masuk ICU bulan lepas.. Friendster dah menemukan kami bertiga. And aku harap akan ada ramai lagi kawan² kami yang ada FS dan ternampak muke aku dan kawan2 aku yg voguee da vass nih... :D

Dania, anak Azury yang sulung ... Dia nak adik lagi la mummy~

Bile aku tengok dia terlentok di pangkuan Azury, aku berasa sangat lega sebab dia dah tak menangis lagi bila disentuh strangers.. Kalo tidak.. mana ada orang boleh pegang / sentuh dia. Hanya aku dan Abah dia je. Aduss.... Nak wat macam mana.. Doktor kata itu salah satu effect kecederaan dia.. Dia fobia pada sentuhan strangers.

Feeding time. Sabarlah sayang...

Ohohoooo.. dah lewat ni.. Feeding time is 9.. Mama ngan Babah lambat!!!! Hehehehe.. sorry Isya. Kita minum duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... Kalo orang yang x sabar memang dah sakit jiwa lalui saat - saat macam ni. I'm so lucky that my hubby always be with me. Kalau babah x de, pengsan mama layan Isya sorang². Dia x boleh nak menyusu sendiri. Puting botol dia x mo isap.. Jari aku dia nak plak isap. Aduhmak.. adik nih.. Mintak- mintak masa appoinment ngan Dr. Priya ( Pakar Kanak - Kanak ).., dia akan tunjukkan perkembangan positif. Mama hope tube ni cepat dicabut coz mama tau Isya x selesa ngan semua ni. Relax Isya, mama tau Isya akan sembuh.

Saat - saat manis ni takkan aku lupakan sampai bila². Thanx guys, yang sanggup arrange time and date yang suite utk kite makan sesamer.. Teringat zaman kita kecik² dulu. Kalo lagi ramai yang join kan besh? Mana kawan² kita yang lain² tu hek....... ?

Antara hidangan yang buat kami kekenyangan tahap cipan malam tuh........


Kerapu Masam Manis... Decoration dia menakutkan.. Cun abes cam kat Hotel!


KERABU SOTONG...
Aku rasa aku je yang belasah...... Korang x suke ker? Ke aku yang tak kasi korang chance nak raser? Hahahahahahahah......

NYUMMMIIIIEEEEEEEEE. MAI MINUM SAMPAI MABOK...

MR. SHAH AND ADAM NAFIS.... HERO² PUJAAN YANG SENTIASA BEREBUT UNTUK BERDAMPING DENGAN AZURY!!

SHAH ... THANXXX A LOT. PASNI KAMI PLAK PAYUNG AWAK YERRRR...........

Lain - lain.... TomYam of coz laa.. sedap siot. Leh promote kat kawan² lain nih. Masa makan start la sembang zaman kecik kecik dulu.. Masa sekolah, masa tengah berhingus. Len kali kalo boleh nak ajak cikgu² sekali.. Expecially Cikgu Azlina. Rindu sangat kat dier.

Sejam lepas tu.. borak nye borak... anak² Azury dah menunjukkan tanda² kerimasan yang melampau. ( NAK AJAK BALIK LE TUHHHHHHH ).. Heheheheheheheheheh... kalo ikot nak sembang sehari suntuk pon tak abes. Tak pe laa.. lenkali jumpe lagi. Muaaahhhh to Azury and Rozita... Love u guys!


My Blog

Assalamualaikum....

This is my first time.. creating a blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket