Thursday, March 31, 2011

Sejarah April Fool


Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiap sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak  sehebat  perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. Ironinya, masyarakat dengan sangat  mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan  pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol.

Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’  untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak  kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan  melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea  perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. Penduduk  Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah  sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah.  Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk  keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada  perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool  merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam  merayakan tradisi ini. Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang  meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. Wallahua’lam.
Kredit pada sumber ini..mabeles!!Hizbut Tahrir Malaysia


~babylove~

Terkilan

Haleeda

Terkilan

Tak usah sembunyi
Kebencian dan keegoanmu
Terhadapku
Dari gerak bibir
Dan senyumanmu
Jelas terbukti semua palsu

Kau dengar fitnah
Serta hasutan menceritakan
Perihalku
Sedangkan dahulu
Kau tidak bersikap sedemikian
Kau pengasih...
Kau penyayang...
Terhadap diriku

1
Terkilan...
Hati ini bila mengetahui
Diriku tak diperlukan lagi
Bukan ku berdendam
Bukannya aku membenci
Tapi ku rasa berjauh hati

Tak perlu memujuk
Dan tak perlu lagi
Kau berkirim salam pada diriku
Biarkan aku...

Ku pujuk hati
Sentiasa sabar menerimanya
Walau diriku
Memendam rasa...
~babylove~

Tuesday, March 29, 2011

Segmen : Deco Deco Beng Beng Boong !

 

abg ben datang lagi.. Kali ni segmen deco deco plak.. hehehheehehe.. 
Agak mudah nak join.. 
Semalam baru saya mekapkan blog saya ni dengan hasil usaha sendiri. 
Sebelum ni mintak tolong kawan2, sbb saya mmg x arif sgt bab2 nak menghias blog. 
Cuma tau post entry, then reply komen. Hehehehehe.. 

Kawan2 tersayang.. 
Kalo rasa blog ni okeh @ tak okeh.. boleh je kalo nak kritik2 , 
asalkan membina dan memberi inspirasi pada saya utk terus berblogging!
Cakap la apa saja, yang rasa blog ni ntah hapa hapa,
boleh je komen. 
TQ abg ben sebab beri kami blogger2 baru ruang utk mencari kenalan baru!

~babylove~

POCO2 HARAM


Berita Baik kepada penggemar tarian @ senaman poco2



 Kali ni n3 yg bakal mengundang pelbagai spekulasi drpd penggemar tarian poco2.. huhuhuhu..
Kalo x percaya boleh klik image utk lebey besar.
Jabatan Mufti negeri Perak telah mengeluarkan surat pekeliling mengatakan bahawa tarian poco-poco (kini popular sebagai satu senaman) diharamkan.
Segeralah berhenti melakukan senaman poco2 ini!
Memang x elok pada pandangan mata sy, sebab yg suka poco2 ni org2 tua, mak2 org, nenek2 org..
Huhuh wat malu je anak cucu tgk nenek dok berjoget sakan.
Nak senaman pi la kat taman, pi jalan2 pegang tangan ngan suami..
Kan lebey manis...?








~babylove~

Monday, March 28, 2011

Apa perbezaan sahabat dan kawan?


 
Bagi aku :
  • Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini. 
  • Sahabat keseorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat sahabatnya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada sahabatnya. 
  • Sahabat juga bagi aku seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk sahabatnya dan tidak sanggup melihat sahabatnya sedih. Bagi aku nilai seorang sahabat susah untuk dicari. 
  • Sahabat umpama 1000 orang kawan.
Kawan pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang. Bila kita gembira atau ketawa kegembiraan.. kawan akan muncul di sisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan...tapi bila kita sedih dan terluka... kawan datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan....

TAK semua kawan boleh jadi RAKAN,

TAK semua rakan boleh jadi TEMAN,

TAK semua teman boleh jadi SAHABAT,

jadi kalau anda punya SAHABAT,

TOLONG HARGAI KEHADIRAN MEREKA DI SISI ANDA.......
Apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan.. jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena  ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita.  Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan..
 
Tanya pada diri! 

ADAKAH SAYA ATAU ANDA, TERGOLONG DALAM KATEGORI SAHABAT ATAU KAWAN?”
Jika anda dalam kategori sahabat, 
Alangkah beruntungnya saya menjadi sahabat anda, 
Beruntung nya saya mendapat nasihat yang berguna dari anda,
Maka kesimpulannya berusahalah untuk menjadi sahabat yang baik,
Sahabat yang bersahabat kerana Allah, 
Sahabat yang sama2 erat berpegang kepada tali persaudaraan ,
Contohilah bagaimana sahabat2 dizaman  RASULLULLAH SAW..
Itulah yang dinamakan SAHABAT.

Sayangi sahabat dan kawan kita.. 

~babylove~

Sunday, March 27, 2011

Boleh tak kawen dengan Hubby sorang je?????

Bila kita amik keputusan utk menikahi seorang lelaki, adakah wajib utk kita "kawen" dengan seluruh keturunannya? 
Perlu ke kita menjadi sandaran bila mereka ditimpa bencana.. masalah.. malang... dan sebagainya? 
Boleh tak kita "kawen" dengan hubby sorang je? 
 SELFISH KE SAYA?

kdg2 bagus gak jadi org pekak, atau bisu ni.. 
biar terang mata hati je. 
supaya setiap kata2 kita x disalahertikan.. 
payah bila berhadapan dengan manusia2 hipokrit ni.. 
senang cite, tayah baik sgt nak tlg org ke apa ke!
tak perlu nak jadi angel kot! 
hipokrit = kejap cite camni, kejap cite camtu..
blkg, ckp org lain plak dipersalahkan..

saya ada masalah, xde sapa pon dtg bertanya....
saya teraniaya, x de sapa pon dtg membantu ...
saya kesengsaraan, x de sapa pon dtg merawat...
kenapa kita perlu nak salahkan orang lain di atas sebuah kegagalan dlm urusan hidup?
kenapa kita perlu tunding jari pada org lain bila kita buat silap dlm urusan hidup?
 kenapa perlu kita menjadi orang yang x berperikemanusiaan?

masing2 kalo memang perfect, Alhamdulillah....
tp sebelum kita nak mengata org, nak menyalahkan org, rasanya wajar kita cermin diri kita dulu kan? 
 ADAKAH KITA SEMPURNA??????

~babylove~

Segmen : GEGAR BLOGGER BARU !


Mudah je nk join....

Mula2, cari pic yg best kat blog Ben Ashaari.. then tepek kat sini.. sy pilih pic kat bawah ni...


Kenapa saya pilih pic ni? 
Hehehehe.. Sy suka rantai beso dia.. hehehe.. Memberikan sy sumber inspirasi utk berusaha lebey gigih utk menambahkan pendapatan, giat berniaga utk sy kumpul duit byk2 beli rantai sebeso itu. Heheheehhe.. Xde la.. Nilai rantai tu, sy anggarkan sama dengan harga sebuah kerusi roda, utk puteri sy. So, simpan azam utk kumpul duit byk2... 

Nak tau kenapa sy jadi blogger? 
Sbb dulu2..... masa anak sy kat ICU, sy mengadu pada Allah.. sy menangis bila sujud pada Allah.. segalanya sy simpan, sy pendamkan dalam hati sbb sy x mo menyusahkan sesapa.. Bagi sy, mata yg memandang takkan sama dengan hati dan diri sy yg memikulnya. Hampir setiap hari sy menulis.. tp byk yg sy x post.. Seme sekadar melepaskan rasa di hati... Tapi skang, sy rasa blogging juga menambah bilangan kawan sy.. saya sgt suke!

Blog Yang menjadi pilihan sy utk dijenguk setiap hari 
op kos la enchek ben sendiri, blog zura & habib blog kak risa, blog kak sela.... ........ memang sy ari2 jenguk walopon x meninggalkan jejak....



1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"


1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"
GA ni akan berlansung dr hr ni 19 Mac - 19 April (ngam2 1 Bulan)
3 pemenang bertuah (cabutan bertuah secara manual jek)

Untuk Permulaan ku nk Tag :

sesejak pandai join GA ni... 
eksited betol... hihihihi... 
jom la korang join GA odah ni.... 
mana la tau ada rezeki ker?
 hihihihihihi...

so saya nak tag 2 org kawan ..


Saturday, March 26, 2011

Contest utk anak istimewa pon ada

Assalamualaikum.. selamat pagi.. selamat berhujung minggu .. pagi ni dtg idea nak update blog .. Kali ni sy nak borak2 psl pertandingan bayi comel, bayi bijak bergaya, bayi cute la apa laa.. mcm2 pertandingan, mcm2 contest utk budak2 kecik yg comel2. ni.. tp dlm banyak2 pertandingan utk baby@kanak2... hanya 1 je aku jumpe, contest utk anak istimewa.. Hehehehhe... ms tu hati ni berbunga riang.. Sebab sy pon ada anak istimewa. Ye la sebelum ni, bila tgk ada contest utk baby girl, mesti pejam mata sbb mcm x sesuai je nak masok.

Terima kasih sy ucapkan pada penganjur Program Fitrah Kasih iaitu Normala Taib yg sudi memberikan perhatian dan sedikit kegembiraan pada anak2 istimewa mcm puteri saya. At least, anak2 istimewa ni pon ada ruangan mereka sendiri. Alhamdulillah. Tak la rasa terpinggir sangat..

http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=1891958707457&set=a.1891869185219.2117682.1496209898&theater

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1891958707457&set=a.1891869185219.2117682.1496209898&theater#!/photo.php?fbid=1891957707432&set=a.1891869185219.2117682.1496209898&theater&pid=2212735&id=1496209898


saya mempertaruhkan dua pic yg sy ada ni ... tapi, tu la... contest2 camni x mendapat perhatian pon.. hanya kami2 je yang ada anak istimewa yg teruja.. sambil2 masok contest dpt berkenalan dan tuka2 cerita camne jaga anak istimewa... Heheheheh.. ok la seme.. da x de idea dah... bubyeee..

Thursday, March 24, 2011

Aku Mama Tisya

Selamat Pagi Cinta.. Salam Sayang buat seme.. Semoga hari ini, Jumaat penghulu segala hari akan lebih ceria, pintu rezeki sedang terbuka utk seme makhluk di muka bumi ini.... Teruskan usaha mencari rezeki yang halal....

 


Nur Farhana Batrisya, puteri kesayanganku, kesayangan kami, kesayangan anda ( benarkah ada yg sayang padanya? ).... Sedang meniti hari2 depan dengan penuh pancaroba.. Melalui setiap detik dan masa dengan pelbagai onak dan duri... Setiap pandangan dia kosong, gelap.. menanti sinar hadir dalam hidupnye.. 

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk melihat alam maya yang indah ini sebelum tiba masa Kau menjemput dia kembali... 
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk duduk sendiri, berdiri, berjalan dan berlari sebelum saat dia menjadi penghuni syurga-Mu yang abadi... 
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk memanggilku MAMA sebelum Kau mengakhiri segala kesengsaraan yang sedang dia alami di atas muka bumi ini...

Aku.....
Ibu yang melahirkannya 3thn yang lalu....
Mama yang menemani saat2 dia kritikal, saat2 dia memerlukan, waktu2 dia sengsara...
Mak yang sentiasa mahukan yang terbaik untuknya....

Aku bersyukur masih ada yang sayang padanya.. masih ada yg kasih padanya.. masih ada yang mahu mengambil tahu padanya. 
Tapi adakah benar ibu2 yang ada anak istimewa ni suka menagih simpati? 
Salahkah aku berkongsi rasa dengan sahabat2 tentang puteriku? 
Salahkah aku bercerita tentang puteriku? 
Salahkah aku........?






Perubahan Dalam Hidup..... Secebis Mutiara Kata

Adakah pengorbanan untuk BERJAYA itu berat?
Untuk menjadi rajin, tinggalkan sikap malas.
Untuk cepat BERJAYA, tinggalkan sikap BERTUNDA.
Untuk menjadi bernilai, tinggalkan pergaulan yang tak berguna.
Malas, suka BERTUNDA, dan bergaul yang tidak ada gunanya,
Tidak PERLU dipertahankan.


Menginggalkan keburukan, bukanlah pengorbanan.
Tapi PEMBEBASAN JIWA.
Setiap yang berlaku terhadap kehidupan kita , adalah atas pilihan kita. TINDAKAN kita masa lampau , menyebabkan kita hari ini. Melihatkan kesilapan itu dari diri kita sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
Orang yang tidak berbakat, tapi bersedia belajar dan bekerja dengan sungguh-sungguh,berlaku jujur dan penuh hormat kepada orang lain,akan jauh lebih berhasil daripada orang yang berbakat tapi malas!!
Seringkali kita terlupa , kita sememangnya suka mencari peluang. Akan tetapi apabila peluang itu datang kepada kita , hanya melihat dan membiarkan ia nya berlalu. Dan seringkali juga kita ketahui bhawa peluang itu hadir dengan perantaraan maka ia akan berbalik pada diri itu sendiri. Mengapa kan kita di pertemukan dan percayalah pasti ada tujuan dan hikmah , dan jaga perhubungan antara kita ,itu lah yang paling mulia.
Virus Problemania ialah golongan yang gemar berkongsi kegagalan dengan orang lain. Kadangkala mereka tidak malu berkongsi kegagalan dan kebodohan yang mereka lakukan. Golongan ini juga sanggup menghasut orang lain supaya mempercayai kata-katanya. Golongan ini bila gagal suka menyalahkan orang lain dan tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Golongan ni suka bercerita masalah, masalah, masalah tetapi tak pernah berfikir bagaimana nak selesaikan masalah... 
 http://www.youtube.com/watch?v=jBD6KCwY3-Y
 
 

Tisya Hari Ini....

Salam buat semua...

Masa mama update n3 ni, tisya tgh lena keletihan atas pangkuan mama.. Hari ni kene attack da 3 kali, selepas gap beberapa hari. Lama gak x kene attack sawan. Mujur kali ni x lama mana, x la macam dulu 7 - 9 kali, 3 - 4 mnt.. yg ni kejap je.. Sejak guna produk 4Life, nmpk ada perubahan pada tisya.. Tak pe pelan2.. moga usaha kami membuahkan hasil.

Nak upload pic dia at the moment, b/tooth wat hal plak. Menyampah jer.. byk pic2 stuck dlm hp .. hurmmm... Insya Allah later boleh edit post balik.. nak masokkan pic2 dia ni.. Ari2 amik sbb nak tgk perubahan pada diri dia.

Tengah2 leka menghapdate, tiba2 si adam terjaga, terus duduk ( dia tgh tidur tadi ).. sambil mata pejam B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z... hahahahaahahhahaha.. mengekek ngekek aku ketawa sorang2.. tetibe je. mengigau dok dlm kelas la tu. bila sedor, nak menangis lak.. adoii lawak betol la mamat ni sorang. Penat sgt kot pegi sekolah. Kdg2 rasa bersalah plak paksa dia g sekolah awal2 ( 5 tahun ).. tp kalo x g sekolah nak jadi apa plak kat umah. Abg long 5 thn da masok pra sekolah. Yang bestnya, adam da boleh membaca, menghafal.. Bila blk sekolah je, smp umah dia start menghafal apa yg dia blaja kat kelas tadi. Tu la yg bagusnye anto sekolah ni.. Kalo kita yg ajo, dia ajo kite balik.. Ada sekali, tgk dia buat homework, pas2 marah la dia psl dia tulis main2.. sekali dia kata "Eh sapa yg pegi sekolah ni? Mama ke adam? Adam kan.. adam lagi tahu laa" Adeiiii.. kene sebijik.. terus aku cubit mulut dia.. Geram jee.. heheheheh budak2... ada je menda dlm pikiran dorang kan?

Aduii drpd nak update psl tisya, masok plak bab adam. hahahah x pe x pe.. all in 1.... Selamat membaca seme! jgn lupa tinggalkan jejak anda.. heheheh

Wednesday, March 23, 2011

1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"


1st time ni join GA.. 
hihihihih.. 
sumpah x pnh buat. 
sbb mmg x pandai.. 
ni pon try try jer. 
moga ada rezeki utk saya ... 
3thn berblogging tp x pandai itu ini.... 
hikhikhikhik

boleh tak saya tag dia nih ni...

Monday, March 21, 2011

SAYA SAYANG LELAKI INI......
SAYA CINTA LELAKI INI.....
SAYA KASIH LELAKI INI.....
SAYA RINDU LELAKI INI.....
 
Salam sahabat seme....
Lama x update blog. X berkesempatan la plak. Asyik bz je sejak dua menjak ni. Heheheheh.. Bz ngan bisnes, bz ngan anak2.. 4 4 askar ada kat umah ( cuti sekolah ). Riuh rendah jadiknye. Ari2 jadi tarzan. Hehehehehe. Sekali sekala apa salahnye.  Cuti sekolah, abg long blk sini.. Sepatutnya dia da smp blk sana, tp pak long dia terkandas plak kat Sri Kembangan ( demam ) so terpaksa tangguhkan perjalanan balik...

N3 kali ni nak cite pls lelaki di atas tu.. hehehehe.. Bopren saya.. Teman lelaki saya.. Kekasih saya.. 15 Mac aritu besday dia. Tahun ni tahun ke 8 kami selebret sama2.. Semalam sy buat kenduri kecik2 utk jamu jiran sblh2 and kawan2 yang closed ngan dia. Xde la ramai mana pon, sket2 je. Tapi tgk dia cukop happy, satu kebanggaan pada sy. Dia happy sy happy. Menu pon simple gile ---> Bihun sup, ketiau + mee goreng, kek pisang, keropok lekor, nugget ayam, sirap .. Alhamdulillah, tetamu yg dtg pon ngam2 je ngan makanan yg ada, x de yang menjadi habuan cik tong.

Seronok bila dpt berkumpul sekali sekala ngan kengkawan. Slalu kenduri adik beradik.. kat umah mak dia slalu sgt buat mkn2 ajak adik beradik belah mak + ayah makan.. Mcm2 menu ada. Ayah mmg pro masak pon. Resipi terbaru Kuah Spagetti + Tulang . Perghhh menarik gila. Sbb selama ni kita tgk kuah spageti just letak daging hancur je kan.. Letak cendawan butang. Resipi ayah mmg meletop la..

Lps ni turn besday Zharif Eiman plak.. besday setahun.. so maybe nak seleberet "over" sket mengikut bajet dan kemampuan laa... Maklumla 1st time utk dia. Kali ni mesti nak jemput kawan2 sy juge.. Hehehehehe... Huhuh ramai ooooo dlm list sy.. SHMSM, GHMB.. adus dus dus.. :) tp maybe x seme nak dtg .. X pe la.. insya allah.. semoga perancangan itu berjalan lancar.. Doakan bisnes 4Life sy terus sukses...

Thursday, March 10, 2011

Harapan Baru Buat Princess

Hye seme... terajin plak nak update psl ni... Satu harapan baru singgah dlm hidup kami... Berkenaan Tisya.. Masa depan dia yg aku sangkakan akan terus gelap segelap pandangan matanya, kini tidak lagi....

Selasa, 8 Mac 2011.. aku join 1 Talk di bangunan 4Life kat Amcorp Mall. Kat sana, aku jumpe macam2 jenis orang, pelbagai kedudukan, pelbagai posisi kerja .. dan antaranya adalah doktor.. Aku didatangi oleh 2 org doktor iaitu Dr. Khairuzzana & YM Dr. Tengku Fadilah... Antara isi perbincangan kami adalah x lain hanyalah berkisar sejarah penyakit Tisya dan proses penyembuhannya. Dr. Khairuzzana x sempat nak view lama2 sbb sesi Talk da nak bermula.. Aku mula diperkenalkan secara lebih dekat apa itu Transfer Factor. Perkara yang bagus tentang Talk kali ni, boleh bawak anak2 ... X macam Z dulu, x leh bawak anak. Jenuh aku nak mencari org tlg jaga anak malam..

Kira2 hampir nak selesai Talk tu, aku pon keluar.. X lama lps tu, kami didatangi plak YM Dr. Tengku Fadilah... 1st time jumpe dia.. so soft spoken.. sgt humble. Aku suka dia. Aku nmpk air mata dia bergenang bila cite psl Tisya kat dia. Dia sanggup utk pangku Tisya.. Selalunya, org lain mmg takot nak pegang @ pangku dia sbb x biasa. Tiba2 dia tanya aku...
"Husna percayakan saya tak?" ..
and sy jawab "percaya ttg apa? percaya kot..."
"Please believe me, she can be able to walk.. she can stand on her own feet."
Perghhh masa tu mmg aku rasa cam mati hidup balik.. Rasa cam x percaya.. sebab selama dok follow up ni, doc2 paeds x pnh bg aku harapan @ apa2 peluang yang mengatakan Tisya mampu duduk, berdiri, apalagi la berjalan. Sungguh, aku x pnh bayangkan seme tu.. Tapi, lps je Dr. Tengku ckp camtuh, aku rasa cam nak pelok2 je dia, sebab aku tahu dia x bagi aku harapan palsu.. Aku tau dia serius ngan apa dia kata.. Aku juga tahu dia bukan Allah utk tentukan apa yg akan berlaku di masa depan, tapi aku tahu kerana kami punya naluri keibuan yang sama.............
Tak semena - mena, air mata aku jatuh lagi  buat sekian kalinya. Setelah hampir berbulan - bulan aku x menangis psl Tisya... Syukur Ya Allah, kerana aku dipertemukan dengan org2 yang sgt berusaha utk membantu memulihkan puteriku... Selama ni aku da puas cari penawar, da puas berurut, da makan mcm2 produk, da pegi jmp mcm2 doctor... Lagi2 bila Tisya kene sawan ni, makin lama makin worse.. Saban hari aku hidup dalam ketakutan sebab aku paling takot kalo dia kene attack sawan tanpa aku di sisi... Dia yg kene attack, aku yang melalak. Aku mcm dpt rasa kesakitan dan kesengsaraan dia waktu tu. Slalu kalo kol 11.30pg, mmg aku tinggal dia kat umah nak amik adam blk tadika.. x sampai 30mnt pon. Slalunya dia tido lagi waktu tu...

Nak cite sket perubahan2 yg aku nampak ke atas Tisya lps guna TF Advanced..

Hari Pertama ( Jumaat ) : Sawan dtg jugak.. kerap .. Bleh kata 2 jam sekali..
Hari Kedua ( Sabtu ) : Sawan masih ada, tapi x mcm semalam...
Hari Ketiga ( Ahad ) : Hari ni x kena langsung..... Dia nmpk so so comfortable
Hari Keempat ( Isnin ) : Hari ni pon x kena langsung .. Selera makan dia x mcm selalu. Da boleh nak makan nasi, abes la jugak sepinggan. Kalo x........... stgh mangkuk pon susah..
Hari Kelima ( Selasa ) : Hari ni Tisya bebas drpd serangan sawan. Minum susu abes ... Makan pon selera...
Hari Keenam ( Rabu ) : Sama cam semalam. Perubahan terbaru, sakit kulit dia mula hilang.. kesan2 ezcema yg baru2 naik.. da surut...
Hari Ketujuh ( Khamis ) : Baru kejap td, dia kejang sket mcm nak kene sawan, tapi xkena... seminit dua je camtu.. skang da ok...

Bukan nak ckp apa la.. memang magic la produk ni.. Dlm sket masa pon da nmpk kesan. X byk, sket pon jadilah. Sedap hati aku.. Tak sia2 aku cuba. Terima kasih to my sifu Shamsuri Ahmad ( da naik Presidential Diamond pon ) ... dia yg banyak pujuk aku utk cuba produk ni. Ekceli da lama dia soh guna, tp aku asyik ckp mahal mahal mahal... Kalo nak dibandingkan kos aku cari ubat ke sana ke sini.. harga produk ni jauh lebih murah rasanya.... Menyesal gak la.. sbb degil sgt. Aku nak kongsi pic tapi bluetooh lappy ni mereng plak... Aku bahagia .. aku bahagia ada perubahan pada puteriku.. Semoga Allah memberkati usaha aku... Semoga Allah beri aku kekuatan utk terus menggunakan produk ni.......

Monday, March 7, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU



Ingin Tahu Tentang Diri Saya ..
Saya ibu kepada 4 org cahayamata ( 7, 5, 4 & 10bln ) & Isteri kepada seorang lelaki yang saya cintai... Seorang yang happy go lucky, suka tersenyum, suka buat lawak, suka ketawa, suka mencari kawan baru, suka berblogging.
Kenangan manis saya sewaktu bergelar ibu ..
Kenangan paling manis sewaktu bergelar ibu ialah bila mana saya berjaya melahirkan bayi2 saya dan di saat saya menyentuh mereka buat kali yang pertama.. Dan saat itu jugalah air mata gembira sy mengalir bila melihat wajah si kecil itu.
Nostalgia Pahit Yang Takkan Mungkin Sy Lupakan.. 
Maha Suci Allah.... Sesungguhnya ketentuan Allah itu amat berat utk kami tanggung. Paling pahit, ngeri dan trauma ialah bila puteri tunggal dan puteri kesayangan kami, menjadi mangsa kekejaman manusia. Didera hingga terlantar koma dan dikurung di ICU hampir sebulan lamanya.. Bayi yg sy lahirkan normal kini menjadi insan istimewa yang bakal menghuni Syurga Allah kelak.... 
Bingkisan Hati buat suami tersayang.. 
Papa sayang, semoga kita akan terus bahagia hingga hujung nyawa. Kita akan bersama tempuhi segala onak dan ranjau kehidupan yang bakal mendatang... Aku cinta padamu.... 
Nasihat saya kepada anak2 dan juga buat anak anak yang berada di luar sana .. 
Anak - anak mama tersayang, jadilah insan yang berguna di masa akan datang. Belajarlah kalian setinggi langit.. Carilah ilmu sedalam mungkin... 
Apakah harapan saya kepada anak2 saya .. 
Semoga anak - anak saya akan dapat memelihara, menjaga, merawat KAKAK, Nur Farhana Batrisya bila mama dah x de dlm dunia ni nanti. Jangan biar kakak keseorangan meniti kehidupan yang gelap gelita ini. 
 Nasihat buat si gadis di luar sana ..
Cinta di usia remaja itu palsu... Cinta kepada lelaki banyak yg berlandaskan nafsu. Cinta diiringi nafsu takkan berakhir dengan baik . Justeru itu, carilah lelaki yang betul2 ikhlas dan mampu membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket