Monday, November 10, 2008

Antara Rasa Cinta, Kasih & Hormat .....

Kenapa dalam rumahtangga masa kini ... isteri perlu bersaing dengan orang luar ( keluarga mertua @ KAWAN - KAWAN ) suami dalam segala aspek?? Sapa ada jawapan?

Nak kata ni luahan hati.. tak juge. Tapi aku sedang melepaskan sesuatu yang terbuku di fikiranku. Aku hairan bila ada sesetengah suami yang tak pandai mengambil hati isteri walaupon dah kawen berbelas / berpuluh tahun. Hurm... agak2 korang apa punca seme ni ek?

Kes 1:

Maria ( bukan nama sebenar ) dan Johan ( bukan nama sebenar ) diijabkabulkan 7 tahun yang lalu. Sepanjang perkahwinan mereka, tidak pernah sekalipon mereka bertegang urat atau berselisih faham ( sket2 adalah ). Kebahagiaan mereka diserikan dengan 2 pasang cahayamata kembar. Anak dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Johan seorang mekanik kereta dan Maria pula bertugas sebagai setiausaha peribadi CEO di salah sebuah syarikat swasta. Maria tak kisah dengan pendapatan Johan yang jauh lebih rendah darinya kerana Johan masih mampu menanggung perbelanjaan rumah ( sewa, barang dapur & lain2 ) dan juga bayar pengasuh anak. Johan ada ramai kawan, pelbagai lapisan umur. Tua dan muda. Apa yang merunsingkan Maria, Johan terlalu menjaga hati dan perasaan kawan2nya berbanding dirinya sendiri. Johan tak kisah seandainya Maria sedang memarahinya atau terguris hati dengannya, jauh sekali Johan datang memujuk atau meminta maaf. Tapi bila dia bertegang urat dengan kawan2nya, 2 3 jam lepas tu mesti baik balik. Siap call, lepak minum. Pas2 buat je macam x de apa yang berlaku. Tapi kalo dengan Maria, cukop la susah. Egonya.. melambung tinggi. Dalam fikirannya, isteri harus / wajib meminta maaf dengan isteri. Pernah suatu hari, kereta Maria rosak. So, Johan menghantar Maria ke Office pagi tuh. Bila time nak balik, Maria terpaksa tunggu Johan datang menjemput berjam jam lambatnya. Alasannya, kawan dia datang suruh tengok kereta problem. Sedangkan waktu tu dia dah habis kerja. Si isteri disuruh minum dulu di kafe yang berhampiran sementara dia melayan kawannya yang datang lepas waktu kerja. Lepas 1 jam stgh Maria menunggu, akhirnya Johan call bgtau yang KAWAN dia yang lain akan datang menjemput Maria dari office. Cuba anda bayangkan anda di tempat Maria? Hurmmmmm.... Sabar la si isteri menanti kedatangan "driver" yang dihantar suami sendiri. Dah la kene ambil anak dari rumah pengasuh, balik nak masak untuk makan malam. Si Johan masih lagi di bengkel membelek kereta kawannya yang ntah apa rosaknya. Pukol 9.00 mlm br smp ke rumah, then of coz la penat. Waktu nak main dengan anak - anak pon takde. Letey la katakan. Anak - anak bising sket, sure suara Johan pon meninggi. " Jangan bising, papa nak rehat". Bila anak2 tanya itu dan ini, " Pi tanya mama". Tapi, bila kawan2 dia call, dia boleh sembang dengan kawan2 ... kadang2 smp bateri HP abes. Dah la isteri yang terguris hati tak ditegur, ditambah lagi dengan benda lain yang menyakitkan hati. Banyak lagi sebenarnya yang Johan lakukan... Apa saja tindak tanduknya seme berpandukan kawan. Hinggakan dia pernah terlanjur memarahi Maria ( nasib baik tak lafaz cerai ) kerana kawannya bgtau Maria keluar berjumpa seorang lelaki selepas waktu pejabat. Alangkah hebatnya penangan kawan sampai Johan mati - matian memaksa Maria mengakui sesuatu yang dia tak lakukan. Akhirnya kebenaran terbukti, nyatalah Maria isteri yang baik dan setia dan Johan malu sendiri. Namun dia masih tak mahu meminta maaf kerana baginya suami yang meminta maaf dari isteri ialah suami yang lemah. Bila dia sakit / demam, susah nak tengok kawan2 dia datang menjenguk. Sebenarnya dia dah boleh bezakan mana kawan mana lawan. Tapi bagi dia, seme kawan2 yang dia pilih, seme yang terbaik. Susah la begitu. Kini, Maria masih bersabar dan bertolak ansur dengan kelakukan Johan yang makin lama makin parah dengan kawan2 nya. Dia hanya berdoa agar Johan akan berubah sikap dan rumahtangga mereka akan terus kekal sampai ke akhir hayat.

Kes 2.

Suriani dan Syed dinikahkan dalam satu upacara yang gilang gemilang 3 tahun lalu. Sebelum mereka berkahwin, Sue ada mencadangkan pada Syed untuk tinggal di rumah sendiri ( sewa @ beli ). Mulanya Syed bersetuju. Tapi selepas selesai majlis mereka, ibu Syed, Syarifah Hanum mahukan Sue dan Syed tinggal bersama sama mereka dan adik - beradik Syed yang lain. Rumah ibu Syed tak la terlalu besar, tapi muatla untuk 3 keluarga. Seawal tahun yang pertama, semenye berkeadaan baik. Masing2 menunjukkan kemesraan antara satu sama lain. Tahun kedua, Sue dan Syed dikurniakan cahaya mata sulung. So, anak Sue dan Syed kini menjadi penyeri dalam rumah mertua Sue, dan ini menimbulkan rasa cemburu & jauh hati ipar dan biras Sue. Sebelum kehadiran Sue, ibu Syed sungguh menyayangi dan menghormati ketegasan menantunya ( Biras Sue ). Dia paling tak suka kalau barang2nya diusik. Dia juga tak mahu anak2nya terlalu dimarahi ( walaupon hakikatnya anaknya nakal sangat, maklumla 2 lelaki ). Dia dan abg Syed bekerja, so ibu Syed yang menjaga 2 orang budak lelaki itu. Ibu Syed takkan usik kain baju menantunya yang dijemur di ampaian kecuali hari hujan. Dia sanggup menunggu menantunya itu balik dari kerja untuk mengangkat pakaian dari jemuran, untuk dia pula menjemur pakaiannya. Begitu juga dalam hal masak memasak. Ibu Syed akan memasak makanan yang mengikut selera menantunya itu. Bila anak2nya yang lain datang ke rumah, barulah ibunya akan memasak mengikut selera keluarganya ( in fact suaminya sendiri, ayah Syed ). Tapi bila Sue tinggal di rumah itu, dia tidak mendapat keistimewaan yang sama seperti yang pernah dialami oleh menantu yang lain. Balik dari kerja, selalu Sue nampak kain baju yang dijemur seawal Subuh hari sudah disepuk di atas katil dalam bilik tidur mereka. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi benda2 yang berlaku dalam rumah tu, dan akhirnya Sue terpaksa mengalah. Hurm.. sabar je la. Anak Sue terpaksa dihantar ke Nursery dengan alasan ibu Syed tak mampu nak menjaga terlalu ramai. Sue beralah kerana dia merasakan anaknya masih lagi kecil dan memerlukan perhatian yang lebih. Takpela, jauh sket nak menghantarnya pagi2, asalkan tak menyusahkan sesiapa. Syed sebenarnya mengerti gelodak jiwa isterinya yang mahu memberontak, namun dia serba salah kerana di pihak yang satu lagi ada ipar dan juga ibunya sendiri. Hati mereka perlu dijaga. Apabila Syed menyatakan hasrat nak berpindah ( alasannya dekat sket dengan Nursery), ibu Syed mula menunjukkan bantahan walaupon dia tak menyatakan secara jelas. Dari segi perwatakkannya, Sue dan Syed tahu dia membantah. Syed sayangkan isterinya, tapi dalam masa yang sama dia tak mampu membantah kehendak ibu yang mahu mereka tinggal bersama dan hati ipar duai yang perlu dijaga.

So apa pendapat anda?

4 comments:

a b a n g b u y o n g said...

pendapat... semua tu adalah ujian bagi diri memasing ie sebagai CEO takkan dia tak tahu bagaimana nak handle masalah tu sedangkan dia memang seorang terpelajar...

kes ke 2, memang sepatutnya tinggal berasingan... memang banyak masalah klu tinggal dengan mertua

wallahu a'lam

Umi Mia said...

kes 1, dalam perkahwinan suami isteri kena sentiasa membahagiakan masing-masing dulu sebelum org lain...cari atau usahakan cara untuk suami tu sedar kesilapan dia...berbincang atau apa...dgn fikiran terbuka..tp kalau melampau sgt ego tu...tak payah layan...abis citer...hehehe (sorry...sy mmg tak faham dgn lelaki ego..ex sy ego dulu pun..sy tinggalkan jer)

kes2, betul cakap abang buyong...mak saya dan mak mertua sy sendiri selalu pesan dgn anak2...jgn duduk sekali dgn mak/mertus...sbb mula2 mungkin semua wangi..dah lama...mesti ada yg tak puas hati...elakkan...

babylove said...

abg yong.. dia bukan CEO laaa.. dia sekereteri ajeeee......

a b a n g b u y o n g said...

alo cik...
kan saya telah meletakkan ie
ie = sebagai contoh
amunda arr... aku pepak lumat kang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket