Thursday, November 27, 2008

Lagi Kisah Nur Farhana Batrisya

"Hai seme. Aunti, Uncle... Kawan2.. Heheheh.. Tisya dah ada kawan ker? Apa kaba seme? Skang ni tisya tengah main2 ngan Nenek Sarah ngan Atok Mail. Diorg jaga Tisya ngan baik. Papa ngan Mama x yah risau. Adik suka nenek. Nenek pandai jaga adik... "

Alangkah indahnya kalau kata - kata ini dilafazkannya sendiri. Mama akan setia dan sabar menanti adik bercakap dengan mama. Heheheh. Mama tau adik akan sembuh macam dulu. Skang ni pon Tisya dah semakin aktif. Suka ketawa ( smp terkekek - kekek ), punya la happy main ngan abg ngah n papa. Minum susu kuat, makan nestum kuat, tidur pon kuat.



Semakin hari semakin banyak perkembangan positif dalam proses pemulihan Tisya. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami sekeluarga.
Buat keluarga, teman dan rakan - rakan yang banyak memberi support, thanx a lot.
Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian seme.

Sepanjang minggu ni Tisya lebih banyak membuat pergerakan bahagian kaki kanan, menolak badan untuk berpusing ( meniarap ). Satu perkembangan yang sangat positif. At least dah nampak sket kemajuan.
Cumanya, gigi still belom tumbuh lagi. X pe la. Pelan - pelan.

Hari ni juga, rambut Tisya dah semakin lebat. Kerinting halus, pusing2.. Comel sangat. Hehehhe. Rindu je mama ngan Tisya. Malam pon senang je nak tido. Mama harap Tisya akan terus pulih, walopon x sepenuhnya, Mama redha. Kita akan sama - sama lalui hari - hari yang akan mendatang dengan penuh ketabahan. Biar apa juga kata - kata orang pada Tisya, akan Mama lempar jauh - jauh. Mama x peduli andai Tisya disahkan OKU sekalipon ( doktor dah sahkan begitu ).. Tapi Mama tahu, masih ada jalan untuk kita seme. Mama akan bantu adik, mama akan buat apa saja untuk pulihkan adik balik. Mama sanggupkan korbankan apa saja yang mama ada demi untuk adik yang mama sayang. Seme sayang adik... Kawan2 mama ngan papa pon sayang adik. Suddenly adik ada ramai uncle & aunti...




5 comments:

AngahLina Jolie said...

Semoga ketabahan Husna diberkati.. n kita harap semoga Tisya sihat selalu..Aminnnnnn

Umi Mia said...

InsyaAllah dengan kasih sayang ramai orang ni dan kekuatan dari mama dan papa dia..Tisya akan akan pulih semula...

kami doakan kesihatan Tisya...

babylove said...

Thanx seme........

Adrianna's Mommy said...

husna, i'm so proud of you! YOU'RE SUCH A STRONG WOMAN. InsyaAllah Tisya akan pulih semula.. Aku doakan kesihatan yg terbaik untuk tisya ye..

-Danor-

babylove said...

hye danor,

thanx for dropping in here. heheheheh.. tengkiu danor. i need to be strong, as my princess need me all the time. now she is not really in a good condition, because she's having her fever. wut ever it is, she is a strong princess... please pray for her.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket