Thursday, December 12, 2013

Selamat Hari Jadi Nur Farhana Batrisya.. My 1 and only Angel From Heaven...

Salam sayang semua....

Akhirnya, 13 Disember datang lg.. Alhamdulillah.. Rasa mcm baru smlm mama update blog besday kakak yg ke 5.. Cepat sungguh masa berlalu....

Kakak...
Kiranya kakak boleh baca getaran hati mama, pasti kakak tau betapa mama terlalu sayangkan kakak.. Tak dpt dinilai dgn apa jua.. Kakak hadiah buat mama yg dtg dari Syurga.. Indah ciptaan Allah dihadiahkan buat mama.. Apa juga penerimaan org lain terhadap kakak, bg mama kakak tetap sesuatu yg paling indah pernah mama miliki...

Kakak,
Mama jadi tabah hari ini kerana kakak..
Mama jadi kuat hari ini kerana kakak..
Mama jadi berani hari ini kerana kakak..
Mama jadi rajin kerja hari ini kerana kakak..

Kakak,
Mama bernafas hari ini demi menunaikan amanah dari Allah... Semuanya utk kakak..

Kakak,
Mama tau mama bkn mama yg terhebat utk kakak sbb mama terlalu bnyk kekurangan. Mama tau mama bkn mama yg terbaik utk kakak sbb mama tak mampu beri kemewahan dan kesenangan buat kakak..

Semuanya serba sederhana sayang.. Maafkan mama kakak... Sbb mama x cukop kuat usaha utk berikan yg terbaik utk kakak.. Maafkan mama juga sbb x mampu beri rawatan terbaik utk sembuhkan kakak.. Mama akan terus usaha.. Mama akan terus kuat tempuh apa shj utk kakak. Terlalu banyak dugaan mama kakak... Banyak sgt.... Andai mampu kakak pelok mama, pujuk hati mama dan mendamaikan jiwa mama, mama pasti bahagia... Nak sgt rasa dan lalui detik indah itu.. Mama nak kakak jadi kuat setiap hari.. Mama nak kakak sentiasa ada dgn mama. Kakak sumber kekuatan jiwa mama.

Kakak,
Mama pendamkan angan dan impian utk tgk kakak bangun berdiri berjalan berlari. Itu rahsia Allah.. Dan mamabpasti Allah ada perancangan yg baik utk kita. Mama bahagia walaupun kakak x pnh panggil mama "Mama".. Tapi mama tau kakak sedar kehadiran mama di sisi kakak biarpon kakak x nmpk raut muka mama.. Rahsia Allah sayang..  Hanya Dia yg tahu sayang.. Mama redha semua..

Kakak,
Selamat Hari Jadi sayang mama... Sudah menginjak ke usia 6 tahun.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah kerana beri aku tahun seterusnya utk aku teruskan hidup bersama amanah syurga-Mu... Syukurku pada-Mu Ya Allah kerana panjangkan usia puteriku.. Aku msh berkesempatan bersama puteriku utk tahun ini..

Ya Allah...
Beri aku sedikit lagi waktu utk terus bersamanya..
Beri aku kekuatan utk jadi mama yg terbaik utknya...
Betulkan aku andai aku tersilap dlm menjaga amanah syurga-Mu ini..

Ya Allah..
Kau ukirkan senyum di wajahnya.. Jgn seperti aku yg selalu dirundung duka..
Kau berikan bahagia dalam kehidupannya..
Jgn seperti aku yg selalu derita jiwa dan raga..
Kau kesenangan dalam urusannya..
Jgn seperti aku yg selalu dalam kesusahan..

Biar aku rasai kesengsaraannya, kesakitannya, kepedihannya, kehendaknya, kemahuannya, segala apa tentang dia...

Kakak,
Happy 6th birthday my dear princess... Mama love u so much... Sayang sangat tatau nk ckp....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, December 1, 2013

Pengalaman di hari berkhatan buat anak-anak bujangku....

Salam sayang semua....

Anak2 bujang sy kini melangkah ke alam lebih dewasa setelah melalui proses berkhatan. Banyak suka duka yg dilalui sepanjang hari semalam...

Bermula jam 8.30pg semua peserta khatan beramai - ramai dipanggil berkumpul di Masjid Jamek Mengkuang. Setelah diberi taklimat, peserta diarahkan berkumpul di perkarangan letak kereta utk acara mandi air bomba. Eksited gila anak2..

Lps mandi, anak2 kene salin baju pakai t-shirt dan kain pelikat. Then urusetia pon kumpulkan anak2 dan beri no giliran. Abg long - 23 Adam - 24...

Sementara menunggu giliran, kami dijamu dengan pulut kuning dan air teh suam. Aku tgk je la kan... Pulut.. Pantang lagi.. Hehehe....

Akhirnya, giliran anak2 pon smp... Mama yg berdebar. Abg long steady je naik atas katil ditemani tok wan dia. Papa x ready nk msk tgk. X de la dgr dia jerit ke nanges ke. Cayalah abg long. Tgk anak org meraung melolong seme ada.. Mcm2 kerenah bleh tgk. Yg lari keliling masjid pon ada... Smp giliran Adam Fikri............................

Naik je atas katil.. Blom buat apa2 lg tetiba dia kepit kedua belah kaki dia.. Keras membatu atas katil tu. Haaaa dia buat peel dah. Pucat lesi muka. Ingatkan okey rupanya K.O ... Dia start menangis.. X bg org usik dia. Makin lama makin kuat nangisnya.

So, doctor dan pembantu2nya suruh trn katil dl relax kejap. Papa da start naik angin la jgk sbb Adam x nk buat lgsg. Da byr da tggu pny lama smp giliran dia x mo buat. Huhuhuhu. Puas pujuk x mo jgk. Papa da start naik angin. Dia nanges cm nk gila, tak psl2 dpt pelempang sekali. Aku dan hubby decide nak "paksa" jgk buat.. Alang kepalang... Takkan nak cancel dan blk cmtu je... No no no... Last2.. Aku ckp dgn urusetia "jalan aje"....

Pujuk pny pujuk x mau jgk.. Last2 ada sorang pakcik ni kira 1 2 3 cempongggggg terus dukung dia nak atas katil.. Secara paksa laaaaa. Meraung melolong mengalahkan org. Ada 3 katil utk sunat, tinggal 1 je seme fokus kat dia. 2 doc skali buat nk bg cpt.. Hadoi la anak... Papa pgn tgn mama tlg pekup mulut and kasi dia gigit kain. Kesiannnnnnn sgt tgk. Mama pon nk nanges sama tgk anak cmtu. Seksa sgt nmpknya. Berpeluh peluh bengkak2 mata menangis.. "Tepilah... Janganlah... Sakitlah..." Mcm2 dia jeritkn. Soh zikir Subhanallah pon x mo dah. Kesian tgk tp nk tak nak kene buat..

Akhirnya selesai jgk proses "mengerjakan" dia. Alhamdulillah syukur.. Seme org dlm bilik ketawa.. Budak paling ssh nk buat dah pon selesai urusannya. Hai la Adam.. Ingat terror sgt. Tu laaa ms abg long sunat dia relax je g tgk apa doc buat.. Ingatkb ok la.. Rupanya dia takot. Mama da nmpk dah pucat lesi mukanya tak sangka plak dia akan jerit2 cmtu.. Ekekekekeke. Kenangan betol.. Akan jadi memori buat kami sekeluarga...

Setel semua terus je blk. Tak tggu dah utk mkn nasi kawah. Kesian Nur Ain kat umah dah bangun cari susu... Alhamdulillah dah jadi anak bujang dah anak2 sy...... Moga terus membesar jd anak soleh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, September 21, 2013

Introducing Our Newborn Girl.....

Assalamualaikum....

Baru hari ni dapat update blog yang da sekian lama bersawang ni. Alhamdulillah diberi kesempatan utk menulis dan bercerita..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana penantian kami selama 40minggu 4 hari berakhir pada 30.8.2013 jan 5.21 pagi... di hening pagi Jumaat yang penuh barokah... aku telah selamat melahirkan seorang baby girl yg sangat chomel... Alhamdulillah syukur sgt.. Berakhirlah sudah proses kehamilan dan bermulalah proses berpantang bagi aku..

29.8.2013, jam 5.00 pagi ~ aku bangun g bilek air.. boleh rasa yang si kecik dlm perut ni tak berapa nak aktif sgt. Aku goyang2kan perut, usap2.. gosok2 dia.. kejutkan dia soh bangun. Kasi ada gerakan sket, tp baby still x bergerak pon. Dup dap dup dap .... aku da mula berdebar sbb aku da overdue 3 hari. Tiap2 hari kene g check kat KKIA sbb da overdue, so dorang nak pantau jantung baby masih ok dan x lemas.. so boleh la postdate utk bersalin smp 1.9.2013 nnt. Aku kejut papa sbb mula risau si kecik tanak gerak2 jugak. Iskhh tidur ker dia? Rasa cam nak beli 1 alat pengesan jantung baby, so kita leh pantau sepanjang masa.. Hubby ajak g spital. Aku masih berkira - kira nak g ke tanak. Memula pk anak2 ni.. lps tu pk tanak kene seluk2 bila da smp LR nnt.

6.00 pagi ~ Akhirnya aku mengalah jugak. Aku pon bersiap la nak g serah diri kat Dewan Bersalin Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Seram sejuk dibuatnya.. Tgk plak org keliling ada yg da pecah ketuban, ada yg da bukak 6cm.. seme ready to deliver. Tapi aku ni skit sakit pon tak terasa lagi.. Haishhhh... Nurse daftarkan aku macam biasa.. then masok bilek rawatan utk pasang CTG . So far jantung baby normal je.. Masih aktif degupan jantungnya ( takde tanda2 lemas ). Legaaa sket.. So aku pon mintakla nak balik sbb ikot KKIA dorang bg postdate smp 1.9.2013.. Tapi doc yg observe aku cakap tayah la balik.. lagipon da overdue. Nak tunggu apa lagi. Induce aje. Allahuakbar.. Itu yg takmo dengar tu.. hehehhehee....

7.30 pagi ~ Aku dihantar ke wad Kenanga 11 .. Berdebar jantung ni macam baru nak melahirkan anak sulung plak. Hehehehehe... Tak lama lps tu, nurse cakap aku kene pindah wad.. sbb nak induce. Lagi la tambah berdebarnya. Da la kene naik wilcha, da mcm sakit benooo rasanya. Smp la wad Kenanga 10.. aku dpt bed 25. Menunggu doc smp utk masok ubat pukul 9 pagi.. Serius berdebar.. Takot la pulak.. Haishhhh....

9.15 pagi.. Doktor2 da memenuhi ruang wad Kenanga 10. Smp kat katil aku.. ada 2 org doc Cina dtg utk review.. Dr. Thai.. Baik je soft spoken orangnya. Oleh sbb aku ni nak bersalin anak ke 5, so doc decide utk induce 1/2 bj sahaja.. Bab tu tayah nak cite la kan? Paham2 sendiri la bila nak masok ubat tu apa gayanya. Alahaiiii....

1.30 tgh hr ~ Nampak kelibat hubby & eiman smp kat wad bawakkan makanan. Aku smp da tak lalu nak makan. Bukan psl sakit tapi risau da masok ubat tapi takde rasa sakit. Haishhh.. Kalo tak sakit cmne jalan nak bukak, then camne nak bersalin? Kalau jalan tak bukak kene la insert ubat lagi. Tu yang tanak tu. Eiman cam cuak sket tgk aku baring atas katil. Smp je terus cium2 aku. Heheheheh.. muka cuak dia terbayang2 smp ari ni...

3.40 ptg ~ Masih dengan 2 cm.. so doc masokkan lagi 1/2 bj dengan harapan ada bukaan lagi.

5.00 ptg ~ Mak dtg ngan bebudak seme.. Sian papa tak dpt menniaga ari ni. Standby nak sambut kelahiran baby dia. Kecoh riuh rendah bebudak ni. Mak bawakkan nasi tapi nasi tgh hari tadi pon aku tak lalu nak makan. Risau, kecut perut seme ada. Sakit mula terasa tapi sekejap sekejap. Hubby ckp relax la mcm x biasa.. Mmg la da biasa tapi kali ni rasa cam lain sket...

9.40mlm ~ Masih tak bukak lagi jalannya. Sakit pon dtg main2. Tak sakit sgt pon. So doc decide nak "tolong" bukakan jalannya .. Smp la dpt 3cm .. dia soh anta g LR amik mood nak bersalin. Gile nervous kau jangan cakap laaa... Halahhhhhhhh. Hubby masih ada kat perkarangan hospital then aku cakap balik le dulu sian plak kat dia. Baru 3cm ntah kol brp nak klua baby ni.... Aku pon bersiap - siap nak dihantar ke LR.

10.30mlm ~ Aku ngan org sebelah katil ( Kak Nani ) da siap utk bertarung di LR. 2 wilcha jalan sekali. Sepanjang jalan ke LR, aku berzikir "La Illa Hailla Anta Subhanakainni Kuntu Minazzolimin" ... Tu je yang kluar. Dpt LR no 5 aku pon naik baring atas katil . Sejuknya ekonnnnnnnnnnn.... Lps tu ada 3 org doc dtg. Sorang lelaki 2 pompuan.. Dtg cek bukaan bawah then nak pecahkan air ketuban. Memula doc laki tu nak buat tapi dia tak berjaya. So Doc pompuan tu take over.. Air ketuban berjaya dipecahkan .. keluar dengan banyaknya.. Doc ckp air ketuban cantik elok lagi means baby tak de berak dlm perut so risiko baby makan najis tak ader walaupun dah overdue. Alhamdulillah.. 2 kali nurse salin kain lapik ngan baju aku sbb basah kene air ketuban.

12.00 tgh malam ~ Sakitnya mula terasa. Ada sorang staff nurse ni baikkkkkkkkk sgt. Ckp lembut aje. Dia bagi aku minum air sbb aku haus sgt masa tu. Then dia offer nak kasi ubat tahan sakit ( contraction ). Aku pon apa lagi amek je laaa... Malangnya ubat tu buat aku lali dan mengantok.. sudahnya aku terlelap atas katil tu smp aku lupa sakit nak bersalin...... zzzzzzzzz......

3.15 pagi ~ Sakitnya da mula terasa, bila aku sedar tangan aku da siap dipasang drip .. Induce air la pulak.... Contraction pon bermula.. Memula skit je... lps tu hamekkk ko!!!! Sakitnya laa Allah saja yang tahu. Dtg plak doc cek lagi bukaan masih jugak 3cm.. dia pon "tolong" lagi smp jadi 4cm. Sakitnyaaaa Ya Allah hai. Nak nanges je rasa. Dia ckp sy tolong skit kalo tak lama lagi U akan duk sini.. Sepatutnya anak no 5 jalan cepat bukak. Aku ni da mula pk mcm2.. Aku wat dosa ngan sapaaaa la plak ni hai. Da mintak ampun maaf seme.. siap call sms bagai. Makin lama makin terasa sakitnya.

4.20 pagi ~ Nurse pasang CTG lagi sekali.. Kali ni dorang kata graf denyutan jantung baby nmpk tak cantik sgt. So mcm ada komplikasi kat situ. Aku pon apa laginye.. Surrender la kengkonon. Terus mintak doc soh czer. Aje gile kepala hotak aku ni haaaaa.. Tatau luka czer tu lagi sakit dr bersalin normal. Mujurlah doctor tu wat tak reti je kat aku ni. Kalau tak, bawah bukak atas pon bukak. Heheheheheh... Gile gile... tapi mmg surrender la bab contraction. Gile punya sakit Allah saja yg tahu.. zikir pon jadi tunggang langgang sbb terlalu sakit. Nak menangis rasanya... Aku hadap jugak...

5.00 pagi ~ Kali ni aku memang da tak tahan sesangat dah. Rasa nak membuang tu mmg ada dah. Aku pon jerit la panggey nurse... "Kak sy rasa cam nak berak la kak"... Nurse pon ckp "Takpe berak je nanti saya bersihkan". AKu pon iye kan la.. Aku pacak dedua kaki.. Nurse ada kat kaki aku.. Skali dia mintak aku hold "Eh kejap kejap kejap.. Jangan teran! Baby da nak klua. Saya belom standby." Kelam kabut staff nurse 2 org bukak seme alat2 nak sambut baby. Aku tak tunggu lama lagi dah. Aku pon kemam mulut dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim .. Aku kemam mulut aku and start pushing out the baby. Allahuakbar sekali push je baby aku pon da klua tepat jam 5.21 pagi. Nurse baru nak get ready soh aku tarik nafas utk push terperanjat tgk baby da klua complete.. Heheheheh.. "Alahai, saya baru nak suruh tarik nafas dan push awk da klua ye sayang. Pandainya mama dia push! Sekali teran je." Then sorang lagi plak ckp "Nice.. Good job mummy. Takde koyak langsung. Pandai teran. So tak payah jahit la camni" Ya Allah lega sgt dengar. Nurse amik kain lapik hijau and letak atas perut aku. Toingggg si kecik ni dorang letak kat situ soh aku tgk and pegang sementara dorang nak kluarkan uri. Subhanallah .. indah dan cantik ciptaan Allah ni. Comelnya si kecik ni baru kluar dr rahim aku. Tak nanges pon tapi kelip2 mata dia pandang muka aku. Pehtu tau apa dia buat? DIA KENCING ATAS MAMA DIA! Hahahahahaha... Good girl! Pandai dia.

Syukur pada-Mu Ya Allah atas kurniaan ini... 
Taraaaaaaaaaaa..... Inilah dia si kecik tu 

NUR AIN QAISARA BT. AHMAD SHAHRIL
30.8.2013 , 5.21 PAGI , 3.01KG

Terima Kasih yang tak terhingga pada Hubby Tersayang , Mak + Abah & family, Staff Nurse, Doctors dan seme yang membantu sepanjang proses nak melahirkan ni... Alhamdulillah, Allah beri kami rezeki dan kurniaan seperti yang kami idam - idamkan ( baby girl ).. Moga kelahiran di pagi Jumaat yang penuh barokah akan menjadikan Nur Ain Qaisara anak yg baik dan solehah, and bakal menggantikan mama utk jaga kakak princess bila mama tak de nanti... Mama sayang seme anak2 mama...


~babylove~

Wednesday, May 22, 2013

Salam sayang....

Rindu nak berblog, tapi masa dan keadaan yang sgt x mengizinkan.. hehehehe... Terlalu banyak mende nak diceritakan tapi asyik terbantut je tiap kali cuba nak update blog ni...

PRU13 da lps, tapi terlalu banyak kepincangannya. Semoga Allah memberi kemenangan pada pihak yang benar. Allah saja Yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Ah lantok le...

Princess......
Semakin hari dia semakin membesar, badan makin renjong ( tinggi ), tapi berat badan masih begitu.. Susah betol nak naik berat badan. Doktor asyik tanya, princess x lalu makan ke? Makan sama je. Minum susu pon ok. Tapi ntahhhh...

Hari ni, semakin mama meniti hari nak tunggu adik baru lahir, kakak buat perangai mcm2.. x nak makan x minum susu, x nak tidur malam.. merengek je.. Sian kakak, mama bukan x peduli, tp mama x paham kakak x selesa kat mana. Dah diriba, dibelai, dimanja.. Kakak masih begitu. Maafkan mama kakak... bukan mama x fokus pada kakak... tapi mama berusaha sedaya yang mampu. Kakak tetap no 1...~babylove~

Sunday, December 30, 2012

Hari Terakhir 2012....

2012 memberi aku banyak sgt kenangan pahit dan sukar utk aku lupakan.....
Terlalu dalam kepedihan dan keperitan itu....
Yang terpaksa aku tanggung seorang diri.....
Memang perit, rasa bagai nak gila ....

Namun aku percaya....
Allah ada sebab kenapa aku dipilih utk menerima ujian2 itu...
Allah ada sebab kenapa aku mesti rasa apa yg org lain penah rasa....
Aku redha, aku sedar dan aku pasrah...
Ketidaksempurnaan diri ini yang masih byk perlu dipelajari..
Moga aku x terus sesat dan hanyut dalam arus dunia..
Moga aku akan dpt jadi manusia yang berguna dan insan yang bertaqwa...

Ku mohon agar dapat aku kikis segala memori hitam itu dari kotak fikiranku....
Ku mohon agar seme kesengsaraan akan segera berlalu....
Ku mohon agar keluargaku aman bahagia tanpa diganggu....
Ku mohon agar tiada lagi curiga...
Ku mohon agar tiada lagi air mata sengsara......

Selamat datang 2013....

~babylove~

Thursday, December 27, 2012

Q.A.F.E Kepak Ayam Madu

Assalamualaikum semua.....

 Kembali bersiaran setelah lama x mengupdate blog... Selesai cuci sawang2 yg da agak byk kat blog ni.. Ari ni nak cite pasal my bizz. Bizz yg kami mulakan secara kecil-kecilan...

 


Q.A.F.E Kepak Ayam Madu.. Setelah hampir setahun berguru dengan sifu, akhirnya kami nekad menjalankan perniagaan ini. Alhamdulillah rezeki Allah mmg ada di mana-mana. Sambutan yang sangat menggalakkan di Sungai Petani. Lokasi perniagaan kami hari ini adalah di C-Mart Amanjaya Mall Sungai Petani. Customer suka sgt rasa kepak ayam madu yang hebat dan menyelerakan.





Antara produk yang kami keluarkan :

1. Kepak Ayam Madu      RM1.70/seketul @ RM10/6 ketul
2. Tongkeng Ayam           RM1.00/secucuk
3. Pedal Ayam                 RM1.00/secucuk
4. Satay / Isi Ayam          RM1.00/secucuk
5. Hati Ayam                  RM1.00/secucuk







KAMI SEDIA MENERIMA TEMPAHAN KATERING UNTUK :

a) MAJLIS RUMAH TERBUKA PERAYAAN
b) HARI JADI, TUNANG / KAHWIN
c) UPACARA PERASMIAN SYARIKAT 
d) DAN LAIN - LAIN.

SILA HUBUNGI 0182636878 SHAH / 0182345834 NURUL UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN

~babylove~

Wednesday, December 12, 2012

5th Birthday.... Love Princess


13 Disember datang lagi….

Hari ini hari yang bahagia dan gembira buat insan tersayang…
Puteri dari syurga kurniaan Ilahi buat kami sekeluarga..
Nur Farhana Batrisya
Nama yang kami pilih,
Untuk diberikan pada si cantik manis,
Kehadirannya membawa 1000 erti dalam hidup kami,
Tercurah segala kasih dan sayang yang tiada berbelah bagi,
Penyeri kasih adik juga abang,
Penawar duka mama dan papa,
Namun….
Bahagia itu hanya sementara,
Zaman riang kanak2 direntap kejam oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan,
Tiada punya hati dan perasaan belas kasihan,
Diperlakukan begitu tragis hingga meragut nyawa,
Puteri hampir meninggalkan kami,
Syukur Allah masih beri aku waktu dan kesempatan,
Untuk terus memberi apa yang ku ada utknya,
Untuk terus membelai dan menyayanginya selagi hayat ini masih ada,
Untuk terus memeluk dan menciumnya sepuas hati,
Sementara masih ada waktu yang tersisa,
Kini hari2 yang dilalui penuh dugaan dan pancaroba,
Kosong dan gelap gelita,
Tiada lagi gelak tawa dan gurau sendamu,
Mama nak tengok kakak menari, berlari, berjalan, melompat, merajuk..
 Ya Allah………
Moga akan tiba saat itu buatku meskipun harus ku tunggu 1000 thn lagi,
Puteriku Farhana,
Mama terlalu sayangkan kakak… hanya Allah saja yang tahu,
Gelodak jiwa dan perasaan mama,
Kakak pelengkap segalanya bagi mama,
Kakak penawar duka di hati mama,
Kakak penyeri dalam hidup mama,
Kakak segalanya untuk mama,
Walaupun kini kakak bukan lagi kepunyaan mama,
Kakak dah jadi kepunyaan Maha Pencipta,
Mama hanya diamanahkan menjaga hak dan kepunyaan-Nya,
Namun…….
Mama tetap sayangkan kakak sehingga ke akhir hayat mama,
Mama bangga Allah pilih mama utk jadi pemegang amanah dari Syurga ini,
Mama besar hati menjaga membelai memeluk anak istimewa dari Syurga,
Mama tak harap balasan Syurga semata – mata,
Seikhlas hati setulus jiwa mama serahkan segalanya untuk kakak,
Andai 1 hari nanti mama terpaksa mengadap Ilahi lebih dulu dari kakak,
Mama tau ramai yang akan bantu mama jaga kakak,
Mama tau ramai yang sayangkan kakak mcm mama syg kakak,
Mama juga tau ramai yang mahu jaga anak syurga mcm mama jaga kakak,
Mama harap kakak terus sihat,
Beri mama kesempatan dan peluang selagi ada utk mama berikan apa yang mama ada,
Agar kakak merasa bahagia dan gembira bila jadi anak mama,
Kita akan bertemu di Syurga sana,
In Shaa Allah sayang…
Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat sayang mama
NUR FARHANA BATRISYA BT. AHMAD SHAHRIL….
13 Disember 2007 …


~babylove~

Thursday, May 24, 2012

Aku sangat kecewa.......

Doa ketika dukacita dan sedih


Ya Allah....

Andai ini ujian-Mu utk menjadikan aku manusia yg lebey baik dari hari ini, aku redha Ya Allah....

Andai ini peringatan-Mu atas seme perbuatan dosa2ku, aku juga redha Ya Allah....

Andai masih ada kesempatan utkku perbetulkan kesilapan ini, tunjukkan aku caranya Ya Allah...


Sungguh aku tak mampu menahan keperitannya...

Sungguh aku tak mampu menerima kekalahnnya...

Suñgguh aku tak mampu berdiri menampungnya...


Kuatkan semangatku Ya Allah

Tabahkan hatiku Ya Allah

Kentalkan jiwaku Ya Allah


Ku mohon.....................


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 20, 2012

I'm back..

Tab da klua spital.. yg lama da arwah x dpt diselamatkan... ngeeee da beranak yg baru..... ngeeeeeeeee


Bye


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

11 Mei 2012... Masih di Paeds 5, PPUM....

Semalam 10 Mei 2012.. princess ok je.. da senyum2 nmpk lebey comfortable. Xde demam, muntah cirit pon last kol 2 pagi. Hati ni da lega sgt tgk dia.. Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi, Yang Maha Menyembuhkan...


Tapi bila menginjak malam, papa dia perasan, line kat tgn dia mcm da bengkak sket. Theb, dorang bukak line tu, nak set baru. HO x berjaya set line sbb da pasang berdarah + leaking plak.. cabut balik, so kene tggu MO on call buatkan. Kol 2 pagi set line, melalak lalak princess. Kesian sgt... tp nak wat cmne? Still on antibiotik, nak x nak kene pasang jugak... lps pd tu princess asyik melalak jee.. huhuhuhuhu..


Hancur luluh hati ni dengar esak tangis dia. Nak ditanya dia xtau nk ckp.. tatau sakitnye kat mana. Kesian sgt. Mama pon sama turut jadi emo, mama pon nanges jugak. Sedey gile..


Menginjak ke subuh still nanges jugak. Tidur kejap terjaga, nangesssss lg... try nk tidur nanges lg.. smp la Prof Maret dtg visit, tgk dia nanges2 cmtu.


Prof terus instructed doc wad kasi ubat tidur utk kasi dia relax dan tidur. Sbb x nak dia stress @ sakit balik.. so far alhamdulillah... dia pon tidur lps mkn ubat...


Since pagi tidur, ni baru bangun... 3.08pm ...... ok all, nk kasi mkn, nk kasi minum.. byeeeee


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, May 9, 2012

Seharian di Trauma & Emergency PPUM .....

Assalamualaikum....


Princess lagi.......... Pagi tadi lps subuh, aku baring blk.. pusing kat princess, nk pelok2 dia. Skali haaaaaaaa, gile panas badan + kepala dia. Aku pon sepantas kilat le amik penyukat suhu badan tu... Tgk2...38++... aduhai.... terus kasi mkn ubat, bg jugak tf  adv 2bj... setiap stgh jam aku sukat suhu... naik naik naik terus naik... aku amik kain lap2 pala+badan dia..


Tak boleh duduk aku... last2 bwk dia skali dtg PPUM. ikotkan zharif je yg ada follow up ENT. So adik pny hal da setel, xde apa2 mslh.... ni princess lak...


Pasal dia x mo mkn + minum, terpaksa la set line, cucuk IV.. Drip la jawapannya.Da berjam jam aku kat sini. Tadi dorang cepat2 bukak baju dia, lap2 ngan kain basah. Doc takot dia dpt fits lg...


Jam da pukul 2.45ptg... kami masih di sini.. moga takde apa yg serius..... Doakan princess yer....


Akhirnya...... 4.31pm, kene tolak masok wad jugak.... ;-(


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, May 6, 2012

Proses pemulihan princess..... @Mengkuang Titi, Bkt Mertajam P.Pinang......

Pagi 1 April 2012, aku terjaga awal la plak. Adehhh... ingat nak tido lebey sket. Alang2 da bangun aku pon smbg la mengemas dan setel bahagian dapor plak. Kemas apa yg patut.. masokkan meja blk.. so mak x la terok nak kemas sorang2. Tiba2 MIL call... mak ckp ayah nak antakan blk penang mlm ni. Dah alang2 hubby dpt mc.. apalagi, bagai org mengantuk disorongkan bantal la aku... happy sgt... semangat nk blk kg. Permintaan mak abah sbrnya bwk princess blk sana.. dorang nak jagakan princess.. so plan on la ..bertolak kejap lg lps maghrib.


Sempat aku melencongke Mydin jap ngan ct... cuci mata.. buat spek baru. Bwk anak2 mkn nasi ayam.. sekali skala release tension. Princess ngan papa kat umah. Dua dua x sihat so xleh jalan2.


Lps maghrib.. kami pon mulakan perjalanan.. nasib baik ayah pakai unser.. selesa la jgk kan. Seat byk.. tiba2 smp dekat mana tah, tapah ke bidor tayar kete ayah tiba2 meletop. Terkujat makcik... rupanya bunga tayar terkeluar. Wahhhhh smp mcm tu jadinye. Tgh2 hujan renyai, hubby ngan FIL tukar tayar sesama. Bila da okey, perjalanan diteruskan...


Smp R&R Tapah.. ayah ajak benti makan.. minum air panas bg hilang ngantok. Anak2 seme da belayar... aku mkn ketiau sup, alahaiiiiii aku msk lagi sedap. Apa daaaaaaa.... kalo mahal masak la sedap2 baru berbaloi org beli. Ayah beli ketupat palas + rendang tok utk besan. Perjalanan diteruskan....


Smp sudah mengkuang titi... da dekat kol 2 pagi... radi dok berjaga lagi. Main game je kejenyer.. Abah bangun sambut besan dtg. 1st time ni mak ayah jejak rumah baru. Sembang sket2 pastu seme da kepenatan... masing2 cari tilam bantal laaa. Bestnyeeeee tido umah mak sndr.

I

2 April 2012 : Bila bangun pagi... terdengar sok sek sok sek mama + mak dok borak2.. tgk MIL dok iron baju. Aishhhh awalnye nk blk. Korang nak tau..... DIORG NAK.G LANGKAWI!!!! hadoi nak pengsan dgr. Keje gila sbb nak pegi n blk hari. Tp biasa la mak ayah kalo kata nak... nak la dia. Iskhhh iskhhh iskhhh. Betol2 diorg g. Kelakar rasa.


Aku plak bawak anak2 jenjalan kat carrefour sbrg jaya. Bosan kot dok umah jeeee. Shopping sket2 ngan dorang, bg makan aiskrim mekdi sorang 1... ptg nak g mengkuang dem tapi cm nak hujan plak.. so, terus la blk umah. Sbb nak buat bihun sup. Tulang da rebus tadi.


Kol 11...org yg g Langkawi x smp2 lg. Hubby da risau kol brp nk bertolak. Tak lama lps tu dgr bunyi unser ayah. Ohooooooo da smp. Tudiaaaaaaaa.... penoh blkg unser woi... beribu abes masok langkawi.. tu siap nak repeat lg tu yg tak tahan dengor... hahahaahhah... seronok tgk diorg happy together... siap dinner sama2. Alhamdulillah.... seme selamat ... so skang hubby + family dia nak bertolak blk KL.... moga perjalanan mereka dilindungi dan selamat tiba ke destinasi. Aminnnnnnnnnnnnnnn


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kenduri kesyukuran pembedahan princess + break rank jadi QD 4LIFE

Assalamualaikum.......


Update lagi.... lps princess klua wad, aku buat sket jamuan utk saudara mara yg ada kat umah bonda. Alhamdulillah, mujur mak + ayah okey je. Menu malam tu nasi putih, ikan bakar, ayam rempah, kobis lemak putih, sambal belacan + ulam. Drpd pagi gak la menyetelkan bahan2 nak masak. Hasil pertolongan aunty lela, faez, atiq... berjaya jugak kami siapkan rumah sblm ayah blk.


Ramai sedara mara dtg. Alang2 kenduri kesyukuran, mak ayah buat baca yassin dan tahlil sekali.


Yang tak bestnya, hubby plak demamnye. Mula2 ptg tu da nmpk dia melepek. Mkn actifast + 100plus.. ingat okey la. Ms baca yassin dia turun... ingat da okey tp makin terok. Ajak g klinik x nak.. g spital x nak... haishhhhhhhh.... badan ni belom rehat bebetol lagi, dugaan dtg lg. Hurmmmmmm.... xpe xpe, Allah menguji pelbagai cara.


Pujuk pny pujuk, last2 dia nak jugak g klinik. Da x tahan la tu, ajak amik injection. Aku tinggal eiman + kakak kat aunty lela. Smp luar, anas terus amik kunci kete kat tangan aku... nak drive. Alahaiii sian dia. Baru je smp belom mkn pon. Kami g TTDI Tmn Medan. Dpt injection 2 jarum, balik umah. Sambung layan tetamu.. smbg makan..


Lps tu... atiq ngan ijan ngan angah tlg kemas .. membasuh mencuci.. angkat meja seme.. hehehehe. So esok x la berat beno aku nak mengemas. Kol 2++ pagi... da clear kat depan. Alhamdulillah..time to rest. Mandi dl then rebahkan badan ... belayar ke alam mimpi.... zzzzzzzzzzzz.......


I


Published with Blogger-droid v2.0.4

Operation ortho - part 3...

A day after operation... princess da sedar sepenuhnya drpd tidur.. mslhnya dia lgsg x nk makan dan minum.. masih bergantung sepenuhnya ngan drip. Ssh hati la jgk kan.. tpi nak wat cmne. Doc ckp pelan2. Lps opt mmg slalu cmtu.


Tengah hari.... terperanjat makcik... dpt kunjungan tamu yg x diduga.. Cik Ice dtg jenguk princess. Langkah vouge msk dlm bilek princess.. doc siap tegur.. "u doc mana yer?".. hiihihihh... mmg gaya2 doc.. bidan katanya. Ngeeeeee.... lepak2 ngan ice. Mkn nasi tomato ( yeh ice? Lupa dah ).. hahahahaha... lps amik2 gambo sekeping dua, dia pon gerak blk. Ice mmg weng, tp syg dia. Hahahah...


Ramai dtg melawat princess.. ramai sgt. Thanx thanx thanx.. Zue + fren, Ija + sprinter, mama ita + family, ayen gedop + family, zuria + family, maklong sarah + tok ayah nenek, azliza,  ayu + 7, paklang amy + tasha, uncle anas, pakngah man, paklong shawal, jebard + feeza, shue + family... uishhhhh... ramainyeeeee nak letak 1 1... pon ni ada yg tertinggal jgn marah yehhhhh.. tengkiu guys.... pada yg mendoakan princess... alhamdulillah terima kasih yg tidak terhingga. Princess beruntung ramai yg sygkan dia..


Jumaat ptg maktok tokwan and abglong bertolak dr penang mai KL nak jenguk kakak. Uhhuhuhuhhu.... thanx mom + dad... smp ponda tgh mlm... so sabtu baru dtg. Lega tgk muka mak abah. Princess pon tmbh2 manja.. merengek rengek mintak diangkat.. tp cmne nak angkat..


Hari ahad... mak abah dtg.. so aku amik kesempatan klua kejap...blk umah... mandi.. salin baju, amik baju. Lega dpt kuar jap... tgk alam. hahahah...


Pagi isnin, ingatkan da boleh klua. Tp x boleh lagi, sbb prof nak tgk keadaan princess dl sblm discharge. Mslhnya dia x berkesempatan ari isnin. Maybe selasa @ rabu. Halamak aiiiiii... pingsan..... rindu membuak buak kat eiman. Da brp hari x menyusu... hurmmmm tunggu je la.. apa nak kata.


The next day, Dr.Kanthan dtg visit... katanya princess akan ditolak msk OT blk... nak tuka spica baru..nk cek luka opt... bolehj je nak discharge tp nnt kene admit blk.. set line blk... and yg plg tak best, kenel lepak transit ward lama2 sbb bed xde. So jalannya, stay kat wad la smp khamis tu.. Mak abah da blk penang. X leh nak cuti lama2.


Sepanjang kat wad, ada jgk aktiviti sampingan yg princess buat. Jmp dietitian sbb berat badan dia x cukop utk usia dia. So dietitian rekemen susu pediasure. Malangnya princess x nak.. haaaa nk tau spjg kat wad, dia hny minum susu Dutch Lady Strawberry jeee. Berkotak kotak beli. Itu je yg dia nk. Lain2 lgsg x nk. Hurmmmmm... apa2 je la kakak. Selain tu, ada jgk sessi fisioterapi dgn rehab team.. senaman ringkas setiap hari. Princess jugak dpt sijil tau, sbb sudi menjadi bahan eksperimen utk medical student tahun akhir. Mcm2 soklan tanya. Good luck u two guys... moga berjaya jadi doktor nnt. Dok spital pon leh dpt income. Ngeeeeeeeee... manyak untung lor. Duit saguhati mama beli legging utk princess + eiman. Balance simpan la.


So pagi khamis 28.3.2012, mcm biasa la. Seawal kol 8 pagi da gerak g OT. Kali ni nk story psl pakar bius princess... nak tau, muka dia kan kan kan.... SEBIJIK CAM NERA AF9.... cantik bebeno. Mula2 ingat nera buat visit dlm dewan bedah..tp takkan plak kan... hahahahahahah.... nak amik gambar pon lupa. Eksited tgk muka pakar bius... dr apa ntah namanya.. tatau jugeeee... hahahaha.


Proses kali ni lebey ringkas dan sekejap. Alhamdulillah seme ok. Tp bila dia sedar dia asyik nangesssss je. Huhuhuhu...sebak di dada... kesian princess. Smp staff nurse soh aku naik atas katil, ribakan dia. Tolak blk wad pon aku still atas katil. Ngeeeeeeeeee...... alhamdulillah seme da setel... so harap seme ok je.


Hari jumaat.... princess dibenarkan discharge... Alhamdulillahhhh..... teruja sgt nk blk. Eksited g setel seme urusan bil + ubat... eksited .. tpi rindu la wad... 10 hari berkampung.. rasa cm lama jeee...nurse + doc kat paeds 5 seme baik2... suka dorang semua. Ortho surgeon team pon best2.. Prof Sow, Dr. Kanthan, Dr. Roshan, Dr. T.... apa tah namanya... Dr Alvin Dr Zaireen Dr Munirah.. seme baik2... budi baik uolssssss sgt dihargai.


Tggu papa dtg, princess sempat jalan2 mama dokong. Blaja2 dokong princess. Hahahaha.. klua PPUM terus tuju umah nenek. Rindu eiman + adam. Nmpk je muka mama eiman ngada2.. hihihihihihi.... Lega seme da selesai. Bermulalah proses pemulihan kat rumah..............


Thanxxxxxxxxx sudi baca.. bila baca sure seme mendoakan princess baik2 aje. Alhamdulillah... nnt smbg lg okey....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 4, 2012

Operation ortho - part 2

Seawal pagi jam 7++ Dr. Alvin dtg jenguk princess.. bgtau princess akan masok OT dulu as 1st case.. berdebar plak rasa... nasib baik da siap mandi. Fiber gljjass da siap beli semalam.. bleh tahan gak harganya, da la belom gaji lg time tuh. Koyak! Hehehehehehe... Eiman + papa pon baru bangun.. breakfast baru smp, so minum dulu seteguk dua, then baru bergerak menuju OT.... dup dap dup dap ...mama nervous gila...


Smp pintu OT.. ingatkan smp situ je.. tp dorang ckp bleh msk dlm. Teruja nih... ye la x pnh masok kan.. dulu2 ms kecik kene opt telinga sbb ada ketumbuhan .. tp mana nak ingat dah nye... puluh2 tahun dah..


Pakar bius invite aku masok dlm skali... utk tgk proses cmne dorang kasi princess bius.. haiyooooo menggigil pala lutut ni ha.... dgn sejuk aircondnya lagi.. ms dia mula pejam mata... ada ayat xleh blah "ok come mummy bleh cium anak utk kali terakhir sblm dia tidur". Aduhai, kali terakhir yer... nk pengsan dengor. Menangis gak la kan. Princess aku tinggalkan pada dorang, menanti utk dipotong dan diproses. Pastu kn klua, tunggu kat ruangan menunggu. Eiman + papa baru smp dr wad. Lepak kat luar, smp tertidur 2 beranak ni.


Setiap jam yg berlalu, aku nantikan penuh debaran. Dorang janji ngan aku 2 jam je... lps kol 10, xde apa2 berita. Org yg masok kemudian pon da dipanggil warisnya. Hati mula bergoncang... mcm2 ada dlm fikiran. Allah saja yg tahu masa tu... Berjaya ke.. tak ker... .


Dekat2 kol 12.. ada staff nurse panggil waris Farhana. Alhamdulillah syukur sgt2. Setel pon. Tapi smp je dlm, pakar bedah ckp "u wait there. I'll come to u. Meliar mata aku mencari kelibat princess. Tapi x jmp pon. Mana la dia ni. Then pakar bedah tu pon dtg and bwk aku g kat princess. Ouhhhhh siap pakai oxygen mask. "Operation successful. Now she's stabil but still sleeping". Alhamdulillah lega sgt....


Smp kat dia... dia tgh menangis.. serak2 suara kluar x kluar je.. syukur lg. Tak lama lps tu tolak blk ke wad.. Smp wad.. smbg berehat.. ingat nak tido.. tp x leh nak tido...


Bila menginjak malam, princess asyik nangis je.. dia x leh nak kencing. Kesian sgt tgk ...aku pon sama melalak jgk. Tatau nk tlg cmne. Last2 aku panggey doc bertugas, bgtau princess belom kencing. Pastu, dia start masokkan tiub nk tlg princess kencing. Haaa barulah boleh. Byk lak tu... alhamdulillah lagi.. tayah pakai tiub. Lps pd tu da okeey.. dia pon da blh tidur tapi asyik terperanjat je.. seksa tgk dia terganggu mcm tu.. tapi x pe la... asalkan seme da selamat..


to be continued..............


Published with Blogger-droid v2.0.4

Operation Ortho... 22.3.2022

Salam sayang buat seme..assalamualaikum.... ari ni baru dpt nak update blog.. mesti da bersawang dlmnye kan.. bz laaaa... asyik kuar masok wad... nak ngadap lappy pon da x sempat.. Alhamdulillah, ada rezeki lebey, amik tab ni..so bleh la nak mengarang sket2..


Seperti yg seme sedia maklum.. princess sudah selamat dibedah untuk membetulkan tulang punggungnya.. Special thanx to surgeon team paeds ortho yg telah berusaha keras utk menjayakan pembedahan ini.. Seme atas keizinan Yang Maha Kuasa.. Syukur atas segalanya...


Doc2.. pakar2 bedah seme baik2.. sekaligus memadamkan spekulasi tak baik pada PPUM dan staff nya... maybe ada yg tak bagus.. tp Alhamdulillah sepanjang 10 hari princess kat wad.. semenyer baik2 belaka.


Dr. Alvin + Dr. Zaireen... org yg mula2 skali aku jmp.. such a great people.. so so humble and soft spoken.. suka sgt gandingan mereka ini. So start jmp dorang kat transit wad.. then aku + princess kene pegi conference room utk berbincang dan utk aku paham lebey lanjut psl operation tu nnt... Prof Sow.. yg akan mengetuai pembedahan terangkan serba ringkas proses yg akan dilakukan nnt... ada sket kerisauan la di hati..tp aku yakin sbb org kata ... Ortho Surgeon team PPUM antara yg terbaik...


Setel urusan tu.. dorang pon start set line utk princess.. Dr. Alvin yg buatkan.. bila aku msk blk da setel..tgk dr.alvin tgh mainkan kartun barney kat fon dia kasi princess dgr..owwwww...so sweet... suka dia ni.. baik je!


Pukol 8mlm baru dpt bed kat Paeds 5... setelah seharian menunggu... Alhamdulillah.... aku pon mandi.. solat.. smntr tunggu papa dtg.. kol 11 papa + eiman dtg. Bwk nasi lemak panas beli kat 222... nasi lemak ayam..ngeeeeeee..... lps mkn rest kejap terus tido. Cik princess da lama beradu.. since kol 9 tadi.. papa + eiman tido kat wad jgk.. eiman still menyusu badan so ssh sket nk tinggal...


zzzzzzzz.....smbg esok plak... cite kat OT plak...berdebar rasanya...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 17, 2012

Princess Hari Ini

Actually banyak cite psl princess yg perlu diupdate... 
tp still x berkesempatan nak update.. 
x de masa nak mengarang... 
adusss... 
Nnt eh.. 
insya allah....

~babylove~

Tuesday, February 28, 2012

My Fantastic Farhana dan Angka 3..

Assalamualaikum.....

My Fantastic Farhana.... 
Bidadari yang Allah anugerahkan padaku... 
Untuk dipelihara sebaiknya. 
Semalam aku terfikir sesuatu tentang princess dan angka 3.... 

manja sangat.... :)

Bermula kisah 3 ini.......
Masa pegnen, dia anak no 3 ( see start no 3 kat sini )
Lahir kat labor room No 3 ( ada 3 juge )
Princess lahir 13.12.2007 ( ada 3 )
Lahir pada 10.33pagi ( ada 3 kan )

Bila terjadinya tragedi itu......
Masa koma kat ICU, dpt bed 3 ( ada 3 lagi )
Discharge drpd wad dulu lps pukul 3ptg ( eh 3 lagi ni )

Kali ni........
Bakal admit ward Paeds 5 bulan 3 ( 3 jugek )
Bakal menjalani operation ms hari jadi papa 15.3.2012 ( 3 lagi )

Adakah lagi kisah 3........? 
Doakan yang terbaik buat princess....
Moga dia kuat utk menempuh semua kesakitan di dunia...
Ku pasti ada bahagia untuk dia di Syurga nanti.....

~babylove~

Wednesday, February 22, 2012

Mampukah Aku.....?

Salam sayang semua....

Sangat terkesan di hatiku apabila menerima perkhabaran duka pagi ni... Aku terima 2 kematian.... Allahyarham Faris...  dan juga sahabat pada temanku akibat TIBI. Walopon mereka tidak aku kenali, namun mengusik hati. Perginya mereka meninggalkan org2 yg sayangkan mereka kerana penyakit kronik yang menyerang mereka .. Allahuakbar.. Segalanya adalah ketentuan-Mu... Kehendak-Mu .... Tabahkan hati mereka yang menanggungnya. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya... Semoga kalian berdua tenang di sana..... http://www.youtube.com/watch?v=FcMDunZwvtM

Bagaimana keadaanku menerima khabar ini satu masa nanti.. Mampukah aku? Adakah aku akan  menjadi sekuat dan setabah itu....? Merawang fikiranku mengingatkan keadaan puteri. Keadaan puteri sedikit tidak baik sekarang ni... Menanti hari2 dan waktu sebelum smp detik dia kene masok wad... Bersedia utk menjalani pembedahan utk betulkan tulang punggung dia yang dah terkeluar. Seribu satu soalan bermain dlm fikiranku.... Sukar untuk aku luahkan sbb aku sendiri tatau macam mana nak expresskan perasaan aku.

Ya Allah, Kau Yang Maha Mengetahui, Kau Yang Maha Mengasihani... Ku mohon Ya Allah berikan aku sedikit waktu lagi... utk terus bersama puteriku... anak-anakku... Beri aku sedikit lagi kesempatan untuk aku curahkan segala apa yg aku ada buat mereka. Aku sedar kelemahanku, aku tahu kekuranganku membesarkan amanah2-Mu ini Ya Allah... Daku cuba, sudah ku cuba sedaya mungkin memberi yang terbaik utk mereka...
Semoga mereka ini akan menggantikan aku..
menjaga puteri syurga itu..
andai masa aku smp sebelum waktunya....
Puteri dari syurga ...
Andai 1 hari nnt mama pergi dulu,
mama titipkan kakak pada abg2, papa, atok nenek maktok tok wan utk jaga kakak....
Mama tatau camne nak lalui hidup tanpa kakak...

Hati mula gusar, sedikit gundah gulana, bila memikirkan yang kami masih belom tergerak utk membeli insurans hayat utk keluarga. Mengikut keadaan kewangan, masih belom mengizinkan... Aku tiba2 jadi takot... Apakah yg akan aku lakukan seandainya aku adalah ibu kepada Arwah Faris... Aku tak punya apa.. wang simpanan jauh sekali.. Gagalkah aku? Tak layakkah aku menjadi seorang ibu?

Ya Allah, berkatilah usahaku selama ini .. Berikanlah rezeki yang baik buatku Ya Allah.... Agar dapat aku berikan kesenangan buat amanah-amanah-Mu ini ... Aku mohon Ya Allah, aku insan yang kerdil dan hina memohon kepada-Mu Ya Allah.... Bukakan pintu rezeki buatku.... Berikan kekuatan padaku utk terus mencari rezeki yang halal ... Tetapkan imanku Ya Allah ...

~babylove~

Thursday, January 26, 2012

Wishlist... Perlu ada ker?






 mmg pening nk pilih....


I need vacation... space to relax ... 
rasa nak try produk ni.. once disahkan halal.... :) 

suka sgt perhiasan silver.. feeling ala2 white gold gitu.. ok tak? 

Selesa je tgk ... sure princess suka. x pe pelan2



Dah.. tu je yg terlintas di fikiran... hihihihihi



~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket