Monday, November 2, 2009

Dugaan Datang Lagi.....


Syukur ke hadrat Allah Taala, Farhana terus aktif dan menunjukkan perkembangan yang semakin baik. Alhamdulillah. Aku memanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah kerana mendengar rintihan hatiku ini. Dia semakin aktif, membesar bagai juara. Kami lalui hari demi hari dengan penuh kesabaran moga ada sinar untuk dia duduk, bertatih dan berjalan. Insya Allah, masa itu akan tiba dan akan aku nantikan hingga ke akhir hayatku..

Bulan Ramadhan yang lalu, kami dikejutkan dengan satu perkhabaran yang tersangatlah menyedihkan dan mengguris hati. Inspektor Nor Asiah IPPD PJ maklumkan, kes kami tak kukuh dan pendakwaraya mengesahkan pengasuh anak kami takkan didakwa kerana kekurangan bukti yang kukuh mensabitkan mereka dengan kecelakaan itu serta tiada saksi dan suspek utama. Subhanallah, dugaan datang lagi.......... Mujurlah dalam bulan Ramadhan Al - Mubarak.. aku masih mampu mengawal emosi. Aku banyakkan solat hajat mohon ditenangkan jiwa kerana ia amat2 mengganggu ketenteraman jiwaku. Aku sangkakan kes yang berlanjutan hampir setahun akan memberi kami sedikit harapan agar nasib princess dapat dibela. Terlalu kecewa.. dengan keputusan ini. Sukar aku nak terima dengan hati yang terbuka. Sukar bagi aku untuk mengucapkan kata SABAR.. sepertimana yang selalu aku lakukan. Susah kerana aku ibu.. aku yang mengendong dia dlm kandunganku.. aku yang melahirkan dia.. Hati seorang ibu seperti aku.. tak mungkin ada yang memahami. Berat mata memandang, berat lagi bahu aku menanggung bebanan ini..

Kini , kami perlu mendapatkan khidmat biro bantuan guaman... Kes ini perlu aku teruskan kerana dia anakku, dia perlukan pembelaan. Akan aku usahakan walupon aku terpaksa gadaikan apa sahaja yang aku ada. Akan aku gantikan semua walau dengan nyawaku sendiri. Projek untuk mengumpul dana bagi membiayai perubatan princess juga terhenti.. tiada sambutan. Tak pe la. Aku tak perlu meminta - minta kerana dia anakku.. Usaha itu harus bermula dari aku sendiri...

Buat Tisya.. Mama akan lakukan apa sahaja untuk adik. Teruskan perjuangan dalam mengharungi kehidupan. Mama terlalu sayangkan adik. Adik adalah sinar hidup mama walaupon apa jua keadaan adik. Mama x peduli orang panggil adik anak cacat ke apa ke.. Bagi mama, adik adalah bayi yang sangat sempurna, Cukop sifat dan Anugerah yang datang dari Syurga...

Thursday, April 23, 2009

Nur Farhana Latest Story...


Salam semua.....

Jumpe lagi. Kali ni cite baru plak. Sakit baru.. Hurrmmmmm..macam2 jenis sakit la. Kali ni Nana Isya terkena jangkitan Ezcema ( sejenis penyakit kulit ).. Abes kaki dia dua dua belah. Doktor cakap, teruk jugak Ezcema dia ni. Aduiii yai.. start December, da nampak sket2 kaki dia ni mcm ada merah2 gatal. Ingatkan biasa je, gi la klinik biasa, amik ubat. Pas2 makin lama makin merebak dan membesar. Tak boleh ubat klinik, aku try ubat tradisional plak. Ingatkan makin elok.. alamak makin merebak laaa.. Iskhhh.. tak kena ngan cara perubatannya kot. Aku x leh tunggu lama lagi, bawak dia g pakar kulit SOCKA kat perai. Alhamdulillah nampak la ada baik sket. Puas hati la even dah abes byk pon kat situ. Memang Klinik Kulit SOCKA bagus.

Pastu, hari Isnin 6.4.2009, makin kronik tengok kaki dia. Da start naik bijik2 macam campak. Lps tu kluar air bisa. Aku da susah hati. Nasib baik papa dia blk awal. Ajak g PPUM petang tu le jugak. Plus dia demam since sabtu lepas. Jumpe doktor kat emergency, mula2 dia kata xleh nak wat apa2, kene tunggu hari Selasa or Jumaat, ada Klinik Pakar Kulit. Itu pon nak kene amik surat rujukan dari mana2 klinik yg boleh ditunjuk masa nak jumpe pakar kulit tuh. Aku ngan hubby bengang nak mampos dengar diorg ckp mcm tuh. Mcm xde apa2 mslh je diorg tgk kaki anak aku. Pas2 balik.. makin lama makin menjadi - jadi. Dia da start menangis sbb gatal sangat2. Dia da pandai garu2 , kdg2 smp berdarah. Aku pon sama nangis tgk dia melalak camtu. Sian sangat. Kalo bleh nak je gantikan dia tanggung sakit tu.
Esoknya, Selasa 7.4.2009 ... hubby ajak p HKL plak. Try hospital Gomen. Terus doktor soh masok dlm wad. Nampak dah terok kaki dia. Masok wad, doktor diagnos mcm campak plak sbb naik bijik2 pas2 ada gelembung air.. Masok bilek isolation. Pagi Rabu, Pakar Kulit Kanak - Kanak HKL, Dr. Shabeera Begum dtg tengok. Dia terus cakap, this is Ezcema Symptom. Aduhai.. sakit pe la plak ni. Dia bagi macam2 ubat nak resolve mende ni. Alhamdulillah nampak la perubahan sket. Hari Khamis 9.4.2009, doc benarkan kami klua wad, sambung ubat kat umah. Nampak semakin baik. Dia pon xde la nak garu2 sgt.

Tapi, last week, nampak kaki dia terok balik. Dia start garu2 blk, berair kaki dia. Dia menangis jer, mlm pon susah tido. Selasa lps 21.4.2009, aku pi bawak dia jumpa Pakar Kulit kat PPUM ni.. jumpe Prof Rokiah. Dia terus suruh masuk wad, nak buat rawatan intensif sebab dia ckp Ezcema ni da terok. Aku tak kisah msk wad ke apa kee.. tapi sian kat Adam kene tinggal lagi. Nasib baik mak Ita ada bleh jagakan kejap. Maybe dalam 2 3 hari je kot. Diorg just nak ajar aku camne nak bancuh air rendam kaki, camne nak boh cream dia.. and diorg nak kaki dia nampak elok sket baru nak bagi discharge.


Pagi 23.4.2009, Prof Rokiah dtg visit. Dia ckp nmpk elok dr hari jumpe kat Klinik Pakar aritu. Then dia ckp, Tuesday next week dia nk dtg tgk blk. Maknanya next week la br leh klua wad pon. Tu pon kalo dia puas hati. Oh no............... Lama gile admitted. Dah ler bilek ni sejuk gile. Tak kisah la janji elok... ye tak? Dah x kuasa nk ulang alik spital. Sian dia, pagi2 dah kene kejut nak g spital.

Kat wad ari2 kol 8 lebey da kene bangun, nk mandi, pastu rendam kaki, bubuh cream, mkn nestum pastu baru mkn ubat. Selesai seme br leh tidur blk... Camtu la rutin dia ari2. Memang besh wad ni, dah la dok lam bilek ujung sorang2... xde gangguan sgt. Hihihihihihi... Aman sket. Staff nurse ngan doc2 seme ok ok belaka.

Ok seme.. smp sini dulu ek.. Doktor da sampai.......................................

Sunday, December 14, 2008

Wonderful Birthday Celebration

Hye seme..... Jumpe lagi. Heheheheheh.. Tengah tersenyum, tersengih sorang2 cam kerang busuk ni. Semalam besday princess.. yg pertama. Genapla princess setahun.......... Alhamdulillah. Akhirnya princess berjaya melalui detik2 kehidupan yang penuh dugaan dan pancaroba dengan penuh semangat. Princess semakin sihat dan semakin aktif. Tapi princess still belom ada gigi. Takpe la kan? Janji princess sihat. Aunty / Uncle seme.. Princess da boleh golekkan badan left and right. Princess boleh terbalikkan badan sendiri sekarang. Dah boleh meniarap! Hihihihihihi.. A happy moment for mummy and daddy to see princess improving herself day by day. Go Go Princess.... U can do it.

Tapi, on Princess's birthday, dia demam plak. Alahai.. siannya... Ms amik dari rumah pengasuh petang jumaat tuh nampak dia lemah sangat. Cik Sarah ckp, dia takmo menyusu sangat. Mummy so worried. Iskhh.. then daddy kata, jom pegi Trauma & Emergency PPUM. Risau tgk princess ms tu. Mata kuyu Nafas turun naik perlahan sangat. Sian dia.. Badan dia x panas sangat pon. Tapi keadaan dia tu.. buat mummy and daddy x senang duduk. Sampai emergency, terjumpa lak dengan doktor yg penah supervise dia dlm ICU dl, Dr. Ng. So dia ckp princess memang demam. Alahai.. siannya........... Mula2 dia ckp, nak masok ward x? For 1 or 2 days... ahaksss.. i said.. can we try 1st to feed her at home. Then he said, OK... but if she refused, please please come back ok? haaaaa.. lega sket.... mummy daddy hope sangat princess nak menyusu, so bleh makan ubat. Heheheheheh. Dalam kete dia merengek, mummy kasi susu, dia hisap smp habes. Syukur alhamdulillah. Thank you ye princess... Sbb jadi good girl.

So today is mummy's birthday. Daddy was the 1st to wish me. Hihihihiih.. siap bisik kat tinger.. happy birthday sayang... Hihihihih.. Then Abg long and Adam start to sing Happy Besday Mama, Happy Besday Mama, Happy Besday Mama.. Dah pukol 12.10am riuh satu rumah. Byk sms / email yg masok.. X terlayan / x terbalas. Hehehehe.. Thanx pada seme kengkawan ye.. Thanx for da wish. Daddy kasi hadiah special.. Kasi mummy kasut baru, bawak mummy p makan. But i asked for Food Court Carrefour Subang only. Teringin nak makan claypot Tom Yam. Yummmiiieeeee... Thanx Sayang... Love u So Much. Pastu malam, pegi rumah mak ayah sebelah daddy. Heheheheheh.. Mak ajak makan sama2 as kami dah lama x dinner together. Pas2 ayah ajak klua ... mula2 nak p main bowling, tp dah malam . Then ayah ajak p makan Pizza kat State, PJ. Alahai.. tengkiu mak ayah.. x expect pon diorg nk belanja makan sbb td dah makan kat rumah. Memang kenyang abes.. 4 keping hawaiian chicken and BBQ chicken stuffed crust! Aha... gambar nnt mummy upload k....

For all, My dearie Hubby, Kids, Mama Abah, Mak Ayah, cousins, friends.... Thanx for all the wish. Please pray for my princess... Bye.......

Thursday, November 27, 2008

Lagi Kisah Nur Farhana Batrisya

"Hai seme. Aunti, Uncle... Kawan2.. Heheheh.. Tisya dah ada kawan ker? Apa kaba seme? Skang ni tisya tengah main2 ngan Nenek Sarah ngan Atok Mail. Diorg jaga Tisya ngan baik. Papa ngan Mama x yah risau. Adik suka nenek. Nenek pandai jaga adik... "

Alangkah indahnya kalau kata - kata ini dilafazkannya sendiri. Mama akan setia dan sabar menanti adik bercakap dengan mama. Heheheh. Mama tau adik akan sembuh macam dulu. Skang ni pon Tisya dah semakin aktif. Suka ketawa ( smp terkekek - kekek ), punya la happy main ngan abg ngah n papa. Minum susu kuat, makan nestum kuat, tidur pon kuat.



Semakin hari semakin banyak perkembangan positif dalam proses pemulihan Tisya. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kami sekeluarga.
Buat keluarga, teman dan rakan - rakan yang banyak memberi support, thanx a lot.
Hanya Allah saja yang dapat membalas budi kalian seme.

Sepanjang minggu ni Tisya lebih banyak membuat pergerakan bahagian kaki kanan, menolak badan untuk berpusing ( meniarap ). Satu perkembangan yang sangat positif. At least dah nampak sket kemajuan.
Cumanya, gigi still belom tumbuh lagi. X pe la. Pelan - pelan.

Hari ni juga, rambut Tisya dah semakin lebat. Kerinting halus, pusing2.. Comel sangat. Hehehhe. Rindu je mama ngan Tisya. Malam pon senang je nak tido. Mama harap Tisya akan terus pulih, walopon x sepenuhnya, Mama redha. Kita akan sama - sama lalui hari - hari yang akan mendatang dengan penuh ketabahan. Biar apa juga kata - kata orang pada Tisya, akan Mama lempar jauh - jauh. Mama x peduli andai Tisya disahkan OKU sekalipon ( doktor dah sahkan begitu ).. Tapi Mama tahu, masih ada jalan untuk kita seme. Mama akan bantu adik, mama akan buat apa saja untuk pulihkan adik balik. Mama sanggupkan korbankan apa saja yang mama ada demi untuk adik yang mama sayang. Seme sayang adik... Kawan2 mama ngan papa pon sayang adik. Suddenly adik ada ramai uncle & aunti...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket