Monday, November 2, 2009

Dugaan Datang Lagi.....


Syukur ke hadrat Allah Taala, Farhana terus aktif dan menunjukkan perkembangan yang semakin baik. Alhamdulillah. Aku memanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah kerana mendengar rintihan hatiku ini. Dia semakin aktif, membesar bagai juara. Kami lalui hari demi hari dengan penuh kesabaran moga ada sinar untuk dia duduk, bertatih dan berjalan. Insya Allah, masa itu akan tiba dan akan aku nantikan hingga ke akhir hayatku..

Bulan Ramadhan yang lalu, kami dikejutkan dengan satu perkhabaran yang tersangatlah menyedihkan dan mengguris hati. Inspektor Nor Asiah IPPD PJ maklumkan, kes kami tak kukuh dan pendakwaraya mengesahkan pengasuh anak kami takkan didakwa kerana kekurangan bukti yang kukuh mensabitkan mereka dengan kecelakaan itu serta tiada saksi dan suspek utama. Subhanallah, dugaan datang lagi.......... Mujurlah dalam bulan Ramadhan Al - Mubarak.. aku masih mampu mengawal emosi. Aku banyakkan solat hajat mohon ditenangkan jiwa kerana ia amat2 mengganggu ketenteraman jiwaku. Aku sangkakan kes yang berlanjutan hampir setahun akan memberi kami sedikit harapan agar nasib princess dapat dibela. Terlalu kecewa.. dengan keputusan ini. Sukar aku nak terima dengan hati yang terbuka. Sukar bagi aku untuk mengucapkan kata SABAR.. sepertimana yang selalu aku lakukan. Susah kerana aku ibu.. aku yang mengendong dia dlm kandunganku.. aku yang melahirkan dia.. Hati seorang ibu seperti aku.. tak mungkin ada yang memahami. Berat mata memandang, berat lagi bahu aku menanggung bebanan ini..

Kini , kami perlu mendapatkan khidmat biro bantuan guaman... Kes ini perlu aku teruskan kerana dia anakku, dia perlukan pembelaan. Akan aku usahakan walupon aku terpaksa gadaikan apa sahaja yang aku ada. Akan aku gantikan semua walau dengan nyawaku sendiri. Projek untuk mengumpul dana bagi membiayai perubatan princess juga terhenti.. tiada sambutan. Tak pe la. Aku tak perlu meminta - minta kerana dia anakku.. Usaha itu harus bermula dari aku sendiri...

Buat Tisya.. Mama akan lakukan apa sahaja untuk adik. Teruskan perjuangan dalam mengharungi kehidupan. Mama terlalu sayangkan adik. Adik adalah sinar hidup mama walaupon apa jua keadaan adik. Mama x peduli orang panggil adik anak cacat ke apa ke.. Bagi mama, adik adalah bayi yang sangat sempurna, Cukop sifat dan Anugerah yang datang dari Syurga...

5 comments:

Unknown said...

saya sentiasa doakan yg terbaik utk kakak dan baby.saya juga pernah mengalami dugaan berat sebelum ini.kita mesti kuat.

luv-B

babylove said...

time kasih cik nurul... sapa la agaknye gerangan tuan hamba ini....

Anonymous said...

assalamualaikum...
harap akk byk2 bsabar ye...
ini sume ujian allah s.w.t
menitis air mata saya membaca luahan hati seorg ibu yg sgt tabah org nye..
harap benar akk x putus asa..
allah sentiasa menolong insan yg lemah, saya akn doakan yg terbaik utk anak akk..
semoga allah sentiasa rahmati dirinya..

Aina said...

nurul,

berusaha lah selagi daya.jgn putus asa.berat mata kami memandang,berat lagi bahumu yg memikul.kami hanya mampu berdoa semoga suatu hari akan terbuka segala cerita..keadilan akan ditegakkan untuk puteri mu tercinta..
:)

Ztee_Azwanis said...

comelnye farhana... geram tgk dgn mata boolatnyerrr !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket