Monday, September 6, 2010

Batrisya.. Permataku..

Kenapa Batrisya dipilih melalui seme kesakitan ini....
Adakah ini balasan Allah padaku atas seme dosa2 ku yang lalu?
Adakah Allah menguji kesabaranku?
Adakah aku manusia yang terlalu berdosa?
Adakah aku ibu yang tidak berguna?
Adakah aku ibu yang gagal?
Adakah aku manusia yg tidak sabar?
Adakah aku insan terpilih merasai sengsara di dunia?


Batrisya .. ahli syurga yang sedang meniti hari - hari mendatang dengan 1000 kesakitan. Hanya dia yang tahu .. dia yang merasai kesakitannye yang takkan dapat dia luahkan padaku. Kadang2 aku terasa aku ni ibu yang sangat gagal.. sangat tidak berguna.. Kadang juga, terganggu emosiku dek kerenahnya. Berdosanya aku bila terbit rasa marahku padanya, meragam x kena waktu.. Bila nak tidur malam je, dia mula la menangis, meragam, merengek, macam2 lagi. Berdosanya aku Ya Allah.. dia tak bersalah.. bodohnya aku bila ada rasa marah itu. Air mata ni jatuh lagi. Kalo dulu aku rasa aku da cukop kuat untuk menerima kenyataan keadaan puteriku.. tapi skang ni, air mata kembali menemaniku.. Menjalani kehidupan hari demi hari bersama puteriku. Hanya Allah yang tahu gelodak di hati ini. Harapanku......
  • tisya mampu melihat keindahan alam maya
  • tisya mampu menatap mataku, mentafsir gelodak di sudut hatiku
  • tisya mampu mengenali siapa abg & adiknye
  • tisya mampu memanggil namaku.. mama.............................
  • tisya mampu untuk duduk dengan sendirinya
  • tisya mampu berdiri tegak untuk berjalan di atas kakinya sendiri
  • tisya mampu menjalani hari2 depan tanpa serangan lagi
  • tisya mampu tersenyum ketawa seperti masa yang lalu...
Andai 1 hari nanti, aku ditakdirkan kehilangan puteriku..
  • aku bangga kerana aku dapat mengisi hari2nya dengan kasih sayangku..
  • aku bangga kerana menjadi ibunya
  • aku bangga kerana dikurniakan anak yg sangat comel sepertinya...
Adakah aku akan kehilangannya? Ya Allah.. Kau hampir-hampir mengambilnya dariku sebelum ini... Tapi Kau beri aku peluang kedua untuk terus membelai dan meneruskan hidupku dengan puteriku.. Namun Ya Allah, aku sangat2 tidak bersedia untuk kehilangannya kali kedua.. berilah aku kesempatan Ya Allah.. berilah aku sedikit lagi waktu.. Jangan Kau ambil dia dariku..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket