Wednesday, April 7, 2010

Princess Dan Bantuan Kebajikan...

Salam seme.. aduiyai.. lama gile x update blog.. huhuh .. sesejak ni.. memang x larat nak menaip panjang2..

March 24, 2010....

Pegawai JKD Petaling datang melawat rumah. Janji kol 10, kol 11... x sampai2 lagi. Nak call, tatau plak namanya sebab yg call buat appointment staff dia. Hurmm tunggu la lagi smp kol 12 kalo xde baru nak g keje. Alhamdulillah, 11.20pg, pegawai tu pon sampai.. Puan Midah namanya.. Bermula la sessi soal jawab.. mengimbas balik kenangan silam yang amat pahit itu.. Pelbagai emosi dan cerita yang kami sampaikan pada pegawai itu. Puan Midah sendiri kesian tgk princess. Dia pon baca medical report, terkejut bila tau princess ada cedera di bahagian sulit. Huhuhuhuhu.. Aku sendiri x sanggup nak ceritakan. Then kami bincang pasal bentuk2 bantuan yg bakal princess terima .

Bila princess da mencecah usia belasan tahun.. dia layak memohon bantuan kerusi roda utk memudahkan kami membawa dia ke mana2.. Nak bergerak.. seandainya masih belom pulih.. Ok la tu.. Pastu, princess akan dapat bantuan kewangan untuk pesakit terlantar.. Jumlahnye walau x sebesar mana, tapi bagi kami.. setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Allah.. kerana memberi rezeki buat princess. At least lepas la duit perbelanjaan bulanan princess. Insya Allah, akan aku gunakan sebaiknya bantuan yang diberi kepada princess untuk memberinya kehidupan yang baik di masa akan datang.

Berita baik yang kami terima drpd Puan Midah tu, aku dan anak2 lain juga akan dapat menerima bantuan kebajikan atas sebab kami tergolong dalam golongan pendapatan kecil dan mempunyai tanggungan anak OKU. Alhamdulillah.. sekali lagi syukur.. Jumlahnye.. biar kami saja yang tahu. Memang tak la besar mana pon.. Kalo orang lain .. jawabnye " Lebih baik x yah kasi sket camtu" .. Biarlah. Bagi aku itulah rezeki buat kami anak beranak.. Syukur pada-Mu Ya Allah.. kerana melindungi dan memberkati kami.. Memberi kami rezeki..

Selain daripada itu, bantuan guaman juga bakal menyusul. JKD Petaling sudah berurusan dengan Biro Bantuan Guaman Shah Alam, untuk membantu kami meneruskan kes ini di mahkamah. Bagi kami berdua, soal menang atau kalah itu tak menjadi ukuran. Cumanya, kami nak dengar dari mulut bekas pengasuh kami itu, apa sebab utama dia sanggup cederakan alat sulit princess sebegitu sekali.. Sungguh memilukan mengenang nasib princess.. Apatah lagi bila kami pegi berubat kat Jeneri, Sik Kedah.. Ustaz tu kata.. kerosakan bahagian kemaluan hampir sampai ke pangkal rahim.. Kalo la princess bukan OKU.. suatu hari nanti dia akan bergelar gadis.. bakal menjadi isteri dan ibu.. Tak sanggup rasanya memikir masa depan. Tak dapat aku bayangkan camne keadaan princess tanpa aku and suami.......

Apa pon.. aku tetap bersyukur, aku masih mampu memegang, memeluk, membelai dan memberi sepenuh kasih sayangku buat princess sehingga ke hari ini. Andai kata Allah mahu mengambil princess daripadaku.. aku berpuas hati kerana aku memberi apa yg sepatutnya.. Aku redha dengan segala apa yg terjadi.. Cuma, harapan aku agar Allah memanjangkan usia princess untuk bersama dengan aku lebih lama di muka bumi ini.. Terima kasih pada kawan2 yang menyayangi princess, yang mendoakan princess.. Moga kalian juga dirahmati Allah.

2 comments:

Unknown said...

kuatkan hati ye husna. Allah tak uji hambaNya lebih dari yang boleh ditanggung.

-Era-
(eranee rusli, kenalan page Hosp Bersalin, Facebook)

Ztee_Azwanis said...

kak nurul.. zte dh baca smpai sini! ya Allah...!! so smpai arini pengasuh tu dah bg jawapan tak kak..??
kejamnya.. mental!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket