Saturday, April 30, 2011

Tawa Dalam Tangisan



Happy Birthday Zharif, 
Happy Birthday Zharif, 
Happy Birthday Zharif Eiman, 
Happy Birthday Zharif



1 Year olredi la anak mama yg bucuk ni.. 
Yang sangat lasak ni. 
Budak kecik yang banyak akal.. 
Huhuhuh.. 
Mama sayang Adik...

Walopon mama sedang berduka, 
adik, kakak, abg, abg long 
adalah penawar duka di hati mama....




~babylove~

Thursday, April 28, 2011

Berita Terkini Puteri Tersayang

Assalamualaikum ....

Kembali bersiaran slps beberapa minggu rehat .. Tak sempat nak update la walopon banyak menda nak cite.. Heheheheheh.. Ni nak update citer terbaru puteri kesayanganku.. Farhana Batrisya a.k.a FANTASTIC FARHANA..



28.4.2011, 11.00am

Hari ni ada check up kat PPUM, follow up Paeds Clinic dengan Prof Mary Maret. Mcm yg sy mention sblm ni kat FB.. Prof Mary memang x setuju aku bagi produk TF kat Farhana. Kata dia hanya 5% keberkesanan pada Farhana. Tapi bagi aku lain plak.. aku nampak perubahan yang sangat besar pada Farhana lps guna produk ni. Aku pon tak paham kenapa Prof Mary x mo terima langsung keunikan produk TF ni.. Hurmmm.. nak buat camne kan? Kalo tau, mmg aku x kan berkongsi ngan dia.. Tapi nak buat camne, aku mmg eksited nak cite kat Prof perubahan yg aku nmpk lps guna TF.. Tak per la cite panjang2 bab tu.. x mendatangkan mslh pon buatku.. AKU TETAP SETIA MENGGUNAKAN TRANSFER FACTOR OKEY?

Berita gembira nak kongsi kat sini...... Ingat tak sebelum ni penah cite bab puteri x dapat bantuan kebajikan? Oooo lupa hek, princess dan JKM .... setahun yang lepas..... Alasan penolakkannya .... LAIN2...


Mula2 tu memang mcm da putus asa je nak mohon lagi.. Tapi lepas En. Azman JKD Petaling datang sekali lagi a few weeks ago.. Kali ni datang , nampak cam ada harapan nak dibantu. Bukan untuk saya, bukan suami dan anak2 teruna saya, tapi puteri tunggal saya... Bantuan utk anak OKU Sakit Terlantar..


Prof Mary bagi   surat sokongan / borang utk aku submit kat JKM.. nampak x Prof tulis apa? My princess memang perlukan bantuan "whelcha" mcm Usop.. tapi princess punya will be more cantik and nice sebab custom made utk princess.. And for sure saya akan pilihkan kaler merah @ pink buat puteri. Cantik tak?

Alhamdulillah.. semoga JKM x menolak lagi kali ni.

Tapi di sebalik berita gembira ni, ada terselit sket berita yang x berapa seronok.. Maybe nanti doc nak buat minor operation sket kat puteri sbb muscle paha dia agak ketat sket... So bila nak kembangkan kaki dia utk tukarkan pampers dia agak susah sket.. Nak bersihkan private part dia.. Prof cakap, kalo bia lama2 it might be worst nnt, so dia terus refer pada Klinik Ortopedik...

Paling tidak pon, doc kat sana akan beri cadangan yang lebey baik drpd buat operation utk betulkan dislocation of the hips joint... Prof kata, kalo operate pon, mslh dislocation tu akan datang blk.. sbb CP - Spastic ni mmg slalu scissoring... kaki bersilang.... Tunggu yer next update lps jmp Orto nnt...

Apa pon jua yg datang, mama tetap lalui .. 
Mama akan redah apa jua yg datang untuk kakak.. 
Biarpon mama berseorangan .. 
Kekuatan dalam diri kakak jadi sumber inspirasi mama..
Mama sayang kakak... 
Smp mama mati..........
~babylove~

Monday, April 18, 2011

Impianku....

KALO BOLEH, KAMI NAK BINA IMPIAN AGAR SATU HARI NANTI KAMI BOLEH DAPAT....





 NO 1 : NISSAN GRAND LIVINA

 NO 2 : NAK BELI RUMAH SENDIRI..

 

NO 3 : WHELCHA UTK FARHANA


NO 4 : NAK ZIARAH .. UTK HAJI DAN UMRAH


~babylove~

Sunday, April 17, 2011

Adakah Kau Cinta Padaku?

Tips-tips berikut adalah untuk pasangan suami isteri yang telah sah dinikahkan. Tips-tips ini bertujuaan untuk mengelakkan masalah dalam rumahtangga. Namun begitu, ianya juga sesuai bagi pasangan yang belum mendirikan rumahtangga sebagai panduan apabila m...endirikan rumahtangga kelak. 
1. Isteri adalah manusia  
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.     
2. Dengar pendapat isteri  
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.     
3. Beri pujian kepada isteri   
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.     
4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri  
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.      
5. Ingat tarikh penting   
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".     
6. Penuhi hajat isteri   
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.      
7. Bantu ringankan tugas isteri   
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.     
8. Isteri bukan pembantu rumah   
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.      
9. Bawa isteri berehat   
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.      
10. Ciuman khas untuk isteri. 
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.      

~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket