Thursday, March 24, 2011

Aku Mama Tisya

Selamat Pagi Cinta.. Salam Sayang buat seme.. Semoga hari ini, Jumaat penghulu segala hari akan lebih ceria, pintu rezeki sedang terbuka utk seme makhluk di muka bumi ini.... Teruskan usaha mencari rezeki yang halal....

 


Nur Farhana Batrisya, puteri kesayanganku, kesayangan kami, kesayangan anda ( benarkah ada yg sayang padanya? ).... Sedang meniti hari2 depan dengan penuh pancaroba.. Melalui setiap detik dan masa dengan pelbagai onak dan duri... Setiap pandangan dia kosong, gelap.. menanti sinar hadir dalam hidupnye.. 

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk melihat alam maya yang indah ini sebelum tiba masa Kau menjemput dia kembali... 
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk duduk sendiri, berdiri, berjalan dan berlari sebelum saat dia menjadi penghuni syurga-Mu yang abadi... 
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk memanggilku MAMA sebelum Kau mengakhiri segala kesengsaraan yang sedang dia alami di atas muka bumi ini...

Aku.....
Ibu yang melahirkannya 3thn yang lalu....
Mama yang menemani saat2 dia kritikal, saat2 dia memerlukan, waktu2 dia sengsara...
Mak yang sentiasa mahukan yang terbaik untuknya....

Aku bersyukur masih ada yang sayang padanya.. masih ada yg kasih padanya.. masih ada yang mahu mengambil tahu padanya. 
Tapi adakah benar ibu2 yang ada anak istimewa ni suka menagih simpati? 
Salahkah aku berkongsi rasa dengan sahabat2 tentang puteriku? 
Salahkah aku bercerita tentang puteriku? 
Salahkah aku........?






Perubahan Dalam Hidup..... Secebis Mutiara Kata

Adakah pengorbanan untuk BERJAYA itu berat?
Untuk menjadi rajin, tinggalkan sikap malas.
Untuk cepat BERJAYA, tinggalkan sikap BERTUNDA.
Untuk menjadi bernilai, tinggalkan pergaulan yang tak berguna.
Malas, suka BERTUNDA, dan bergaul yang tidak ada gunanya,
Tidak PERLU dipertahankan.


Menginggalkan keburukan, bukanlah pengorbanan.
Tapi PEMBEBASAN JIWA.
Setiap yang berlaku terhadap kehidupan kita , adalah atas pilihan kita. TINDAKAN kita masa lampau , menyebabkan kita hari ini. Melihatkan kesilapan itu dari diri kita sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
Orang yang tidak berbakat, tapi bersedia belajar dan bekerja dengan sungguh-sungguh,berlaku jujur dan penuh hormat kepada orang lain,akan jauh lebih berhasil daripada orang yang berbakat tapi malas!!
Seringkali kita terlupa , kita sememangnya suka mencari peluang. Akan tetapi apabila peluang itu datang kepada kita , hanya melihat dan membiarkan ia nya berlalu. Dan seringkali juga kita ketahui bhawa peluang itu hadir dengan perantaraan maka ia akan berbalik pada diri itu sendiri. Mengapa kan kita di pertemukan dan percayalah pasti ada tujuan dan hikmah , dan jaga perhubungan antara kita ,itu lah yang paling mulia.
Virus Problemania ialah golongan yang gemar berkongsi kegagalan dengan orang lain. Kadangkala mereka tidak malu berkongsi kegagalan dan kebodohan yang mereka lakukan. Golongan ini juga sanggup menghasut orang lain supaya mempercayai kata-katanya. Golongan ini bila gagal suka menyalahkan orang lain dan tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Golongan ni suka bercerita masalah, masalah, masalah tetapi tak pernah berfikir bagaimana nak selesaikan masalah... 
 http://www.youtube.com/watch?v=jBD6KCwY3-Y
 
 

Tisya Hari Ini....

Salam buat semua...

Masa mama update n3 ni, tisya tgh lena keletihan atas pangkuan mama.. Hari ni kene attack da 3 kali, selepas gap beberapa hari. Lama gak x kene attack sawan. Mujur kali ni x lama mana, x la macam dulu 7 - 9 kali, 3 - 4 mnt.. yg ni kejap je.. Sejak guna produk 4Life, nmpk ada perubahan pada tisya.. Tak pe pelan2.. moga usaha kami membuahkan hasil.

Nak upload pic dia at the moment, b/tooth wat hal plak. Menyampah jer.. byk pic2 stuck dlm hp .. hurmmm... Insya Allah later boleh edit post balik.. nak masokkan pic2 dia ni.. Ari2 amik sbb nak tgk perubahan pada diri dia.

Tengah2 leka menghapdate, tiba2 si adam terjaga, terus duduk ( dia tgh tidur tadi ).. sambil mata pejam B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y, Z... hahahahaahahhahaha.. mengekek ngekek aku ketawa sorang2.. tetibe je. mengigau dok dlm kelas la tu. bila sedor, nak menangis lak.. adoii lawak betol la mamat ni sorang. Penat sgt kot pegi sekolah. Kdg2 rasa bersalah plak paksa dia g sekolah awal2 ( 5 tahun ).. tp kalo x g sekolah nak jadi apa plak kat umah. Abg long 5 thn da masok pra sekolah. Yang bestnya, adam da boleh membaca, menghafal.. Bila blk sekolah je, smp umah dia start menghafal apa yg dia blaja kat kelas tadi. Tu la yg bagusnye anto sekolah ni.. Kalo kita yg ajo, dia ajo kite balik.. Ada sekali, tgk dia buat homework, pas2 marah la dia psl dia tulis main2.. sekali dia kata "Eh sapa yg pegi sekolah ni? Mama ke adam? Adam kan.. adam lagi tahu laa" Adeiiii.. kene sebijik.. terus aku cubit mulut dia.. Geram jee.. heheheheh budak2... ada je menda dlm pikiran dorang kan?

Aduii drpd nak update psl tisya, masok plak bab adam. hahahah x pe x pe.. all in 1.... Selamat membaca seme! jgn lupa tinggalkan jejak anda.. heheheh

Wednesday, March 23, 2011

1st GA "Saya Follower m@m@ t0meLL"


1st time ni join GA.. 
hihihihih.. 
sumpah x pnh buat. 
sbb mmg x pandai.. 
ni pon try try jer. 
moga ada rezeki utk saya ... 
3thn berblogging tp x pandai itu ini.... 
hikhikhikhik

boleh tak saya tag dia nih ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket