Monday, September 6, 2010

Batrisya.. Permataku..

Kenapa Batrisya dipilih melalui seme kesakitan ini....
Adakah ini balasan Allah padaku atas seme dosa2 ku yang lalu?
Adakah Allah menguji kesabaranku?
Adakah aku manusia yang terlalu berdosa?
Adakah aku ibu yang tidak berguna?
Adakah aku ibu yang gagal?
Adakah aku manusia yg tidak sabar?
Adakah aku insan terpilih merasai sengsara di dunia?


Batrisya .. ahli syurga yang sedang meniti hari - hari mendatang dengan 1000 kesakitan. Hanya dia yang tahu .. dia yang merasai kesakitannye yang takkan dapat dia luahkan padaku. Kadang2 aku terasa aku ni ibu yang sangat gagal.. sangat tidak berguna.. Kadang juga, terganggu emosiku dek kerenahnya. Berdosanya aku bila terbit rasa marahku padanya, meragam x kena waktu.. Bila nak tidur malam je, dia mula la menangis, meragam, merengek, macam2 lagi. Berdosanya aku Ya Allah.. dia tak bersalah.. bodohnya aku bila ada rasa marah itu. Air mata ni jatuh lagi. Kalo dulu aku rasa aku da cukop kuat untuk menerima kenyataan keadaan puteriku.. tapi skang ni, air mata kembali menemaniku.. Menjalani kehidupan hari demi hari bersama puteriku. Hanya Allah yang tahu gelodak di hati ini. Harapanku......
  • tisya mampu melihat keindahan alam maya
  • tisya mampu menatap mataku, mentafsir gelodak di sudut hatiku
  • tisya mampu mengenali siapa abg & adiknye
  • tisya mampu memanggil namaku.. mama.............................
  • tisya mampu untuk duduk dengan sendirinya
  • tisya mampu berdiri tegak untuk berjalan di atas kakinya sendiri
  • tisya mampu menjalani hari2 depan tanpa serangan lagi
  • tisya mampu tersenyum ketawa seperti masa yang lalu...
Andai 1 hari nanti, aku ditakdirkan kehilangan puteriku..
  • aku bangga kerana aku dapat mengisi hari2nya dengan kasih sayangku..
  • aku bangga kerana menjadi ibunya
  • aku bangga kerana dikurniakan anak yg sangat comel sepertinya...
Adakah aku akan kehilangannya? Ya Allah.. Kau hampir-hampir mengambilnya dariku sebelum ini... Tapi Kau beri aku peluang kedua untuk terus membelai dan meneruskan hidupku dengan puteriku.. Namun Ya Allah, aku sangat2 tidak bersedia untuk kehilangannya kali kedua.. berilah aku kesempatan Ya Allah.. berilah aku sedikit lagi waktu.. Jangan Kau ambil dia dariku..

Tisya.............

Assalamualaikum...

Lama betol x update blog... Bz.. macam2 menda nak buat.. Sedangkan terlalu banyak menda yg aku nak luahkan. Macam2 menda yang bermain di benakku. Pasal keje, pasal anak2, pasal duit. Ermmmm...

Tisya.. semakin hari semakin x bagus kondisinye. Sawan makin teruk. Setiap kali dia terkena serangan, setiap kali tu la air mata aku turun laju x dpt nak ditahan tahan. Sedeynye aku tengok. Aku rasa cam sakit sangat anak aku masa tu. Ya Allah... berat sungguh la dugaan-Mu Ya Allah..



Kalo sapa2 perasan, muka tisya semakin ari semakin kecut.. badan dia semakin susut, dia da x seceria dulu. Sebelum ni, berat dia 9.2kg ( 2 thn ++).. baru2 ni p cek up, da turun 8.84kg. Turun banyak tuh, sampai doc tanya aku. Kalo dulu, aktif bermain, skang ni bila kene attack je, dia akan pucat lesi. Pas kena tu mesti lemah gile. Hancur hati tengok keadaan anak camtu, apa lagi bila kita x mampu nak buat apa2 masa dia kene attack. Yang aku boleh bantu, peluk dia, redakan sawan tu... hanya itu... kalau lah boleh, aku sanggup menjadi galang gantinya untuk dia.. merasai setiap detik yang dilalui tisya menghadapi saat2 yang menyakitkan itu. Ya Allah, bilakah seme ini akan berakhir? Kasihanilah bayiku Ya Allah.. Kurangkanlah sakitnye itu Ya Allah..

Senyumku tak seghairah
Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu
Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati
Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini
Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta
Lahir ke dunia
Tidak kuduga
Cacat begini

Bukan kuminta
Kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Kumenumpang di sudut dunia
Mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

Saturday, August 7, 2010

Selebral Palsi (Cerebral Palsy) (CP)

DEFINISI

Serebral palsi adalah gangguan terhadap pengendalian fungsi motor disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang. Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi kesan terhadap:

  • bentuk muka
  • pergerakan
  • kemahiran motor

Serebral Palsi juga boleh berkombinasi dengan gangguanepilepsi, mental, belajar,penglihatan, pendengaran dan komunikasi.


PUNCA CP

  • Kerosakan otak semasa kelahiran
  • Kerosakan otak semasa mengandung
  • Oksigen tak sampai ke otak janin
  • Jangkitan kuman
  • masalah kesihatan maternal
  • Perkembangan yang tak normal
  • Bayi yang dilahirkan tak cukup bulan
  • Bayi kembar yang dilahirkan tak cukup berat badan
  • Keracunan
  • Meningitis bacteria
  • Malnutrition
  • Kemalangan


CIRI-CIRI SEREBRAL PALSI

  • Perkembangan motor kasar dan motor halus yang lambat
  • Tindakan yang sepatutnya hilang masih kekal
  • Berjalan dengan menjinjit atau kaki diseret
  • Ketidaknormalan bentuk otot
  • Lekukan pada spinal "jawbone" @ kepala kecil
  • Masalah-masalah lain seperti:
    • Penangkapan
    • Sawan
    • Percakapan @ komunikasi
    • Deria yang lemah
    • Kerencatan akal
    • Masalah pembelajaran
    • Masalah tingkahlaku


JENIS-JENIS CP

Serebral Palsi terbahagi kepada 3 jenis:

  1. Spastic
  • Menyebabkan kesukaran dalam pergerakan dan tingkah laku, dimana ia menjadi kaku


  1. Athetoid
  • Tidak dapat mengawal pergerakan otot dan biasanya mereka mempunyai bentuk tubuh yang pelik


  1. Ataxic
  • Ia merupakan gangguan terhadap keseimbangan dan persepsi


INTERVENSI AWAL

  • Semasa mengandung keadaan kesihatan berada dalam keadaan baik dan diet pemakanan dijaga.
  • Tidak membuat kanak-kanak terkejut semasa bayi bagi mengelakkan berlaku kerosakan pada otak
  • Terapi bagi membolehkan kanak-kanak serebral palsi memaksimunkan potensi dan perkembangannya.

Thursday, July 1, 2010

Muhammad Zharif Eiman....


Hari ni baby Zharif cukop 2 bulan.. Hurm... sangat cerdik.. Baru 23 hari da pandai senyum, pandai tengok orang, kenal orang. Alahai, sweet betul. Bahagia rasanya tengok muka anak2 nih..
Dah mula masok keje pon 21.6 aritu sebab amik cuti bersalin awal. Anta Zharif kat ibu. Aduss... pandai merajuk tau x .. Masa amik dia, langsung x mo pandang muka. Senyum x nak apa pon x nak. Sedeynye.. pandai betul merajuk... Geram je rasa nak geget2 pipi dia. Hahahahha.. Da lama2 tu papa dia agah baru la nak senyum sket. Sampai umah, bagi susu badan, baru la dia ok. Cian dia merajuk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket