Monday, January 11, 2010

Bercuti Di Cameron Highlands...





Jumpe lagi...

Cuti2 Malaysia di Cameron Highlands.. 19 & 20 Disember 2009, kami menjejakkan kaki ke Cameron Highlands buat kali pertama bersama anak2 tersayang dan keluarga dari Penang. Kol 10 bertolak dr KL, 11.45pg da smp ke Exit Tapah, menuju ke Tanah Rata.. Melalui Lata Iskandar yang sangat mengasyikkan.. Huhuhuhu.. Bestnyeeeeeeeeeeee.... Anak2 happy seme. Princess layan tido sepanjang jalan nak naik ke atas, maklumla cuaca sejuk... Macam2 hal jadi on the way nak naik atas tu, dengan accidentnye.. jalan licinnye.. Tapi Alhamdulillah seme selamat.. Sampai je kat Royal Lily Aprt tu, kami terus naik rumah coz mama soh amik kunci dulu.. memandangkan penjaga aprt tu da standby tunggu ketibaan kami.. Not bad la, facilities ok.. Memang sejuk gile.. Ada lagi 5 biji kereta dr Penang belom smp2 lagi... Mama kata jem terok gile kat Brinchang & Ringlet. Maklumla cuti sekolah. Sementara menunggu diorg sampai, sempat la kami layan tido dulu.. Masing2 da penat..

Kol 5.45ptg, diorg pon smp.. Huhuuhuhu.. Selamat jugek smp. Wati sampai naik lembik, asyik muntah2.. Siannye dia.. da la kurus kering. Layan muntah pulak. Mama pon sama, pening x hingat. Dah la masing2 tengah lapa gile.. Naik atas jee, terus panaskan makanan, dan masing2 mengadap makanan dengan rakusnye... Hihihihi.. sian diorg jem terok gile.. Nasib baik kami naik dari Tapah. Alhamdulillah jalan clear.. Penang side naik dr Simpang Pulai.

Lps Maghrib, kami bersiap siap nak p pasar malam kat sana.. Huh ramai gile org membeli belah. Biasa la strawberi segar, sayur2, souvenir berasaskan strawberi dan macam lagi. Kami x memborong sangat.. Cuma layan tengok org dok tawar menawar beli barang. Hampir 2 jam berjalan, masing2 da letey kami pon balik aprt. On the way balik, ternampak plak gerai jual sup utara. huh apa lagi... abah pon soh berhenti ajak beli bihun sup, 8 bungkus! Balik aprt, layan bihun sup plak... Memang best! Minum plak teh strawberi. Heheheheheh.. Da siap makan, sembahyang Isyak, masing2 cari port nak baring dan tidur.. bergelimpangan.. Terbalik kuang tido.. X pe la janji dapat lelap mata. :D

Esok kol 8 pagi seme da bangun.. Mama Abah dok sebok kat dapor, masak bekpes. Masak nasi minyak, makan ngan rendang mama... Ada ikan masin, ada sambal ikan bilis.. macam2 lagi.. makan ramai2 camni memang best. Da selesai makan masing2... siap2 la nak check out.. Our 1st destination, pegi Taman Agrotech.. Besar gile.. Ada macam2 yg menarik.. Ada strawberi yang baru nak menjadi, ada bunga2.. orkid la apa laa.. Sayur - sayur.. Dah puas jalan kat situ, pegi plak kat tempat shopping, ntah apa ke nama ntah.. Suprise... hubby belikan ros putih utk aku 3 kuntum.. Hehhehehe.. hidung mula la nak kembang kuncup.. Bangge siot! Hahahahah.. then nak balas balik, aku belikan dia T Shirt Cameron kaler oren.. Alah, lagipon naik cameron x bawak cash banyak. Maklumla belom gaji. So kami x berbelanja sangat.. Belikan bantal utk anak2.. Jem strawberi and teh je..

Da abes 2 jam kat situ.. kami pon gerak naik lagi.. Katanya nak ke Equatorial. Kat situ ada org jual2 jugak. Huhuhu.. tengah2 dok naik tu, kete kami tibe2 bau hangit.. hubby da perasan cam ada x kene.. rupanya memang iye.. Clutch plate abes... Ya Rabbi... Dugaan besar ni.. kat atas puncak, nak bwk turun kete naik towing siap la ratus2 ringgit bwk blk KL.. nak buat kat Simpang Pulai pon kedai x byk bukak hari ahad... Pk punya pk.. lama2 abah ckp bia enjin sejuk dl... Dlm sejam lepas tu, hubby ngan radi pelan2 bawak kete tu smp setakat mana yang boleh.. alhamdulillah, xde masalah... Smp satu port, abah ajak berhenti makan durian plak. Uweekkk da la aku elegik bau2 durian ni... Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. depa dok sedap layan makan durian.. X pe la aku layan makan nasi lemak pagi td. Lagi sedap! Dlm kol 7, aku ngan hubby nak gerak blk KL.. kami pon bertolak laa.. Lom smp sejam, hubby ckp dia da letey sgt & mengantuk.. Aduiiyai. Aku takut nak bawak kete tu... dlm keadaan kete tu x berapa nak sihat. Bincang ngan adik beradik seme, last aku mintak tlg radi drive blk kl.. kebetulan jugak dia da smbg cuti lagi 2 hari. :) nasib baik ada dia.. kalo nak harap aku... huhuhu.. memang le leh drive tapi takot siyooottt.. Kol 11 lebey kami smp KL.. singgah kat wak jas beli makanan.. Masing2 lapooo. Heheehhe.. Da siap mandi2 seme.. bagi princess minum susu.. aku pon... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Penglihatan Tisya Terbatas Disahkan OKU jugee.....


Hye bloggers..

Sori sesangat dah lama x update blog. Huhuhuhu.. byk keje betol. Xde masa laa.. Ni nak cite pasal result check up mata Princess thn lepas 4.11.2009 kat Neuro Lab PPUM.. kol 9 lebey smp, terus masok.. ingatkan princess nak tido.. rupanya tak.. Terpaksa la diberi ubat tidur sket untuk memudahkan proses Visual Evoked Potential ( VEP ).. Ujian ni perlu dijalankan sebab pemeriksaan dengan Pakar Mata menunjukkan ada parut terbentuk di bahagian belakang mata princess akibat kecederaan yg dialami dulu. So aku ikotkan saja apa doktor mahukan, asalkan dia ada harapan utk melihat kembali...

Selesai VEP Test, aku diminta kembali berjumpa Pakar Mata 2 minggu kemudian untuk meneliti keputusan ujian. Resultnye.. memangla x memberangsangkan.. Doktor ckp, "nothing much we can do as the brain damaged caused the disability on her vision.. " huhuhuh.. maknanya susah la utk princess nak melihat semula.. No way out.. no operation needed.. Then dia nak isikan borang soh daftarkan OKU... tapi kami dah pon mendaftarkan princess as an OKU. Perasaan hati ni.. huhuhu.. jgn cakap laa.. dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.. Bertambah lagi 1 ujian buat kami . Seme org tahu kami sgt2 berharap, princess akan dapat melihat dunia 1 hari nanti..

Aku cuba letakkan diri aku di dalam diri princess yg celik matanya tapi x dapat nak menikmati keindahan alam dan menikmati kehidupan secara normal.. Aku tatau camne nak zahirkan perasaan aku ini.. Makan dalam.. Makin lama difikirkan makin sakit jiwa aku ni... Ya Allah, jauhkan la aku drpd sifat lemah ! Teguhkan imanku, kuatkan semangatku menghadapi semua ini....

Wednesday, November 18, 2009

Suamiku kini Mr. Mama


Salam sahabat semua.. Jumpe lagi. Lately ni sangat la sibuk. Banyak plak keje.. sejak2 member opis ni berhenti, seme kene buat sendiri... Alhamdulillah, perjalanan hidup kami sekeluarga aman damai dan bahagia setiap hari. Aku kembali bekerja di Kelana Square ( opis lama )... sementara papa kini ada keje baru.. which is...
MR. MAMA.


Orang sekeliling berebut - rebut nak mengumpat dan mengata suamiku.. mcm2 ... ada yang kata dia dayus.. makan hasil bini, x pandai cari rezeki.. Pedulik la.. Apa yang kami buat ni, atas sokongan keluarga kedua - dua belah pihak. Rasanya orang yang tahu keadaan anak kami akan faham kenapa kami ambil keputusan sebegini. Lagipon dulu, aku tidak bekerja, menjaga anakku yang sakit di hospital. Papa punya pendapatan tak la sebesar mana. Tapi, aku bangga sebab dia bekerja keras utk menyediakan tempat tinggal yang selesa, makan pakai yang mencukupi buat kami semua. Jauh di sudut hatinya, aku tahu dia terseksa kerana menjaga anak yang sakit bukanlah satu perkara yang mudah. AKu dah melalui keperitan itu dan aku amat2 mengerti. Namun dia gagahkan diri, usaha belajar segala - galanya agar anak kami mendapat penjagaan yang rapi. Aku tau dalam hatinya membuak - buak rasa nak kembali bekerja. Dia pernah bisikkan pada aku, dia serba salah membiarkan aku keluar bekerja.. sedangkan dia di rumah. Bagi aku, ini bukan satu dosa, bukan permasalahan kerana bagiku setiap langkah yang aku hayun saat keluar dari rumah, bermula dengan restu darinya.. Suami merestui .. aku akan jaga amanat ini sebaiknya. Aku amat gembira dengan kehidupan kami seharian....

Bayangkan, bila aku balik dari kerja ( memang la kepenatan yang teramat sangat, dalam keadaan aku berbadan dua ini.. )..... rumah tersusun rapi, pakaian dah siap dicuci dan disidai.. anak2 dah siap mandi, da makan... Makan malamku.. terhidang di atas meja... Aku balik rasa serba salah kerana suamiku menyediakan semua itu... Sedangkan itu tanggungjawabku. Aku bersyukur kerana Allah memperkenankan doaku.. agar urusan kehidupan kami dipermudahkan...

Papa juga dah banyak sangat berubah. Kalo dulu, dia balik keje.. penat, so rasa nak marah tu memang ada selalu. Ada saja menda yang akan buat dia melenting. Aku paham dia penat.. Tapi, tak boleh nak elak.. Adam pon br 3 tahun.. apa la yang dia tau.. Apa yg boleh aku buat, jangan terlalu meminta - minta dan menekan dia dlm apa juga hal... Kini.. papa seorang yang sangat cool... More relax.. Lebih dekat dengan anak2... Sampaikan princess nak selalu ada dengan dia... Princess manja sangat dengan papa.. smp x leh nak berenggang. Papa jarang keluar melepak dengan kawan2 di malam hari... seperti mana yang selalu dia buat dulu2... Masanya lebih banyak dihabiskan dengan anak2... Aku tidak menghalang, cuma aku khuatir kawan2 yang dulu ( kawan2 yang haprak - perosak rumahtangga ) akan kembali mengganggu dia.. Ya Allah, Kau lindungi suamiku daripada golongan2 manusia yang menyesatkan itu....

Perubahan papa .. bermula dari abah dan mama.. bila kami buat keputusan berpindah ke Penang bulan 6 lepas... Abah imam surau @ masjid.. banyak sekali teguran dan nasihat abah buat papa... Terima kasih abah.. kerana sudi memberi nasihat pada papa... Doaku dimakbulkan.. suamiku kini seorang lelaki yang sangat berbeza.. Alhamdulillah... Moga Allah terus melindungi kami... dan sihatkanlah princess kami.. walaupon aku tau.. perkembangan kesihatan dia tidak begitu baik...........................................

Monday, November 2, 2009

Dugaan Datang Lagi.....


Syukur ke hadrat Allah Taala, Farhana terus aktif dan menunjukkan perkembangan yang semakin baik. Alhamdulillah. Aku memanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah kerana mendengar rintihan hatiku ini. Dia semakin aktif, membesar bagai juara. Kami lalui hari demi hari dengan penuh kesabaran moga ada sinar untuk dia duduk, bertatih dan berjalan. Insya Allah, masa itu akan tiba dan akan aku nantikan hingga ke akhir hayatku..

Bulan Ramadhan yang lalu, kami dikejutkan dengan satu perkhabaran yang tersangatlah menyedihkan dan mengguris hati. Inspektor Nor Asiah IPPD PJ maklumkan, kes kami tak kukuh dan pendakwaraya mengesahkan pengasuh anak kami takkan didakwa kerana kekurangan bukti yang kukuh mensabitkan mereka dengan kecelakaan itu serta tiada saksi dan suspek utama. Subhanallah, dugaan datang lagi.......... Mujurlah dalam bulan Ramadhan Al - Mubarak.. aku masih mampu mengawal emosi. Aku banyakkan solat hajat mohon ditenangkan jiwa kerana ia amat2 mengganggu ketenteraman jiwaku. Aku sangkakan kes yang berlanjutan hampir setahun akan memberi kami sedikit harapan agar nasib princess dapat dibela. Terlalu kecewa.. dengan keputusan ini. Sukar aku nak terima dengan hati yang terbuka. Sukar bagi aku untuk mengucapkan kata SABAR.. sepertimana yang selalu aku lakukan. Susah kerana aku ibu.. aku yang mengendong dia dlm kandunganku.. aku yang melahirkan dia.. Hati seorang ibu seperti aku.. tak mungkin ada yang memahami. Berat mata memandang, berat lagi bahu aku menanggung bebanan ini..

Kini , kami perlu mendapatkan khidmat biro bantuan guaman... Kes ini perlu aku teruskan kerana dia anakku, dia perlukan pembelaan. Akan aku usahakan walupon aku terpaksa gadaikan apa sahaja yang aku ada. Akan aku gantikan semua walau dengan nyawaku sendiri. Projek untuk mengumpul dana bagi membiayai perubatan princess juga terhenti.. tiada sambutan. Tak pe la. Aku tak perlu meminta - minta kerana dia anakku.. Usaha itu harus bermula dari aku sendiri...

Buat Tisya.. Mama akan lakukan apa sahaja untuk adik. Teruskan perjuangan dalam mengharungi kehidupan. Mama terlalu sayangkan adik. Adik adalah sinar hidup mama walaupon apa jua keadaan adik. Mama x peduli orang panggil adik anak cacat ke apa ke.. Bagi mama, adik adalah bayi yang sangat sempurna, Cukop sifat dan Anugerah yang datang dari Syurga...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket