Thursday, February 24, 2011

Sawan Datang Lagi....



Assalamualaikum semua.....

Pagi ni cuaca cerah, alhamdulillah pintu rezeki sedang
terbuka luas di hari Jumaat, penghulu segala hari. Ya Allah, Kau berikanlah kami rezeki sebagaimana orang lain yang engkau limpahkan rezeki buat mereka.. Ya Allah Kau berikanlah kesihatan kepada kami dan puteri kami yang sgt kami sayang Farhana Batrisya.. semoga kesakitan dan kesengsaraan yang dia tanggung akan segera berlalu Ya Allah...


Farhana Batrisya... Lama betol mama x update blog pasal Kakak. Huhuhuh betol2 x de masa mama nak mengarang. Dek kerenah Kakak, kenakalan Zharif.. x menang tangan mama. Tapi apa pon, skang ni anak2 mama ada depan mata mama.. Mama da x perlu klua g keje, sbb mama nak Kakak betol2 stabil dulu. Hati mama semakin hari semakin tersiat - siat tgk keadaan Kakak yang makin kurus, x de selera makan, serangan sawan jangan cakaplah. Kalau dulu just 3 ke 4 kali.. sekarang ni da menginjak ke 7 - 9 kali. Sekali kene mesti 3 - 4 minit. So kalau sehari 7 x 4 = 28mnt, 7 x 9 = 63mnt... Tu kiraan sehari.. Kalo hari-hari kene dalam seminggu, 28mnt x 7 = 196mnt. Hurmmmm... Tak sanggup lagi dah mama nak kira sayang. Hari demi hari, sel2 otak kakak direngut dek sawan yang tak berhenti - henti 'mengganggu' Kakak. Sesuatu yang memang sukar mama nak hadapi... Orang yang tak pernah alami apa yang kita hadap skang ni mesti takkan faham gelodak hati mama kan Kak? Mesti orang ingat mama ni tak cukop kuat, sket2 nak mengeluh, sket2 nak mengadu, sket2 nak menangis.. Hati mama ni takde siapa yang dapat nak selami. Mama terpaksa tunjuk mama sedang bahagia, mama gembira, hakikatnya hanya Allah saja yang tahu sayang....



Boleh tak mama luahkan perasaan pada Kakak? Kakak boleh faham tak apa mama nak cite ni? Dalam keadaan mama dan Kakak yang terseksa begini, ada juga insan yang x de perasaan mendoakan kehancuran hidup mama, sayang... Ada yang doakan mama masok neraka sebab katanya mama x jaga maruah papa, ada yang doakan hidup mama jahanam, ada yang kata mama tak cium bau syurga, macam2 lagi Kak. Kesian mama tau. Seme tu hanyalah sebab dunia maya yang belom tentu hujung pangkal kebenarannya.. Bagi mama, Facebook hanya satu laman sosial yang bukan 100% semuanya benar. Tapi, hasil penulisan mama diekploitasi, nukilan mama dijadikan bahan utk dicaci dikeji, tanpa usul periksa. Tuduhan yang datang itu membuatkan hati mama ibarat kaca yang terhempas lalu jatuh berderai. Takkan la mama sampai x de akal fikiran ( sepertimana yg mereka sangka ). Alah, nama pon laman sosial. Komen2 yang ada, even bukan dari mama pon, bukannya seme 100% betul pon. Cuma Kakak ni kisah realiti.... Benar2 terjadi. Mama begitu terluka Kak.. Sampai hati insan2 yang mama anggap kawan, tega melukai hati mama. Allah tahu apa yg mama buat.. Tapi kan, Allah sayang mama.. Allah beri mama ujian yg sangat hebat ini.. Semakin mama terus tabahkan hati, semakin banyak pahala boleh mama kumpul. So mama akan terus bertahan dek segala tomah dan caci daripada orang2 yang tak pernah faham kesengsaraan kita, kan Kak....? Wajar tak kalau mama x nak maafkan diorg yang mengeji, mencaci, mengutuk, mendoakan yg tak baik buat kita? Wajar ke Kakak...?


Allah juga yang tentukan di mana letaknya mama setelah dihisab di Padang Mahsyar kelak. Mama tak bodoh lagi Kakak, mama tak gila nak dedahkan seme keaiban rumahtangga pada umum. Mama masih ada agama. Mak tok & Tok Wan da ajar mama ilmu yang cukup baik untuk mama timbang yang mana halal dan yang mana haram, yang mana baik dan yang mana buruk. In fact, mama dan papa sangat bahagia... Alhamdulillah... Mama sangat bersyukur dengan apa yg mama ada hari ini. Papa, Abg Long, Adam, Kakak & Zharif.



Terus terang mama cakap, mama sudah tawar hati untuk menjalinkan persahabatan dengan orang2 optimis sebegini. Tapi, mama perlu teruskan hidup. Mama perlu teruskan perjuangan mama yang sudah bermula bersama Hypro. Seme tu untuk Kakak tau.. Memang mama tak usik hasil2 yang mama dapat tu, sebab mama da tekad nak guna duit tu untuk beli kerusi roda untuk kakak... Kerusi roda tu cantik sangat, warna biru. Nanti mesti Kakak selesa duduk atas kerusi roda tu. Harganya RM4600 sayang... Hurmmmm.. Bagi mama & papa , sangatlah tinggi harganya. Tapi takper, hasil mama buat Online Biz ni, Insya Allah cukop nanti utk mama dapatkan jugak kerusi roda tu. Sebab tu bila orang kata mama riak bila ada duit banyak, mama takbur bila da senang, mama kedekut bila da kaya.. Mama senyum je, sebab tu bukan duit mama. Tu seme duit Kakak. Mama tolong usahakan aje. Mama tau Kakak tak de upaya nanti nak cari duit sendiri. Kakak dan Mama akan saling memerlukan. Mama sudah mengabdikan diri mama untuk berkhidmat pada Kakak secara percuma... Pahala dan dosa, Allah yang tentukan untuk mama. Mama redha setiap hinaan kawan2 mama yang mengutuk bisnes yang mama buat skang ni. Takpe la sayang, janji halal. Janji mama tak mencuri, mama tak merompak... Mama cari duit poket, sambil membelai Kakak kat rumah. Mesti dah lama Kakak nak mama jaga Kakak sepenuh masa kan? Mama minta maaf kay ... Bukan mama takmo jaga Kakak sebelum ni, mama kesian kat papa keje sorang2.. Gaji papa x la besar mana ... Sederhana je. Tapi kan Kak, papa ni rajin sangat kerja.. Papa akan pastikan kita anak2 beranak tak kelaparan, walaupon sesuap nasi pasti papa usahakan. Alhamdulillah, Allah temukan mama dengan lelaki yang setabah papa ni ( masa Kakak kritikal dulu je papa x kuat, asyik pengsan je ). Papa akan buat apa sahaja yang boleh mendatangkan hasil utk beri kita kesenangan Kak.. Walaupon skang ni Papa sorang je yang keje, tapi kita masih cukop makan.. Papa baik kan Kak...? Kakak sayang tak papa? Mestilah.... Kakak la satu2nye anak yang tak boleh nak berenggang lama dengan papa.. Especially bila papa g outstation, aduhai.. terserlah.... Asyik meragam .. menangis... Bila mama litupkan Kakak dengan kain pelekat papa, barulah kakak diam.

Panjang lebar mama celoteh sorang2 ari ni.. YANG PASTI MAMA BUKAN NAK MENAGIH SIMPATI DRPD ORANG2 YANG SUDAH MENGGANGGAP MAMA SEBAGAI MUSUH MEREKA. Selama ni pon bukan ramai pon yang amik peduli pasal kita kak. Yang tahu susah senang, hanya kita berdua sayang.. Tapi ada jugak kawan2 mama yang sayangkan Kakak.. Ada yang kata kakak cantik cam bidadari.. Memang la, kakak da jadi pari2 syurga.. menanti waktu diangkat ke Syurga abadi.. Di mana takkan ada lagi kesakitan, kesengsaraan, kesusahan, keperitan.. Mama nak ikut kakak pergi syurga jugak, walaupon ada org doa2 mama masok neraka.. Kesian mama kan kak.....? Kakak jangan tinggalkan mama sebelum tiba waktunya. Kakak tunggu mama, kita pergi Syurga sama2.... 

Ok la sayangku Farhana Batrisya.. sampai sini dulu.. Nanti mama tulis lagi. Adik awk ni shebok je.. Mama sayang kakak.. Kakak sebahagian daripada hidup mama. Kakak ibarat nyawa mama.. Sakit kakak sakitlah mama, nangis kakak nangislah mama... Andai perginya kakak, mungkin pergi juga mama.... Kita bersama menuju ke Syurga abadi .....

14 comments:

mohd uzaini said...

sedey akak baca husna.. biarlah org mengata, mengeji.. Allah menguji kita sbb Allah tahu kemampuan kita.. sama2 la kita doakan org yg mengeji kita tu mendpt hidayah dr Allah & kita x tergolong di kalangan mereka2 itu.. amin

babylove said...

Saya tak specific pada sapa2.. Sebab saya pon ada jugak kadangkala melukakan hati teman2.. Tapi belom tergamak rasanya nak menghina, nak mencaci, apalagi meletakkan tempat seseorang dalam neraka jahanam. Saya sendiri x sempurna. Saya tak layak nak tentukan semua itu.. Saya hidup cuma kerana anak2 saya....

i do care said...

Sabar ye Husna...setiap dugaan ader hikmahnyer..dan setiap prbuatan yg jht pasti ade balasan nyer kan.Aper pun Husna adalah seorng ibu yg sgt tabah,truscekal kan hati buat Princess...

k1m1_KaeMoS said...

org boleh kata macam2 kak Husna, tapi selagi dorang tak kena selagi tu dorang takkan tau apa rasanya berada di tempat akak jauh sekali la nak merasa berada di tempat Tisya...
sy tau apa sy katakan ni cukup cliche, cukup biasa akak dengar, tapi kak, akak anggap je la akak bertuah dan yg mengata mencaci akak sefamili tu mengalami kerugian yg amat sgt, sbb setidak2nya Allah berikan akak sefamili pahala dgn mudah dgn adanya anak istimewa, seistimewa Tisya. sy tak penah tau tu semua masa sy budak2, tapi bila sy sndiri ada adik2 yg sakit dan hidup pula di kalangan org2 yg bermulut durjana seolah2 dunia ni meke yg punya, mak sy slalu cakap, sabar dan ingat, Allah Maha Kaya. lama2 skang sy renung balik dan ingat setiap apa yg berlaku dan bandingkan dgn apa yg berlaku kini, sy paham knp mak sy cakap camtu.
sy harap akak terus tabah dan Tisya akan sihat serta tak diserang sawan lg, sbb kita tengok pun seksa kan, apa lg dia yg merasakannya...
moga akak sekeluarga kan terus dirahmati Allah SWT.

i do care said...

Sabar la husna..seme yg jadi ader sbb dan ader hikmahnyer..yg pasti pbuatan jht akan mndpt balasan dr yg Esa..
Luahkan lah ,kongsi kan lah seme yg trsesak di hati tu kat blog ni(baguih gak blog nih :))..agar kurang lah rase marah, sedey ,penat,runsing..dll yg tgh brmain2 di lubuk hati Husna tu..Allah Maha Mendengar,Maha Tahu,Maha Pengasih..segalanyer pohon la pdnyer ye..Selamat berjuang HUsna.

kak nas said...

husna, akak sentiasa menyokong husna..buatlah sesuatu keputusan apabila difikirkan ia yang terbaik..smoga Allah lindungi keluargamu dik..

rohaiza_ibu hana said...

sabarlah. org hanya boleh cakap apa sahaja yang mereka mahu. tapi kita yang menanggungnya. Cuma satu nasihat sy..awak perlu redha andainya Allh ambil biadariNya kembali. Percayalah di sana adalah tempat terbaik buat farhana. Dulu saya pun rasakan tak sanggup kehilanggan Nur Hannah. Tetapi ketika saya diberitahu Hana sesak nafas di rumah pengasuh..sy berdoa. Saya redha andainya Hana di ambil jika itulah yang terbaik. Tetapi jika terus bersama saya..biarlah Hana sihat. Mungkin ketika itu Allh memakbulkan doa seorang ibu. Saya redha Allh meminjamkan Hana selama 9bln dlm Kandungan..9 bln dlm dakapan saya.

AdEePuTrA said...

hahaha..sebuah cerita seketsa drama swasta..yang cukup hebat..bravo-bravo..boleh dapat anugerah pencalonan aktor terbaik..skrip dan perlakon terbaik..

tapi..pada siapa...

kepada penonton yang tak tahu erti hati seorang ibu..siapa penonton tu tu..tuuuu yaa yang happy sangat tengok text di atas coz ayat negatif..dalam kehidupan sebagai khalifah kita di uji ..nafkah pencarian halal dengan usaha yang berterusan..kalau org cakap haram busniess nie..keja sikit dapat duit n untung..suruh pe ngaji ilmu agama bagi tinggi sikit...even stand back home..only online jalan busnies networking...dalam islam ada tak system tu..ada dalam solat jemaah dah pon tunjuk..k nak detil cari sendiri..atau join je busniess nie baru tau..

bagi mereka yang negatif..anda bahagia kerana mempunyai kehidupan yang selesa..alhamdulillah..tetapi jangan lupa satu jari tunjuk kat orang akan ada lagi 3 jari menuding kearah anda..kehidupan bagai roda ada masa di atas..ada kala di bawah..jangan hina kutuk tanpa bukti dan nas yang kukuh untuk hukum insan lain..selidiki dahulu..itu yang terbaik..

apa pun husna kehidupan mesti di teruskan..walau macamna keadaan keluarga kehidupan tetap di teruskan ..kuat dan bertahan..kalau diri sendiri tak kuat macammana yang lain nak bergantung..sebagai suami pon kuat kuat dia pun akan tumbang kalau tak da sokongan..we all here..n still here with u..don't worry..n for dum & dummer who is negetive person forget it...itu tergolong dalam kumpulan yang tak dapat seruan atau hidayah..orang kata dunggu..leave it banyak lagi yang positif n hendak kan peluang cam gini...aduhaii..paling simple lah orang gila pon tau duit n nak duit..abih yang tak nak tu nak kata camna..golongan apa entah lah..yaaaaaaa betul duit bukan boleh beli segala gala..tapi segala-gala memerlukan duit..nak masuk tandas pon kena duit..
dah bayar ..selesa tak..cantik tak kat dalam tu..pegi lah tengok mana mana tandas awam yang cantik..even kedai minyak ..kalau kedai baru ok..kalau dah lama sikit..lebih kurang ja..coz free tak yah bayar..kebersihan tak terjaga cost tu nak beli peralatan nak cuci kan..duit lagi..hahaha

ada tak tempat yang selesa..tak yah bayar duit pon ..n bila bila masa saja bersih..siap leh tidur guling2 coz bersih..pelik kan kalau yang otak negetif pasti kata mana da..tak mungkin...

bagi yang positif...join busniess nie ada duit..nikmati n hargai kehidupan jalan jalan makan angin bersama keluarga sure duduk hotel..nak tanya jab toilet kat lobby hotel nak masuk kena bayar tak..hotel yang 5 6 7 bintang tu...bersih tak..siap ada lagu lagu..n wangi..lantai berkilat leh tengok muka..so lepasni kalau nak cari tempat selesa anda dah tahu..

so ada tak kebaikkan bagi yang positif..kalau bagi yang pemikiran negatif..sampai bila anda masih yang sama...

husna tabah kan diri sedih & letih di dunia..kebahagian & pahala dah pasti di akhirat

Mama Annaufal♥Aunie said...

akak...sbr yer kak..sbr byk2.. ujian alam ni tak mampu kita jngka..so apa jua kepahitan..terimalah..akak kuat!tu sbb allah uji akak sebegini hebat..smpaikan slm syg peluk cium kami pada tisya...jalan hdupnya begitu sukar tp yakinlah allah mnjnjikan sesuatu yg hebat utknya disana..mg tisya smbuh...insyaallah,tisya hamba,umat dan anak yg bertuah...

Mama Kyra said...

akk,sedih eja bc..sesungguhnya akk seorg mama yg sgt cekal n tabah..sabar ye kak..adat manusia ni ade yg tk blh tgk kita sng n bahagia..

Sue Andy's said...

:(

AkmaFaizal said...

sedeh sungguh baca..semoga kuat menghadapi segala ujian dariNya. Sesungguhnya Allah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..sop..sop..tak leh tahan nak nangis je..sedey..

Kak Eiza said...

Sabar ya Husna, mulut orang ni memang kita tak boleh nak tutup walaupun semua itu fitnah, selagi diorg rasa bebas nak bercakap, takde berfikiran rasional selagi tu le caci cela dah jadi mainan mulut baginya, org yg macam tu tak perlu di buat kawan.. saya doakan yg terbaik utk husna dan batrisya.. anak saya pun nama batrisya juga, 2 tahun. tengok batrisya sini yg comel.. ada iras sikit2 denga Isya anak saya... :)

PnConfused said...

adehh... menitik air mata sy kak ble baca n3 nih...


bertabahlah kak...

senang org bercakap... suruh kita bersabar dan sebagainya, sedangkan kita yg menghadapii hanya Allah yg tahu.....

senang org mengata... kata kita mcm-mcm, sdgkan kalau diorg kt tmpt kita belum tentu lagi macam mana reaksinya...


Allah is talking to u kak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket