Wednesday, October 29, 2008

I'm Back

16.10.2008 Tisya admit Peads 2 lagi sekali sbb Dr. Priya & Prof Mary minta buat CT Scan lagi sekali. Aku pon ok je la coz kami sendiri nk tau apa perkembangan kesihatan dia. Semalam dah pegi cek mata, alhamdulillah doktor ckp pendarahan kat saluran mata dia dah pulih sepenuhnya. Cuma fokus mata dia tu masih belom lagi pulih sepenuhnya. Takpe la.. Pendarahan dah pulih tanpa parut pon dah buat kitorg bersyukur. Biarlah Allah tentukan hari kemudian. Yang x bestnye, bila Prof ckp kecederaan baby aku maybe kekal sebab terlalu banyak kerosakan di bahagian tisu otak dia. Aku frust sebenarnya, tapi aku tahan air mata aku, aku x nak menangis lagi. Aku sendiri view report scan tuh. Sedihnya, hancur hati aku tengok. Begini nasib anak aku. Aku sedar Allah menguji kesabaranku. Sesungguhnya aku akur dengan kekuasaan Allah Taala, yang mahukan aku mendekatkan diri kepadaNya.

20.11.2008, aku kembali bekerja. Kat Opis lama jugak. So sket sebanyak dapat jugak membantu tampung perbelanjaan apa yang patut. Thn depan abg long da nk start sekolah. So memang kene ada saving yang banyak. Skang ni dah dok ngan mertua, so kene la hulur2 sket. Hehehehe. Anak2 kami hantar pada pasangan suami isteri kat Tmn Medan, Hj Ismail & Hjh Sarah. Alhamdulillah, diorg ni baik sangat. Nak kata fobia tu, mmg fobia. Tp nak tanak aku terpaksa "pejam mata" sebelah tinggalkan si kecik tu ( yg masih dalam proses pemulihan ). So far, dia x banyak buat hal ngan pengasuh baru. Aku pon da cerita A-Z pd Cik Sarah psl Tisya. Alhamdulillah, Cik Sarah ngan Che Mail dpt terima anak2 kami dengan baik. Malahan anak2 diorg pon mesra ngan budak2 ni. Abg long pon suka pegi sana. Pagi2 bangun excited nk g umah nenek. Mungkin Allah nak mempermudahkan urusan kami dengan menemukan kami dengan makcik ni. Hari demi hari, skang ni dah masok 2 minggu baby dengan pengasuh baru. Aku berdoa supaya kali ni kami x akan bertukar pengasuh baru lagi. Cukop la kali ni. Biarlah diorg ni jauh sket rumahnya, janji puas. Bayaran pon dia x kisah sangat. Baiknye la. Cik Sarah ckp dia jaga budak bukan pasal bayaran bulan², tapi pasal kesiankan mak & ayah yang nak bekerja tapi x de orang nak tolong jaga anak mereka. Dia juga mahu kami anggap dia seperti saudara, bukan pengasuh anak kami. Aku panjatkan kesyukuran padaMu Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami.

5 comments:

RIZAL@BUYONG.INC said...

bila mau update blog daaaa

eza said...

allhamdulillah nuwol dapat pengasuh yang baik.... ""nenek atok jaga tisya elok2 yer""... tima kasih nenek atok.......

UmiMia said...

hi mama,
i simpati dgn baby u...perasaan yang sama kita kongsi masa I melalui masa2 genting saat Mia dilahirkan premature 26 weeks...cuma keadaan u lebih pedih sebabnya u lahirkan baby u sihat dan sempurna tetapi ada manusia tak bertanggungjawab pulak yang menjadi penyebab semua ni terjadi.....

semoga u tabah menghadapi dugaan ni...semasa ni lah kekuatan dari kita akan memberi lebih kekuatan kepada anak kita....

Pemborong Assyaima said...

mama kita cakap kalu tinggal anak umah pengasuh then anak kita suka dok sana..pagi2 x wat hal time nk antar sana makna nya pengasuh tuh ok laa.maybe che mail n wife pon mcm tuh..dorang ok so anak2 suka g sana..aminnn

ADLIN ALAWI said...

sedih lak baca kisah baby u..i simpati dgn u..so camner dia skang??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket