Wednesday, February 22, 2012

Mampukah Aku.....?

Salam sayang semua....

Sangat terkesan di hatiku apabila menerima perkhabaran duka pagi ni... Aku terima 2 kematian.... Allahyarham Faris...  dan juga sahabat pada temanku akibat TIBI. Walopon mereka tidak aku kenali, namun mengusik hati. Perginya mereka meninggalkan org2 yg sayangkan mereka kerana penyakit kronik yang menyerang mereka .. Allahuakbar.. Segalanya adalah ketentuan-Mu... Kehendak-Mu .... Tabahkan hati mereka yang menanggungnya. Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikulnya... Semoga kalian berdua tenang di sana..... http://www.youtube.com/watch?v=FcMDunZwvtM

Bagaimana keadaanku menerima khabar ini satu masa nanti.. Mampukah aku? Adakah aku akan  menjadi sekuat dan setabah itu....? Merawang fikiranku mengingatkan keadaan puteri. Keadaan puteri sedikit tidak baik sekarang ni... Menanti hari2 dan waktu sebelum smp detik dia kene masok wad... Bersedia utk menjalani pembedahan utk betulkan tulang punggung dia yang dah terkeluar. Seribu satu soalan bermain dlm fikiranku.... Sukar untuk aku luahkan sbb aku sendiri tatau macam mana nak expresskan perasaan aku.

Ya Allah, Kau Yang Maha Mengetahui, Kau Yang Maha Mengasihani... Ku mohon Ya Allah berikan aku sedikit waktu lagi... utk terus bersama puteriku... anak-anakku... Beri aku sedikit lagi kesempatan untuk aku curahkan segala apa yg aku ada buat mereka. Aku sedar kelemahanku, aku tahu kekuranganku membesarkan amanah2-Mu ini Ya Allah... Daku cuba, sudah ku cuba sedaya mungkin memberi yang terbaik utk mereka...
Semoga mereka ini akan menggantikan aku..
menjaga puteri syurga itu..
andai masa aku smp sebelum waktunya....
Puteri dari syurga ...
Andai 1 hari nnt mama pergi dulu,
mama titipkan kakak pada abg2, papa, atok nenek maktok tok wan utk jaga kakak....
Mama tatau camne nak lalui hidup tanpa kakak...

Hati mula gusar, sedikit gundah gulana, bila memikirkan yang kami masih belom tergerak utk membeli insurans hayat utk keluarga. Mengikut keadaan kewangan, masih belom mengizinkan... Aku tiba2 jadi takot... Apakah yg akan aku lakukan seandainya aku adalah ibu kepada Arwah Faris... Aku tak punya apa.. wang simpanan jauh sekali.. Gagalkah aku? Tak layakkah aku menjadi seorang ibu?

Ya Allah, berkatilah usahaku selama ini .. Berikanlah rezeki yang baik buatku Ya Allah.... Agar dapat aku berikan kesenangan buat amanah-amanah-Mu ini ... Aku mohon Ya Allah, aku insan yang kerdil dan hina memohon kepada-Mu Ya Allah.... Bukakan pintu rezeki buatku.... Berikan kekuatan padaku utk terus mencari rezeki yang halal ... Tetapkan imanku Ya Allah ...

~babylove~

Thursday, January 26, 2012

Wishlist... Perlu ada ker?






 mmg pening nk pilih....


I need vacation... space to relax ... 
rasa nak try produk ni.. once disahkan halal.... :) 

suka sgt perhiasan silver.. feeling ala2 white gold gitu.. ok tak? 

Selesa je tgk ... sure princess suka. x pe pelan2



Dah.. tu je yg terlintas di fikiran... hihihihihi



~babylove~

Wednesday, January 18, 2012

Excellent Chicken Wing


Salam Siaran seme sahabat.... 
Sudikan Mencuba, Merasa dan Membeli Produk Kami ... 
Harap Dapat Beri Sokongan Buat Kami Menjalankan Biz .. 
Rezeki anak2....

KEPAK AYAM MADU EXCELLENT

Kepak ayam sedang dibakar....


Lokasi : Extreme Park Bandar Sunway ( bersebelahan Lagoon Perdana Aprt )
Waktu perniagaan : Setiap hari 5ptg - habes... 

Harga :

1ketul : RM1.70 ( berbaloi baloi )
Pakej 6 ketul : RM10.00 ( gerenti x menyesal )



Pedal + Tongkeng Ayam RM1.00 secucuk

Tokei kedai - My love

Berusaha keras ... 


So.......
Kengkawan, sedara mara, jiran2 dan teman2 seperniagaan.. 
Yang mana sudi nak rasa Chicken Wing kami.. 
Meh dtg berkunjung ke gerai kami di Extreme Park Bndr Sunway.. 
Buka setiap hari jam 5 - abes.. Ari2 ada.. 
Nak booking dl pon boleh ( tp takot ✘ hot / fresh ) kalo amik lmbt..
SMS CK nama bilangan ketul dan hantar ke 0123770059 @ 0133020336... 

Kekenyangan anda kepuasan kami!

~babylove~

Friday, January 6, 2012

Kekasihku Suami Orang

Baru je abes menonton kisah Tasbih Cinta... Lakonan Jue Aziz, Firdee Aqasha, Rebecca Nur Al-Islam.... Kisah bagaimana seorang lelaki yg sgt rapuh imannya, dan bermulalah kisah cinta sia2 hingga ke ranjang .... Mengorbankan rumahtangga yg dibina, sehingga isteri yg setia menanti di rumah diceraikan dengan mudah.. Ok la x nak ulas banyak2...
Perhubungan Terlarang Takkan Diredhai Allah Smp Bila2...
Ia Takkan Berjaya!
So Jangan Buang Masa!


Pesanan saya.... Wahai gadis2 di luar sana.... Juga wanita yang bergelar janda.... Yang memang sedang mencari cinta @ mengejar cinta suami orang ......

"Seandainya anda merasakan keindahan cinta yg sedang anda kecapi bersama lelaki ( suami org ) itu membahagiakan.... ketahuilah sebenarnya seme tu palsu dan dusta semata mata.. Kenapa? Kerana dia tidak pernah berani mengakui yg anda adalah insan istimewa dalm hidupnya. Pertama, isterinya tidak tahu kewujudan anda, keluarganya juga tidak tahu, kawan2 juga tk pernah tahu adnya kamu dlm hidup si dia. Dia tidak pernah bangga utk declare anda sebagai org yg istimewa dalam hidupnya, malah kalo mahu perlu disorok pula.. Anda cuma tempat dia melepaskan kesunyian... melampiaskan nafsu ( tika dan saat isteri tidak upaya @ period ) ... "

Nak call nak sms pon ada time time tertentu... or else dia je yg blh call anda.. Kenapa ? Dia x mau anda "ganggu" dia tatkala dia bersama anak dan isteri. Alahai, kesiannya anda wahai gadis.. Lelaki pujaan anda lebih memberi tumpuan kepada keluarganya... Sedangkan anda, menanti dan terus menanti... Nak paw duit gaji lebey2 pon susah.. Dia dpt gaji da tentu akan spend dulu utk keperluan anak isteri.. anda dpt apa? BALANCE2 je dik... tu pon kalo cukop laaaa.... Rugi, sgt merugikan... Badan da kasi, seme da serah.. tp x dpt apa2... Dosa berkilo kilo.... Ok la tu kan drpd tak dpt langsung?

Bila masok bab kawen.... paling menyerabutkan kepala otak sang lelaki .... Alasan yg selalu diberi :
1."Wife I belom bagi keizinan..
2. "Wife I x sign borang kebenaran..
3. "Wife I masih x leh nak terima U.."
Tak pon...
a. "Wife I setuju nak bg I kawen, tapi dia nak cerai talak 3.. I x nak ceraikan dia.. Mana mungkin, I syg my wife" ( pon buta tuli gak kan? sang lelaki sah2 bgtau dia sygkan wife dia.. )
b. "Wife I kasi kita kawen tapi dia nak seme rumah, kereta, tanah, insurans seme tuka atas nama dia... Nnt kita gigit jari lohhhh" ( terang2 menunjukkan dia x mampu sgt la.... kalo x dia akan kata, I akan sediakan yg baru utk U.. )

Apa yg sang gadis ni kejarkan sangat dengan lelaki yang berstatus SUAMI ORANG? Pengalaman? Hahahahaha.. x semua SUAMI orang tu kaya dengan pengalaman. Siapa lelaki itu, anda da kaji? Tinggikan ilmu agamanya? Mampukah dia?

Sebelum anda setuju utk bermadu dan berkongsi kasih.. korek dulu rahsia sang SUAMI ni... melalui isterinya, keluarganya.. Selidik dulu siapa dia.. Dia melukakan hati isterinya dengan bermain cinta bersama anda... adakah anda yakin dia takkan menduakan anda sebagaimana yg dia da buat pada isterinya? Yakin? Tepok Dada Tanya Hati....

Nasihat saya.....
"Seorang lelaki yang sudah bergelar SUAMI, hanya mempunya sekeping hati... Yang telah dijadikan hantaran sewaktu dia selamat diijabkabul dengan wanita pilihannya iaitu ISTERINYA.... Justeru itu, seandainya kamu wahai anak2 gadis dan janda2 di luar sana.... mahu mengejar cinta dan kasih sayang seorang lelaki.. hatinya sudah dimiliki oleh isteri yg sah. 
Mintalah pada ISTERINYA.. seandainya diizinkan... 
Sanggupkah anda menganiaya kaum sejenis anda? 
Sanggupkah anda melihat keruntuhan mahligai org lain bagi membina bahagia utk diri sendiri.. Bahagiakah anda? 
Fikirkan!"





~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket