Friday, January 6, 2012

Kekasihku Suami Orang

Baru je abes menonton kisah Tasbih Cinta... Lakonan Jue Aziz, Firdee Aqasha, Rebecca Nur Al-Islam.... Kisah bagaimana seorang lelaki yg sgt rapuh imannya, dan bermulalah kisah cinta sia2 hingga ke ranjang .... Mengorbankan rumahtangga yg dibina, sehingga isteri yg setia menanti di rumah diceraikan dengan mudah.. Ok la x nak ulas banyak2...
Perhubungan Terlarang Takkan Diredhai Allah Smp Bila2...
Ia Takkan Berjaya!
So Jangan Buang Masa!


Pesanan saya.... Wahai gadis2 di luar sana.... Juga wanita yang bergelar janda.... Yang memang sedang mencari cinta @ mengejar cinta suami orang ......

"Seandainya anda merasakan keindahan cinta yg sedang anda kecapi bersama lelaki ( suami org ) itu membahagiakan.... ketahuilah sebenarnya seme tu palsu dan dusta semata mata.. Kenapa? Kerana dia tidak pernah berani mengakui yg anda adalah insan istimewa dalm hidupnya. Pertama, isterinya tidak tahu kewujudan anda, keluarganya juga tidak tahu, kawan2 juga tk pernah tahu adnya kamu dlm hidup si dia. Dia tidak pernah bangga utk declare anda sebagai org yg istimewa dalam hidupnya, malah kalo mahu perlu disorok pula.. Anda cuma tempat dia melepaskan kesunyian... melampiaskan nafsu ( tika dan saat isteri tidak upaya @ period ) ... "

Nak call nak sms pon ada time time tertentu... or else dia je yg blh call anda.. Kenapa ? Dia x mau anda "ganggu" dia tatkala dia bersama anak dan isteri. Alahai, kesiannya anda wahai gadis.. Lelaki pujaan anda lebih memberi tumpuan kepada keluarganya... Sedangkan anda, menanti dan terus menanti... Nak paw duit gaji lebey2 pon susah.. Dia dpt gaji da tentu akan spend dulu utk keperluan anak isteri.. anda dpt apa? BALANCE2 je dik... tu pon kalo cukop laaaa.... Rugi, sgt merugikan... Badan da kasi, seme da serah.. tp x dpt apa2... Dosa berkilo kilo.... Ok la tu kan drpd tak dpt langsung?

Bila masok bab kawen.... paling menyerabutkan kepala otak sang lelaki .... Alasan yg selalu diberi :
1."Wife I belom bagi keizinan..
2. "Wife I x sign borang kebenaran..
3. "Wife I masih x leh nak terima U.."
Tak pon...
a. "Wife I setuju nak bg I kawen, tapi dia nak cerai talak 3.. I x nak ceraikan dia.. Mana mungkin, I syg my wife" ( pon buta tuli gak kan? sang lelaki sah2 bgtau dia sygkan wife dia.. )
b. "Wife I kasi kita kawen tapi dia nak seme rumah, kereta, tanah, insurans seme tuka atas nama dia... Nnt kita gigit jari lohhhh" ( terang2 menunjukkan dia x mampu sgt la.... kalo x dia akan kata, I akan sediakan yg baru utk U.. )

Apa yg sang gadis ni kejarkan sangat dengan lelaki yang berstatus SUAMI ORANG? Pengalaman? Hahahahaha.. x semua SUAMI orang tu kaya dengan pengalaman. Siapa lelaki itu, anda da kaji? Tinggikan ilmu agamanya? Mampukah dia?

Sebelum anda setuju utk bermadu dan berkongsi kasih.. korek dulu rahsia sang SUAMI ni... melalui isterinya, keluarganya.. Selidik dulu siapa dia.. Dia melukakan hati isterinya dengan bermain cinta bersama anda... adakah anda yakin dia takkan menduakan anda sebagaimana yg dia da buat pada isterinya? Yakin? Tepok Dada Tanya Hati....

Nasihat saya.....
"Seorang lelaki yang sudah bergelar SUAMI, hanya mempunya sekeping hati... Yang telah dijadikan hantaran sewaktu dia selamat diijabkabul dengan wanita pilihannya iaitu ISTERINYA.... Justeru itu, seandainya kamu wahai anak2 gadis dan janda2 di luar sana.... mahu mengejar cinta dan kasih sayang seorang lelaki.. hatinya sudah dimiliki oleh isteri yg sah. 
Mintalah pada ISTERINYA.. seandainya diizinkan... 
Sanggupkah anda menganiaya kaum sejenis anda? 
Sanggupkah anda melihat keruntuhan mahligai org lain bagi membina bahagia utk diri sendiri.. Bahagiakah anda? 
Fikirkan!"





~babylove~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket