Sunday, March 27, 2011


sesejak pandai join GA ni... 
eksited betol... hihihihi... 
jom la korang join GA odah ni.... 
mana la tau ada rezeki ker?
 hihihihihihi...

so saya nak tag 2 org kawan ..


Saturday, March 26, 2011

Contest utk anak istimewa pon ada

Assalamualaikum.. selamat pagi.. selamat berhujung minggu .. pagi ni dtg idea nak update blog .. Kali ni sy nak borak2 psl pertandingan bayi comel, bayi bijak bergaya, bayi cute la apa laa.. mcm2 pertandingan, mcm2 contest utk budak2 kecik yg comel2. ni.. tp dlm banyak2 pertandingan utk baby@kanak2... hanya 1 je aku jumpe, contest utk anak istimewa.. Hehehehhe... ms tu hati ni berbunga riang.. Sebab sy pon ada anak istimewa. Ye la sebelum ni, bila tgk ada contest utk baby girl, mesti pejam mata sbb mcm x sesuai je nak masok.

Terima kasih sy ucapkan pada penganjur Program Fitrah Kasih iaitu Normala Taib yg sudi memberikan perhatian dan sedikit kegembiraan pada anak2 istimewa mcm puteri saya. At least, anak2 istimewa ni pon ada ruangan mereka sendiri. Alhamdulillah. Tak la rasa terpinggir sangat..

http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=1891958707457&set=a.1891869185219.2117682.1496209898&theater

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1891958707457&set=a.1891869185219.2117682.1496209898&theater#!/photo.php?fbid=1891957707432&set=a.1891869185219.2117682.1496209898&theater&pid=2212735&id=1496209898


saya mempertaruhkan dua pic yg sy ada ni ... tapi, tu la... contest2 camni x mendapat perhatian pon.. hanya kami2 je yang ada anak istimewa yg teruja.. sambil2 masok contest dpt berkenalan dan tuka2 cerita camne jaga anak istimewa... Heheheheh.. ok la seme.. da x de idea dah... bubyeee..

Thursday, March 24, 2011

Aku Mama Tisya

Selamat Pagi Cinta.. Salam Sayang buat seme.. Semoga hari ini, Jumaat penghulu segala hari akan lebih ceria, pintu rezeki sedang terbuka utk seme makhluk di muka bumi ini.... Teruskan usaha mencari rezeki yang halal....

 


Nur Farhana Batrisya, puteri kesayanganku, kesayangan kami, kesayangan anda ( benarkah ada yg sayang padanya? ).... Sedang meniti hari2 depan dengan penuh pancaroba.. Melalui setiap detik dan masa dengan pelbagai onak dan duri... Setiap pandangan dia kosong, gelap.. menanti sinar hadir dalam hidupnye.. 

Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk melihat alam maya yang indah ini sebelum tiba masa Kau menjemput dia kembali... 
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk duduk sendiri, berdiri, berjalan dan berlari sebelum saat dia menjadi penghuni syurga-Mu yang abadi... 
Ya Allah Ya Tuhanku, berilah Tisya kesempatan utk memanggilku MAMA sebelum Kau mengakhiri segala kesengsaraan yang sedang dia alami di atas muka bumi ini...

Aku.....
Ibu yang melahirkannya 3thn yang lalu....
Mama yang menemani saat2 dia kritikal, saat2 dia memerlukan, waktu2 dia sengsara...
Mak yang sentiasa mahukan yang terbaik untuknya....

Aku bersyukur masih ada yang sayang padanya.. masih ada yg kasih padanya.. masih ada yang mahu mengambil tahu padanya. 
Tapi adakah benar ibu2 yang ada anak istimewa ni suka menagih simpati? 
Salahkah aku berkongsi rasa dengan sahabat2 tentang puteriku? 
Salahkah aku bercerita tentang puteriku? 
Salahkah aku........?






Perubahan Dalam Hidup..... Secebis Mutiara Kata

Adakah pengorbanan untuk BERJAYA itu berat?
Untuk menjadi rajin, tinggalkan sikap malas.
Untuk cepat BERJAYA, tinggalkan sikap BERTUNDA.
Untuk menjadi bernilai, tinggalkan pergaulan yang tak berguna.
Malas, suka BERTUNDA, dan bergaul yang tidak ada gunanya,
Tidak PERLU dipertahankan.


Menginggalkan keburukan, bukanlah pengorbanan.
Tapi PEMBEBASAN JIWA.
Setiap yang berlaku terhadap kehidupan kita , adalah atas pilihan kita. TINDAKAN kita masa lampau , menyebabkan kita hari ini. Melihatkan kesilapan itu dari diri kita sendiri sebelum menyalahkan orang lain.
Orang yang tidak berbakat, tapi bersedia belajar dan bekerja dengan sungguh-sungguh,berlaku jujur dan penuh hormat kepada orang lain,akan jauh lebih berhasil daripada orang yang berbakat tapi malas!!
Seringkali kita terlupa , kita sememangnya suka mencari peluang. Akan tetapi apabila peluang itu datang kepada kita , hanya melihat dan membiarkan ia nya berlalu. Dan seringkali juga kita ketahui bhawa peluang itu hadir dengan perantaraan maka ia akan berbalik pada diri itu sendiri. Mengapa kan kita di pertemukan dan percayalah pasti ada tujuan dan hikmah , dan jaga perhubungan antara kita ,itu lah yang paling mulia.
Virus Problemania ialah golongan yang gemar berkongsi kegagalan dengan orang lain. Kadangkala mereka tidak malu berkongsi kegagalan dan kebodohan yang mereka lakukan. Golongan ini juga sanggup menghasut orang lain supaya mempercayai kata-katanya. Golongan ini bila gagal suka menyalahkan orang lain dan tidak pernah menyalahkan diri sendiri. Golongan ni suka bercerita masalah, masalah, masalah tetapi tak pernah berfikir bagaimana nak selesaikan masalah... 
 http://www.youtube.com/watch?v=jBD6KCwY3-Y
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket