Saturday, January 23, 2010

Bantuan.. Zakat.. Baitulmal.. Kebajikan....

Assalamualaikum seme... Bosan betul hari minggu camni x de aktiviti.. Da siap kemas, da masak, baju da basuh, baby da makan da mandi and da tidur blk pon... papa tidur lagi.. smlm layan FB le tuh.

Actually nak cite pasal ari Jumaat lepas.. Mula2 pagi tu, pegi klinik cek perut cam biasa.. Kene minum air gula sebab masa pegnen kan adam.. ada history GDM ( diabetes during pregnancy ).. huhuhuhuhuhu... Tension sungguh. Manis nak mampos!! Da le aku ni memang fobia sket bab jarum ni.. tgk jarum tu gerun rasanya. 2 kali amik darah lak tuh.. Mintak2 laaa x de apa2.. Sbb kalo ada diabetes, mcm2 hal.. kene buat BSP selau.. BSP tu amik darah kol 8 pg, 11 pg, 4 ptg and 11mlm.... 4 kali sehari.. huhuhuhu.. pas2 makan pon seme kene jaga. Nasi x leh makan banyak, kentang, roti putih, nasi lemak, roti canai, masak2 lemak, ayam... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. org mengandung memang seme mende dia nak makan.. huhuhuhuh.. makan lewat pon x leh. Dah le nnt dlm pantang mcm2 x leh bedal. Lps bersalin plak, plan nak b/feeding lama sket. Sama gak, kene jaga makanan takot baby kembung plak.. Huuuuuuuuuuuuuuuuu.. cian aku.

Lokasi seterusnya, PPUM Bahagian Rekod Dan Maklumat Pesakit.. nak mohon salinan medical report princess.. Gomen.. lupa plak aku time rehat diorg panjang bebeno... Kalo lelaki rehat 2 jam lebey hari jumaat, leh diterima pakai la nak p sembahyang.. Yang owang pompuan pon sebok2 nak rehat smp 2 3 jam apa ke heeei nye? Aduiyaiiii.. Dah le teman ni payah nak mohon cuti... G sana kol 12.30.. kol 3.00 baru leh amik report tu.. alasannya, pegawai da kuar rehat. Adusssssssssssssssssssssss... Tadah je laa.. Nak marah pon x leh, kita nak mintak tlg org. Iyekan aje laa.. Pas2 g kat mak, pasar Seksyen 14. Lepak sana.. sambil nak menunggu masa g PPUM blk...

Lps kol 3.30, da siap amik report, gerak terus ke JAIS Shah Alam, bahagian zakat. Serius.. sedey betol dengan penerimaan mereka.. Dingin, cakap pon macam nak x nak jee.... Aku tanya .. "bantuan zakat untuk anak2 OKU nak pohon kat mana?" Dia kata... "kalau anak masih ada bil rawatan atau ubat-ubatan, baru kita bantu." Hurmmm... ye ker?? Pas2 dia kasi borang, dia kata, "Puan isi borang ni, lengkapkan dokumen lampiran pas2 anta kat alamat2 yg terdekat, ada kat page belakang...." Hhuhuhuhuhuh x friendly nyeeee kakak kaunter tu.. Cakap pon mcm nak marah je.. Letey kot ek.. da petang2.. org plak ramai aritu... Redha je laa.. So kami pon balik leee.......

Aku cuma mengikut nasihat teman2 dan keluarga untuk ke Pusat Zakat Selangor bagi memohon bantuan utk princess, sebab mereka kata anak2 OKU akan diberi bantuan. Tatau la prosedurnya camni... Hurmmm... X pela yang penting aku da mulakan langkah pertama, dan aku akan terus cuba mencari bantuan utk princess di ceruk mana sekalipon... Dia tak diminta dijadikan begitu. Takdir tidak menyebelahi princess untuk normal seperti kanak2 lain.. Apa pon Ya Allah aku redha dan aku bersyukur kerana princess masih lagi bernyawa dan masih berada di dalam dakapan aku kerana aku tidak rela kehilangan princess.. Biarlah kami sama2 menempuh pancaroba dalam kehidupan selagi terdaya. Kau panjangkanlah umurnya Ya Allah, Kau berilah sinar buat princess, Kau terangilah kehidupannya.. Dan pintaku.. Kau jadikan lah dia Pari - Pari Syurgamu di Akhirat kelak... Moga Kau mendengan rintihan hati seorang ibu yang sangat lemah di sisimu Ya Allah..... dan seorang ibu yang terlalu menyayangi puterinya... Kau permudahkanlah urusanku Ya Allah... Kau bukakan lah jalanMu untukku Ya Allah agar nasib puteri akan terbela.... Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Monday, January 11, 2010

Bercuti Di Cameron Highlands...





Jumpe lagi...

Cuti2 Malaysia di Cameron Highlands.. 19 & 20 Disember 2009, kami menjejakkan kaki ke Cameron Highlands buat kali pertama bersama anak2 tersayang dan keluarga dari Penang. Kol 10 bertolak dr KL, 11.45pg da smp ke Exit Tapah, menuju ke Tanah Rata.. Melalui Lata Iskandar yang sangat mengasyikkan.. Huhuhuhu.. Bestnyeeeeeeeeeeee.... Anak2 happy seme. Princess layan tido sepanjang jalan nak naik ke atas, maklumla cuaca sejuk... Macam2 hal jadi on the way nak naik atas tu, dengan accidentnye.. jalan licinnye.. Tapi Alhamdulillah seme selamat.. Sampai je kat Royal Lily Aprt tu, kami terus naik rumah coz mama soh amik kunci dulu.. memandangkan penjaga aprt tu da standby tunggu ketibaan kami.. Not bad la, facilities ok.. Memang sejuk gile.. Ada lagi 5 biji kereta dr Penang belom smp2 lagi... Mama kata jem terok gile kat Brinchang & Ringlet. Maklumla cuti sekolah. Sementara menunggu diorg sampai, sempat la kami layan tido dulu.. Masing2 da penat..

Kol 5.45ptg, diorg pon smp.. Huhuuhuhu.. Selamat jugek smp. Wati sampai naik lembik, asyik muntah2.. Siannye dia.. da la kurus kering. Layan muntah pulak. Mama pon sama, pening x hingat. Dah la masing2 tengah lapa gile.. Naik atas jee, terus panaskan makanan, dan masing2 mengadap makanan dengan rakusnye... Hihihihi.. sian diorg jem terok gile.. Nasib baik kami naik dari Tapah. Alhamdulillah jalan clear.. Penang side naik dr Simpang Pulai.

Lps Maghrib, kami bersiap siap nak p pasar malam kat sana.. Huh ramai gile org membeli belah. Biasa la strawberi segar, sayur2, souvenir berasaskan strawberi dan macam lagi. Kami x memborong sangat.. Cuma layan tengok org dok tawar menawar beli barang. Hampir 2 jam berjalan, masing2 da letey kami pon balik aprt. On the way balik, ternampak plak gerai jual sup utara. huh apa lagi... abah pon soh berhenti ajak beli bihun sup, 8 bungkus! Balik aprt, layan bihun sup plak... Memang best! Minum plak teh strawberi. Heheheheheh.. Da siap makan, sembahyang Isyak, masing2 cari port nak baring dan tidur.. bergelimpangan.. Terbalik kuang tido.. X pe la janji dapat lelap mata. :D

Esok kol 8 pagi seme da bangun.. Mama Abah dok sebok kat dapor, masak bekpes. Masak nasi minyak, makan ngan rendang mama... Ada ikan masin, ada sambal ikan bilis.. macam2 lagi.. makan ramai2 camni memang best. Da selesai makan masing2... siap2 la nak check out.. Our 1st destination, pegi Taman Agrotech.. Besar gile.. Ada macam2 yg menarik.. Ada strawberi yang baru nak menjadi, ada bunga2.. orkid la apa laa.. Sayur - sayur.. Dah puas jalan kat situ, pegi plak kat tempat shopping, ntah apa ke nama ntah.. Suprise... hubby belikan ros putih utk aku 3 kuntum.. Hehhehehe.. hidung mula la nak kembang kuncup.. Bangge siot! Hahahahah.. then nak balas balik, aku belikan dia T Shirt Cameron kaler oren.. Alah, lagipon naik cameron x bawak cash banyak. Maklumla belom gaji. So kami x berbelanja sangat.. Belikan bantal utk anak2.. Jem strawberi and teh je..

Da abes 2 jam kat situ.. kami pon gerak naik lagi.. Katanya nak ke Equatorial. Kat situ ada org jual2 jugak. Huhuhu.. tengah2 dok naik tu, kete kami tibe2 bau hangit.. hubby da perasan cam ada x kene.. rupanya memang iye.. Clutch plate abes... Ya Rabbi... Dugaan besar ni.. kat atas puncak, nak bwk turun kete naik towing siap la ratus2 ringgit bwk blk KL.. nak buat kat Simpang Pulai pon kedai x byk bukak hari ahad... Pk punya pk.. lama2 abah ckp bia enjin sejuk dl... Dlm sejam lepas tu, hubby ngan radi pelan2 bawak kete tu smp setakat mana yang boleh.. alhamdulillah, xde masalah... Smp satu port, abah ajak berhenti makan durian plak. Uweekkk da la aku elegik bau2 durian ni... Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. depa dok sedap layan makan durian.. X pe la aku layan makan nasi lemak pagi td. Lagi sedap! Dlm kol 7, aku ngan hubby nak gerak blk KL.. kami pon bertolak laa.. Lom smp sejam, hubby ckp dia da letey sgt & mengantuk.. Aduiiyai. Aku takut nak bawak kete tu... dlm keadaan kete tu x berapa nak sihat. Bincang ngan adik beradik seme, last aku mintak tlg radi drive blk kl.. kebetulan jugak dia da smbg cuti lagi 2 hari. :) nasib baik ada dia.. kalo nak harap aku... huhuhu.. memang le leh drive tapi takot siyooottt.. Kol 11 lebey kami smp KL.. singgah kat wak jas beli makanan.. Masing2 lapooo. Heheehhe.. Da siap mandi2 seme.. bagi princess minum susu.. aku pon... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Penglihatan Tisya Terbatas Disahkan OKU jugee.....


Hye bloggers..

Sori sesangat dah lama x update blog. Huhuhuhu.. byk keje betol. Xde masa laa.. Ni nak cite pasal result check up mata Princess thn lepas 4.11.2009 kat Neuro Lab PPUM.. kol 9 lebey smp, terus masok.. ingatkan princess nak tido.. rupanya tak.. Terpaksa la diberi ubat tidur sket untuk memudahkan proses Visual Evoked Potential ( VEP ).. Ujian ni perlu dijalankan sebab pemeriksaan dengan Pakar Mata menunjukkan ada parut terbentuk di bahagian belakang mata princess akibat kecederaan yg dialami dulu. So aku ikotkan saja apa doktor mahukan, asalkan dia ada harapan utk melihat kembali...

Selesai VEP Test, aku diminta kembali berjumpa Pakar Mata 2 minggu kemudian untuk meneliti keputusan ujian. Resultnye.. memangla x memberangsangkan.. Doktor ckp, "nothing much we can do as the brain damaged caused the disability on her vision.. " huhuhuh.. maknanya susah la utk princess nak melihat semula.. No way out.. no operation needed.. Then dia nak isikan borang soh daftarkan OKU... tapi kami dah pon mendaftarkan princess as an OKU. Perasaan hati ni.. huhuhu.. jgn cakap laa.. dalam hati ni hanya Allah saja yang tahu.. Bertambah lagi 1 ujian buat kami . Seme org tahu kami sgt2 berharap, princess akan dapat melihat dunia 1 hari nanti..

Aku cuba letakkan diri aku di dalam diri princess yg celik matanya tapi x dapat nak menikmati keindahan alam dan menikmati kehidupan secara normal.. Aku tatau camne nak zahirkan perasaan aku ini.. Makan dalam.. Makin lama difikirkan makin sakit jiwa aku ni... Ya Allah, jauhkan la aku drpd sifat lemah ! Teguhkan imanku, kuatkan semangatku menghadapi semua ini....

Wednesday, November 18, 2009

Suamiku kini Mr. Mama


Salam sahabat semua.. Jumpe lagi. Lately ni sangat la sibuk. Banyak plak keje.. sejak2 member opis ni berhenti, seme kene buat sendiri... Alhamdulillah, perjalanan hidup kami sekeluarga aman damai dan bahagia setiap hari. Aku kembali bekerja di Kelana Square ( opis lama )... sementara papa kini ada keje baru.. which is...
MR. MAMA.


Orang sekeliling berebut - rebut nak mengumpat dan mengata suamiku.. mcm2 ... ada yang kata dia dayus.. makan hasil bini, x pandai cari rezeki.. Pedulik la.. Apa yang kami buat ni, atas sokongan keluarga kedua - dua belah pihak. Rasanya orang yang tahu keadaan anak kami akan faham kenapa kami ambil keputusan sebegini. Lagipon dulu, aku tidak bekerja, menjaga anakku yang sakit di hospital. Papa punya pendapatan tak la sebesar mana. Tapi, aku bangga sebab dia bekerja keras utk menyediakan tempat tinggal yang selesa, makan pakai yang mencukupi buat kami semua. Jauh di sudut hatinya, aku tahu dia terseksa kerana menjaga anak yang sakit bukanlah satu perkara yang mudah. AKu dah melalui keperitan itu dan aku amat2 mengerti. Namun dia gagahkan diri, usaha belajar segala - galanya agar anak kami mendapat penjagaan yang rapi. Aku tau dalam hatinya membuak - buak rasa nak kembali bekerja. Dia pernah bisikkan pada aku, dia serba salah membiarkan aku keluar bekerja.. sedangkan dia di rumah. Bagi aku, ini bukan satu dosa, bukan permasalahan kerana bagiku setiap langkah yang aku hayun saat keluar dari rumah, bermula dengan restu darinya.. Suami merestui .. aku akan jaga amanat ini sebaiknya. Aku amat gembira dengan kehidupan kami seharian....

Bayangkan, bila aku balik dari kerja ( memang la kepenatan yang teramat sangat, dalam keadaan aku berbadan dua ini.. )..... rumah tersusun rapi, pakaian dah siap dicuci dan disidai.. anak2 dah siap mandi, da makan... Makan malamku.. terhidang di atas meja... Aku balik rasa serba salah kerana suamiku menyediakan semua itu... Sedangkan itu tanggungjawabku. Aku bersyukur kerana Allah memperkenankan doaku.. agar urusan kehidupan kami dipermudahkan...

Papa juga dah banyak sangat berubah. Kalo dulu, dia balik keje.. penat, so rasa nak marah tu memang ada selalu. Ada saja menda yang akan buat dia melenting. Aku paham dia penat.. Tapi, tak boleh nak elak.. Adam pon br 3 tahun.. apa la yang dia tau.. Apa yg boleh aku buat, jangan terlalu meminta - minta dan menekan dia dlm apa juga hal... Kini.. papa seorang yang sangat cool... More relax.. Lebih dekat dengan anak2... Sampaikan princess nak selalu ada dengan dia... Princess manja sangat dengan papa.. smp x leh nak berenggang. Papa jarang keluar melepak dengan kawan2 di malam hari... seperti mana yang selalu dia buat dulu2... Masanya lebih banyak dihabiskan dengan anak2... Aku tidak menghalang, cuma aku khuatir kawan2 yang dulu ( kawan2 yang haprak - perosak rumahtangga ) akan kembali mengganggu dia.. Ya Allah, Kau lindungi suamiku daripada golongan2 manusia yang menyesatkan itu....

Perubahan papa .. bermula dari abah dan mama.. bila kami buat keputusan berpindah ke Penang bulan 6 lepas... Abah imam surau @ masjid.. banyak sekali teguran dan nasihat abah buat papa... Terima kasih abah.. kerana sudi memberi nasihat pada papa... Doaku dimakbulkan.. suamiku kini seorang lelaki yang sangat berbeza.. Alhamdulillah... Moga Allah terus melindungi kami... dan sihatkanlah princess kami.. walaupon aku tau.. perkembangan kesihatan dia tidak begitu baik...........................................
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket