Thursday, July 31, 2008

Bayiku didera pengasuhnya .... Ini kisah benar!



Aku ada sebuah tragedi hitam yang menimpa baby girl aku untuk diceritakan pada umum. Macam mana nak mulakan aku pon tatau. Tapi kejadian yang menimpa anakku... pendarahan otak yang kritikal dan dia koma selama 8 hari, terlalu hebat untuk aku tempuhi.

Nur Farhana Batrisya, nama yg kami beri seindah dan secantik pemiliknya baru berusia 5 bulan. Semasa kami suami isteri bekerja dia dijaga oleh jiran aku iaitu Kak Mas. Sepanjang 3 bulan dia menjaga anak2 kami, nampak mcm ok tapi anak aku yg no 2 Adam, kerap mengalami lebam2 di paha. Malah, pernah sekali dia mengalami lebam yg agak teruk di bahagian mata. Aku dan suami bawa dia ke klinik, mujurlah tiada sebarang kecederaan serius. Bila aku tanya abg long, katanya "tadi adam nangis rumah MAMA ( kak mas )". Kronologi kejadian ini....

9.5.2008 ( Jumaat )
7.45pg : Aku bersiap di meja solek utk pergi kerja pada pagi itu. Farhana masih nyenyak tidur di dalam buaian. Aku angkat Nana Isya klua dr buaian dan baringkan di sebelah aku atas katil. Dia buka mata dan senyum pada aku

8.00 pg : Aku klua dr rumah dan hantar Nana Isya ke rumah pengasuh yang hanya selang sebuah dari rumah kami. Sebelum aku tinggalkan Nana Isya.. dia sempat senyum pada aku. Masih ada bau minyak wangi aku pd baju tidur yang dipakainya.

10.45 pg : Kat office, macam biasa. Aku sibuk dengan tugasan yang ada. Khayal aku buat keje. Then abang call, beritahu nak bawa Nana Isya ke klinik. Pengasuh anta Nana Isya ke rumah katanya Nana Isya mcm sesak nafas. Kebetulan abang masih di rumah, terlewat bangun nak pegi keje. Masa tu Nana Isya dah biru kaki tangan. Mcm x cukop oksigen. Mujur Mizan datang umah pagi tuh. Nasib baik laaa.. Kalo x mesti Kak Lang tatau ada orang kat umah. Kak Lang terus lari bawak Nana Isya turun klinik bawah. Smp klinik bwh, doktor beri bantuan oksigen. Tapi slps 5 mnt, dia minta abang bawa Nana Isya ke Hosp sbb dia risau keadaan baby akan lebih teruk. Smp di Trauma & Kecemasan PPUM jam 11.10 pg, Nana Isya dikatakan terkena sawan. Dia diberi ubat pencegah sawan, namun Nana Isya tak bertindak balas pd ubat yang diberi.
Pakar Kanak-Kanak dipanggil kerana keadaan Nana Isya makin teruk. Jalan terakhir yang mereka ambil ialah dengan mengadakan imbasan CT ( CT scan ) kerana tak tau apa punca Nana Isya sesak nafas. Hasil imbasan, pakar kanak-kanak mendapati ada pendarahan berlaku di sekitar otak baby kecil sy. Nana Isya terus dihantar ke Wad Pediatrik 1, ICU PPUM. Aku terus hubungi abah di Penang dan mereka dlm perjalanan ke KL.. Ibu mertuaku di PJ sudah tiba di perkarangan menara timur PPUM.

1.30 tgh hr : Kami tiba di pintu PICU 1. Para doktor bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Nana Isya di Bed 3. Aku hanya mampu menangis dan menangis mengenangkan keadaan Nana Isya. Sungguh x sangka sbb pagi masa aku hantar dia, Nana Isya masih lagi sihat dan tersenyum. Aku lihat semakin ramai doktor mengerumuni katil Nana Isya. Apa yg berlaku di sana?

3.45 ptg : Saya didatangi oleh seorang doktor lelaki (lupa namanya )... mengatakan, keadaan Nana Isya sangat tidak memuaskan. Sangat kritikal dan Nana Isya tenat. Gelap dunia ini aku rasakan. Hampir pitam di sisi suami yang sememangnya sudah tidak bermaya. Dia terlalu panik dengan kejadian yg tidak pernah kami alami ini. Tetapi aku masih mengharap kata2 doktor itu hanya andaian semata - mata.

5.00 ptg : Kami suami isteri dipanggil oleh Prof.Mary Maret, Pakar Perubatan PPUM yang juga Pakar Pediatrik kanak-kanak untuk menerangkan keadaan sebenar Nana Isya. Mmg dia sedang kritikal, tenat, nazak dan sebagainya. Doktor beri kami harapan hanya 10% utk bayi kami survive. Kecederaan otaknya terlalu besar utk seorang bayi. Aku hampir pengsan mendengar kata2 Prof Mary. Ini bukan lagi gurauan! Bukan tanggapan! Malah satu kenyataan. Di benak fikiranku cuma 1, aku akan membawa pulang jenazah anak kecil aku. Ya Allah, dugaan apakah ini? Abang memeluk aku seeratnya dan kami menangis semahu-mahunya. Aku masih tidak percaya seme ini berlaku pd kami sekeluarga. Hampir seme ahli keluarga ada bersama dan semua x mampu menahan air mata. Sejam kemudian, kami dibenarkan menjenguk Nana Isya.... Hancur hati saya melihat lengannya dicucuk dengan bermacam macam jarum menembusi kulitnya yang halus. Sayu aku melihat Nana Isya terbaring kesakitan. Matanya tertutup rapat semacam tidak memberi peluang lagi utk dia menatap wajah kami semua. Doa, solat hajat dan bacaan yassin x lekang dari mulut kami sekeluarga dan juga teman2 rapat kami yg dtg berkongsi kedukaan aku ini.

7.00 mlm : Aku dipanggil oleh Prof Si Lay, Pakar Sakit Puan. Hati aku mula berdebar. Rupanya aku akan terima lagi satu berita yg x masuk akal. Kemaluan Nana Isya juga dicederakan. Dr. Ani Suraya, org yg mula2 nmpk keadaan alat sulit bayiku, seperti ada sesuatu yang telah berlaku. Doktor kata ia mungkin dilakukan dengan sengaja!!! Subhanallah. . Dugaan apakah ini??? Satu perkara yg terlintas di fikiranku, bayiku telah diperkosa. Nauzubillah... Harap2 apa yg aku fikir ni tak benar. Terkunci mulut aku dengan berita yg br disampaikan kepada aku ini. Aku menangis lagi. Tak mampu lagi aku nak mengeluarkan kata2... Doc tak galakkan aku tunjuk part ini pada suami... bimbang dia x mampu menerimanya lagi.

9.00 mlm : Keadaan Nana Isya masih sama, tidak berubah. Doktor mengesahkan Nana Isya koma. Berapa lama.. masih belum dapat dipastikan lagi. Doc lgsg x nak beri harapan pada aku. Yg aku dengar.. kata2 doc.... "Pls don't expect she will survive. Just pray for her. We do our best to save your daughter". Sekali lg aku menangis semahu - mahunya. Belum kering air mata tadi, kini tumpah lagi.. Abang dah semakin lemah. Aku tahu dia kecewa. Aku tahu dia terluka sedih bingung. Dia terlalu sygkan Nana Isya yg mmg dia idam2kan sejak awal perkahwinan kami. Kami diberitahu juga bhw tulang rusuk kiri bayi itu pernah patah dan kini dlm proses bercantum semula. Kami berdua sgt terkejut krn sepanjang dlm penjagaan kami, dia x pernah terjatuh atau terhantuk dan sebagainya. Kemungkinan besar dia dicederakan oleh abg2nya, tp aku x pernah dgr Nana Isya menangis kesakitan. Saat ini aku redha andai Allah Taala menjemput Nana Isya ini kembali. Cukop rasanya dipinjamkan pd aku dan abang hanya untuk 5 bulan. Aku rasa begitu berdosa kerana mengabaikan amanah Allah ini padaku. Aku rs sgt menyesal kerana x berhati - hati dlm soal penjagaannya. Aku betol2 kecewa.. Terlalu kecewa! Hancurnya hati aku ini tiada siapa yg tahu. Walaupun ahli keluarga setia di sisi.. tp x de sapa yg mampu nak memujuk kekecewaan dan kesedihanku ini. Terlalu hebat ujian-Mu buatku Ya Allah... bukan aku mempertikaikan musibah ini tapi kenapa aku?

11.30 mlm : Sedang asyik suamiku melayan sanak saudara yg dtg menziarah, dlm diam aku buat keputusan utk buka dan hentikan semua alat bantuan pernafasan yang ada pada bayiku. Tapi keputusan aku dibantah seme doc kerana mungkin masih ada harapan buat anak kecil ini. Aku hanya tak mahu dia terseksa. Aku x mahu dia menanggung kesakitan lagi. Aku redha, aku pasrah andai Allah mengambil nyawa anakku ini daripada dia terus sakit dan koma begini. Diorg ckp, tunggu la 24 jam mcm mana perkembangan dia. Malam ni mesti aku x mampu nak lelapkan mata. Aku akan mula berkampung di bilik menunggu di ICU ni... Makan di sini, tidur di sini, solat di sini.. Seme di sini. Harapan aku cuma 1, aku akan bawa anak aku balik sihat seperti dahulu.

10.5.2008

6.45 pg : Nana Isya masih kaku terbaring. Tekanan darah yg sgt x stabil, denyutan nadi yg sgt lemah dan juga degupan jantung yg sgt perlahan seiring dengan kesedihan aku. Nana Isya, bayiku sendiri... tapi aku x dibenarkan menyentuhnya. Sedihnya aku.. hanya Allah sj yg mengerti. Rasa cam nak menjerit sekuat hati..

9.30 pg : Para doktor menuju ke katil Nana Isya. Pakar Neuro ( Otak ) tiba di wad utk memeriksa keadaan anakku. Tiba2 tekanan darahnya menjadi normal seperti biasa. Seme gembira dengan perubahan yg tidak disangka - sangka. Walaupun kecil tindakbalasnya namun, ia tetap memberi sedikit harapan dan sinar buat kami seme. Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran pada - Mu. Lantas Pakar Neuro mahu 1
pembedahan kecil dilakukan ke atas bayi sy utk menebuk bahagian atas kepalanya dan dimasukkan tiub kecil utk monitor perkembangan kecederaan bayiku.

1.30 tgh hr : Pembedahan yg hanya stgh jam tu buat aku gelisah. Akhirnya bayi aku selamat menjalani minor operation itu. Aku diajar membaca ICP machine utk membantu sekiranya perlu.

2.30 ptg : Kami suami isteri dipanggil oleh Inspektor Nor Asiah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang menyiasat kes ini. Doktor membuat laporan polis kerana kecederaan yang dialami Nana Isya agak kritikal. Aku dan abang memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi membantu melicinkan proses soal siasat. Mulanya aku fikir x perlu nak mendakwa sesapa kerana, aku anggap seme ni hanyalah kemalangan.. Tapi memandangkan kecederaan di bahagian sulit juga ada, ini bukan lagi 1 kemalangan..

5.00ptg : Keluarga yang datang terlalu hiba melihat anak kecilku. Seme yang datang x mampu nak menyembunyikan kesedihan mereka. Dia bayi yang cantik, comel, baik mengapakah dia diseksa sebegini rupa? Apa dosanya hingga dia diperlakukan sebegini?

11.5.2008


7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... Dia terbaring kaku ... Tidak bergerak lgsg.. Matanya tertutup rapat seakan tidak akan terbuka lagi.. Adik, buka mata.. mama ada kat sblh adik.. Cube tgk mama ada kat sini.. Bukalah mata... Mama tamau nangis lagi... Mama nak bwk adik balik. Aku setia menanti di sisi dengan linangan air mata. Kunjungan dari teman2 dan keluarga tak putus2 .. Terima kasih atas seme dorongan dan sokongan anda....

12.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... Aku dan abang dah start rotate. Hari ni abang keje, esok aku pulak. Kami sambung keje sebab x mo terganggu keje, maklumla ini melibatkan periuk nasi kami.

13.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Pagi ni aku pergi office macam biasa. Tapi hati aku tak tentu arah. X fokus langsung pada keje yang aku buat. Seme serba x kena. Ada saja yang aku buat x betol. Mujurlah bos memahami. Aku cuba call abang, tapi dia x jawab fon. Kenapa plak la abang ni? Napa x angkat fon ni??? Iskhh lagi la aku risau. Aku call wad, nurse cakap anak aku ok je. Sama jugak keadaannya mcm smlm... Still x de perubahan pon. Then, mak call ckp abang demam. Menggigil kat atas tilam dalam bilik menunggu. Ya Allah, sian abang. Aku sangkakan dia melayan mata untuk tidor drpd jenguk anak di dalam. Sorry sayang. Ayang tatau abg demam. Nasib baik mak pergi jenguk. Kalo x, lagi terok la sakitnya.

12.00tgh hr : Aku call Kak Mas sbb mama nak amik baju dan susu kat umah diorg. Mama nak bawak balik 2 org hero nih. Tapi dia x angkat2. Napa dia x mo angkat fon ni? Aku pon pelik. Napa dia lari dari aku? Last2 aku soh mama g ketuk je umah diorg. Tapi aku sangat terperanjat bila mama cakap ada seorang lelaki pakai helmet full face dtg bwk bakul baby anta depan umah. Ntah sapa ntah, xde sebarang kata terus pergi je bila abah sambut bakul tu. Sapa yg Kak Mas anta utk anta bakul ni? Napa dia x anta sendiri. Aku pelik.. Sangat pelik.

4.30 ptg : Mama, abah dan anak2 aku dtg hosp. Abg long dan adam masih x faham apa yang berlaku. Kenapa asyik datang hospital jerk. Sian diorg asyik bertanya mana baby Nana. Mama bawak abang balik sebab demam dia makin teruk, badan makin panas. Mama bawa abang p klinik, doktor cakap abang kene asthma sbb aircond ICU sejuk sangat. Abang memang x leh kene sejuk aircond pon apalagi kalo melampau lampau macam aircond ICU. Nampaknya aku kene gagahkan diri menemani anakku di wad seorang diri. Aku ni susah sket nak tidur kalo abang x de. Mmg dari awal kami kawen pon mcm tu gak. X pe la dia x sihat bukan sengaja. Anak mama.. Koma.... Doktor memberitahu bayi kecil ini akan disuntik dengan ubat paralyze sementara untuk melumpuhkan sistem sarafnya agar Nana tidak bergerak kerana tekanan ICP tidak stabil dan keadaan ini membahayakan bayiku. Buatlah apa sahaja doktor, asalkan dia akan buka mata dan sembuh kembali.

14.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma....

5.00 ptg : Mama abah dtg. Diorg dah nak balik. Anak2 aku akan ikot diorg. Maknanya kami akan berpisah... Ya Allah tabahkan la hati aku ni. Kesian adik abg.. tatau apa2... Terpaksa berpisah ngan mama buat sementara... X pe la.. Apa yang penting skang Nana sihat. Dok sini pon sapa nak jaga. X pe la....

15.5.2008
7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma....

16.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... ICP dah kembali normal... Tapi ....

8.30mlm : Tiba2 ICP naik mendadak dr bacaan 13 hingga ke 60! Doktor panik! Secara tiba2.. tanpa sebarang gerakan ICP naik mendadak. Anak aku dikejarkan ke bilik CT scan utk
mengesan punca keadaan itu berlaku. Syukur.. tiada apa yg serius.. Mungkin something wrong dengan mesin tuh.

17.5.2008

7.00 pg - 12.00 mlm : Keadaan sama mcm smlm... Koma.... Tapi mesin ICP dah dibuka dr kepala bayi aku. Syukur lagi.. Semakin hari ada sahaja perkembangan yg baik. Doktor-doktor yg merawat anakku sangat teruja kerana Nana Isya memberi respon yg sgt baik. Berkat solat hajat dan doa kalian seme...

18.5.2008

6.45 pg : Dia buka mata!!! Berkelip kelip buat kali yg pertamanya slps beberapa hari koma. Doktor x menyangka dia akan beri tindakbalas dlm ms beberapa hari krn jangkaan mereka bayiku takkan bangun utk jangka masa yg lama. Aku sgt2 gembira. Aku menangis lagi. Air mata syukurku...

19.5.2008

9.00 pg : Lewat lak bangun. Smlm x nyenyak. Ada kematian smlm... Sedey tgk keluarga tu. Kami dah rapat... Allahyarham Najat Shahir, moga roh anak kecil itu bersemadi dengan tenang dan diangkat menjadi pari - pari syurga. Aku ngan mama Najat tido, mkn seme sama2.... Tapi anak mama Nana Isya.. masih begitu! Beri aku jawapan-Mu Ya Allah.. adakah aku masih punya ruang utk bersama bayiku? Atau masanya sudah tiba Kau jemput dia kembali ke sisi Mu? Andai tiba waktunya.. ambillah dia dengan cara yg paling baik sekali Ya Allah.. Jangan Kau seksa bayiku lagi... Aku redhakan perjalanannya ke syurga-Mu.. di sana tiada lagi duka, tiada lagi sengsara, berakhirlah seme kesakitan yg terpaksa bayiku tanggung.. Ambillah dia Ya Allah andai itu sudah takdirnya..... Tapi.... Demi - Mu Ya Allah... Aku belom puas bersama amanah pinjaman-Mu ini... Kau hadiahkan dia padaku... Kau beri sinar baru utkku dan kini Kau mahu ambil dia dariku... Sesungguhnya aku insan yg kerdil di sisi-Mu Ya Allah..

7.00 mlm : Aku berbincang dengan doktor di wad, memberitahu hasratku untuk menyambung kerja lps seminggu berkampung di wad. Mereka bersetuju kerana tak banyak yang boleh aku lakukan andai aku hanya menanti di wad. Memang berat hati aku tapi aku perlu kerja. Periuk nasi kene jaga jugak.

21.5.2008

7.30 pg : Aku ciom Nana Isya, nk g keje.. sian anak mama.. Macam paham je mama nk tinggal dia. Nangis je... On the way nak g keje... fikiran merewang je... Mcm2 aku pk.. sambil drive x kering2 air mata... Mengenangkan apa yg berlaku....

4.00 ptg : Alat bantuan pernafasannya dibuka.. tanpa pengetahuanku. . Suprise..... ..... Ahahahahha.. Thanx doctors.. Syukur Ya Allah.. Terima kasih atas segala usaha anda seme.. Imam, ahli masjid yg x putus2 solat hajat utk kesihatan Nana Isya, keluarga dan kawan... Terima kasih. Dan paling utama, syukur ke hadrat Ilahi yg mendengar rintihan hatiku....

7.30 mlm : Klua dr office, pukol 5 aku terus pecut kete balik ke Peads 1. Sampai kat wad, aku terkejut lihat katil anakku berganti pesakit. Rupanya anakku dah dipindahkan ke bahagian tidak kritikal Bed 7. Segera aku menuju ke katilnya. Aku lihat Nana Isya sdg menangis/merengek sendirian.. Alahai anak mama.. sian dia. Rupanya dia lapar susu. Lega aku lihat perubahan dia. Doktor sendiri x sangka dia akan pulih dengan cepat sekali.. Jangkaan mereka 2 minggu dr skang. Tgk2... Kuasa Allah Taala.

22.5.2008

1.30 tgh hr : Call PICU 1 tanya perkembangan Nana Isya.. Dia sedang tidur, sesudah minum susu. Doktor sibuk plak. Minta full medical report utk settlekan hal - hal lain.

5.00ptg : Mak call suruh singgah rumah dulu. Mandi, makan baru pegi wad balik.

7.30 mlm : Lps solat maghrib, aku, abang, mak dan ayah buat solat hajat dan bacaan yassin utk kesejahteraan Nana Isya. Pas2 pegi umah makteh kejap, tgk Su. Abg Rizal nak tgk.

11.30 mlm : Smp kat wad, dr jauh da dgr suara dia.. Menangis. Nurse tgh sedut kahaknya yg agak byk sbb lama sgt pakai mesin. Bahagia aku mendengar tangisannya kerana doktor ckp dia menangis tandanya dia semakin sihat. Lalu, ku pujuk si manja itu hingga dia melelapkan mata.

23.5.2008

7.20 pg : Aku jenguk Nana Isya yg sedang nyenyak tidur. Dr. Wong memegang lenganku dan mengatakan Prof Lucy Lam ingin berbincang sesuatu ttg masalah / komplikasi Nana Isya. Dia sedikit kejang dan memerlukan fisioterapi. Ok la tu. Tapi apa yg menyedihkan aku, Dr. Wong kata, kecederaan di bahagian otak menjejaskan tumbesarannya di kemudian nanti. Penglihatannya juga akan sedikit terjejas, mungkin kabur atau takkan dpt melihat dengan jelas seperti dulu. Hurm... Mampukah aku menangis lagi?

5.00ptg : Dr. Ani Suraya cadangkan aku kembali bercuti dr tugas sebab dia rasa Nana Isya perlukan aku di sisi sebab dia dah sedar dari koma. Sentuhan ibu mungkin dapat meredakan tangisan. Aku setuju dengan cadangan doktor yang lebih mengetahui apa yang terbaik utk anakku. Dia benarkan aku mendukung anakku. Buat kali yang pertamanya...... aku mendukung anakku kembali. Air mata ini tumpah lagi. Aku tatau nak gambarkan perasaan aku skang ni.

7.00mlm : Abang sampai kat wad. Dari jauh da senyum.. Tgk aku sedang memangku anak kesayangannya. Abang x mo tgk anak dia lama2 sangat. Hati dia x kuat nak tgk anak dia camtuh. Tapi aku tahu dia sayang anak dia..

24.5.2008

7.00pg - 12.00 mlm : Sama jugak mcm smlm2. Tapi aku dah diajar mcm mana nak buat suction and bg feeding guna NG tube. Sbb dia maybe lama nak pakai NG ni. Aduss.. x sanggup aku nak buat suction.. Bila dgr dia nangis camtuh. Tapi nak wat camne. Nak bagi dia sihat balik.......

25.5.2008

8.45pg : Bipap dah bukak. Pakai alat oksigen biasa jer.

2.00ptg : Kami dipanggil menghadiri sessi kaunseling dengan Dr. Priya dan Dr. Ani Suraya yang akan menerangkan kepada kami komplikasi dan tahap kecederaan anak kami. Sebak lagi aku... Susah betol nak pujuk hati ni .. terima apa yg mereka ckp... "Di masa akan datang, Farhana takkan kembali normal seperti kanak2 lain membesar.. Segala tumbesaran dia akan terjejas.. Mcm2 komplikasi kecederaan yg akan dia tanggung terutama dari aspek pergerakan, penglihatan dan percakapan. Pendek kata, she will be a handicap, forever... Selamanya hingga akhir hayatnya. Allahuakbar... Allah Maha Besar... Yang menjadikan sesuatu dengan kehendak-Mu... Andai ini takdir buatku.. berikan aku kekuatan... Kuatkan semangatku Ya Allah utk menempuh hari2 depan... Aku bahagia.. Hari ini, Kau memerhatikan daku.... Kau pilih aku dlm ramai2 lautan manusia, utk Kau uji... dengan ujian sehebat ini.. Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku salah seorang ibu kepada bidadari syurga-Mu... Pn Norhayati, Pegawai Kebajikan PPUM byk beri aku sokongan moral... bayaran dan bil2 hospital seme akan ditanggung PPUM kerana kes ini melibatkan kes polis. Syukur lagi... Doc2 terangkan bagaimana cara yang betul untuk menjaga Nana bila dia dibenarkan pulang nanti. Doktor cakap ari ni leh pindah wad biasa. Heheheheheeh. Seronoknya mama. Terima kasih pada seme doktor dan nurse yang dah bertungkus lumus jaga anak kami ni. Thanx sangat2... Tatau nak cakap macam mana.. Thanx.. Thanx.. Thanx....

26.5.2008

7.00 pg - 12.00mlm : Bermulalah proses pemulihan Nana di Wad Peads 2 plak. Dia asyik menangis jer. Asal bagi feeding je muntah. Kahak dia banyak sangat. Suction 3 hourly pon x leh solve prob dia. Hari ni bantuan oksigen dah x bagi dah. Dia ok je. Kene lepak depan kaunter nurse, senang dorang nak pantau...

27.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly. Menangis, tidur.. Bila bangun menangis lagi. Takpe la.... mama akan sabar menanti.

28.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

29.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

30.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

31.5.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly. Bosan dah dok spital.. Rindukan anak2... :( Rindu sgt2.... huhuhuhuhuhu

01.6.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

02.6.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly. Tapi pagi tadi pegi jumpe doktor mata. Buat test. Diorg cakap mata dia ada fokus. Maknanya dia akan boleh melihat semula. Aku x mo harap apa2, cuma aku berdoa, dia akan kembali pulih dan sihat macam dl.

03.6.2008

7.00pg - 12.00mlm : Sama jugak rutin hariannya. Suction and feeding 3 hourly.

04.6.2008

9.00pg : Dr. Ch'ng ckp ari ni boleh balik... Alhamdulillah syukur lagi.. Tapi NG x leh cabut lagi coz x mo isap sendiri so takot nnt dia lapa, susu x minum. Apa2 je la doktor, asalkan saya boleh balik. Aku dah letih duduk wad. Hampir sebulan lamanya. So, tunggu diorg proses surat discharge, kad appoinment dan bil hosp je la. Sblm discharge layan McD dulu.. hubby lapar..

3.00ptg : X leh klua lagi nih. Adus.. kami dah excited nk balik nih. Surat pengesahan oleh kebajikan PPUM belom ditandatangani. Segala perbelanjaan dan bil perubatan Nur Farhana Batrisya akan ditanggung kebajikan sebab kes ni kes polis. Syukur lagi.......

4.30ptg : Siap... Kami dah siap utk balik. Lepas dia diberi imunisasi 3 serangkai, kami dibenarkan pulang. Thanx nurse / doktor Peads 2. Thanx a lot.




FOR ALL THE DOCTORS, STAFF NURSE, SISTERS ... THANX A LOT FOR ALL THE EFFORT AND YOUR BEST PERFORMANCE WHILE NUR FARHANA IN PEADS 1 AND PEADS 2. MAY GOD BLESS U ALL.


A WARM WISHES FOR :

PROF MARY MARET, PROF LUCY LAM, DR. ANI SURAYA, DR. WONG, DR. ZAITUL, DR. CHAN, DR. CH'NG, DR. TAY, DR. MYRINA, DR. ZIANA, DR. ROSSMAN AND ALL THE DOCTORS
ALSO FOR THE STAFF NURSE.................



5 comments:

eza said...

nuwol saya dah baca semuanya.... hanya satu saya mohon agar awak dan suami bersabar dan bersabar, saya mendoakan agar NUR FARHANA BATRISYA sihat seperti manusia normal yang lain di muka bumi ALLAH S.W.T

yang penting nur farhana batrisya kena kuat semangat... kuat...kuat..kuat..

YA ALLAH YA TUHANKU,
SEMBUHKAN LAH TISYA,
KAU KUATKAN LAH SEMANGAT INSAN YANG BERNAMA NUR FARHANA BATRISYA
AGAR DIA BOLEH MENJALANI KEHIDUPAN SEPERTI INSAN BIASA... AMIN....

Aina said...

salam..
akak ingatkan takkan mcurahkan airmata di blog nurul sprt mana kawan2 HB lain kata kan..Tatkala mbaca tajuk posting ingatkan tak nak baca coz nnt mesti meruntun jiwa.Namun akak gagah baca hingga ke noktah akhir..Subhanallah, Maha Suci Allah yang mjadikan kita dan seisi alam.Semoga Dia mberikan kesabaran buat nurul seluruh keluarga dalam mhadapi ujianNya. Amin

Kak Ain aka cahayamata(hospital bersalin)

Misz-ella said...

Kakchik dtg bca. sedih. Kita doakan yg terbaik utk dia ye.

Anonymous said...

Bagaimana kes polis tu? If x keberatan nak share..Pengasuh tu patut di dakwa..

suwara entertainment said...

As Salam..terharu dan menitis airmata saya membaca blog ni..bagaimana dgn kes dera oleh pengasuh tu?klau x keberatan mohon utk share dgn kami..

semoga ur baby kembali sihat dan ceria seperti biasa..insyaAllah, sabar, doa dan tawakal kpdNya..moga2 dipulihkan seperti sediakala..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket