Monday, June 27, 2011

Ragut dan CCTV

bergetar lutut tgk buletin utama kejap tadi.. 
wanita yang baru blk dari bank kene ragut dek 4 lelaki jahanam! 
takotnye tgk. 
punya kemaruk nk merompak, sampai sanggup selak/cabut tudung wanita tu. 
bangsat punya lelaki. 
aurat org pon nak tgk!
jahanam la korang 4 ekor.
nasib baik pompuan tu berani nk jerit, family dengar.  
elok ms kene baling batu tu kene kepala kasi mampos! 
mujur depan rumah ada cctv. 
ha siap la korang setan2 sekelian....
kene sula la dlm lokap nnt.
geramnyeee.. 
tapi takut juge.. 
nekadnya diorg ni meragut siang2


nota ragut : bahaya la pompuan klua masok bank sorang2 
tanpa ditemani sapa2.. 
ni la jadiknye. bahayaaaaaaaaaaaaaaaaa

~babylove~

Tuesday, June 21, 2011

Beri Insentif kepada lelaki yang mahu berpoligami?

Poligami tu penyelesaian masalah bagi: 
1. Lelaki yang sudah mempunyai isteri yg cukop baik di rumah, sempurna dari pandangan mata tapi bernafsu besar dengan punyai wanita simpanan
2. Lelaki kaya yg ingin membantu wanita yg susah.... 
3. Isteri yg sakit dan tdk dapat melahirkan zuriat, adalah zalim jika suami menceraikanya.. 
4. Wanita yg bergelar wanita simpanan mendapat "hak" dlm kehidupannya. 


Maka poligami sebagai penyelesaian dan byk lagi sebab2 poligami.... sebenar syariat yg diturunkan Allah utk manusia bagi penyelesaian kepada masalah2 yg disebut... Islam itu indah...tapi ada garisan yg tdk boleh dilangkaui.....jika lelaki itu mampu dari semua sudut, maka layak utk dia berpoligami, tapi jika sebaliknya haram kerana ia menganiaya wanita dan zuriat yg dilahirkan.... kadang2 manusia tdk memahami perkara yg disyariatkan dan perkara yg digalakkan...... memberi insentif kapada mereka utk berpoligami hanya mengalakkan kurang tanggungjwb lelaki terhadap keluarga..... sedangkan arab saudi yg ramai lelaki berpoligami pun tiada insentif .... Inikan Malaysia yg subsidi dikurangkan utk kebanyakan keperluan hidup..... Lebih baik insentif itu diberi kepada pelajar cemerlang ...lebih mengutungkan atau ibu2 tunggal....


Pilih, letakkan diri anda menjadi ibu tunggal yg kesusahan, sehingga melacur kerana pendapatan yg kurang, dan ada lelaki yg berkemampuan menghulur tgn mengangkat menjadi isteri @ wanita yg menjadi perempuan simpanan, sebagaimana gaya masyarakat barat dan mereka yg tdk boleh berpoligami... atau wanita2 yg uzur dan tdk boleh melahirkan zuriat sedangkan dia masih mencintai suami.... bagaimana islam memartabatkan kaum wanita.... sedang lelaki sebaliknya... jika lelaki uzur atau mandul dia tiada pilihan ceraikan isterinya, agar dia boleh membina kehidupan bahagia dgn lelaki lain.... fikirkan sebelum mengeluarkan kenyataan yg boleh menjejaskan akidah... islam itu cara hidup dan ia byk menyelesaikan masalah sejagat.... Poligami penyelesaian masalah kepada perkara tertentu... tetapi bukan satu galakan.... Ia hanya syariat.... Utk lebih faham pandanglah Rasulullah SAW... Baginda tdk pernah beristeri lain semasa Saidatina Khadijah masih hidup.... tetapi hny selepas kematiannya.... dan poligami yg berlaku dlm hidupnya ada sebab.... 


Lelaki skarang berpoligami?? 
Apa sebabnya? 
Cinta pandang pertama? 
Cintas berlandaskan nafsu? 
Cinta sejati hanya datang sekali.. 
Dan sudah diberi pada manusia bergelar isteri, bagaimana boleh datang cinta kedua? 

~babylove~

Andai sudah takdirnya

Kau dilahirkan menjadi manusia

Jangan la plak kau buat2 lupa tanggungjawab kau pada Pencipta kau
Jangan pula kau buat2 lupa segala suruhan Pencipta kau
Jangan pula kau buat2 lupa camne nak beza antara manusia dengan boneka
Jangan pula kau buat2 lupa akan segala tingkah laku kau menjadi perhatian orang

Jangan kau abaikan  tanggungjawab yang perlu kau tunaikan
Jangan kau persetankan perasaan orang2 lain yang bersama kau
Jangan kau berkelakuan seperti haiwan
Jangan kau persendakan agama kau

Andai itu berlaku malunya menjadi manusia
Andai itu berlaku rosaklah akidah manusia
Andai itu berlaku seksaannya dahsyat wahai manusia
Andai itu berlaku tak guna kau lahir sebagai manusia

~babylove~

Aku Hanya Pendatang

Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu

Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti

Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan


Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan


~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket