Tuesday, June 21, 2011

Aku Hanya Pendatang

Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu

Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti

Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan


Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan


~babylove~

SUMBANG JADINYA

SELAGI KAU BOLEH "MENARI", 
KAU MENARILAH SEPUASNYA... 
JANGAN SAMPAI TERSALAH LANGKAH, 
SUMBANG JADINYA,
MENARILAH KAU MENGIKUT RENTAK YANG KAU SENDIRI MAINKAN,
KERANA BILA SUDAH TERSALAH LANGKAH, 
TAKKAN ADA JALAN KEMBALI BUAT KAU 
MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA ITU... 


PERSIS KAMU WAHAI SI PENARI SUMBANG.... 

~babylove~

Rezeki Datang Dari Allah

Setinggi mana pon jawatan kita
Sekuat mana pon kita bekerja
Segigih mana pon usaha kita
Jangan sesekali kita lupa
Rezeki yang kita dapat hari2 itula
Datang dari Allah
Bila datang dari Allah
Wajib kita sujud pada Allah
Tanda kita syukur dengan rezeki Allah

Nak ucap syukur pada Allah bukan sekadar angkat tangan dan berkata
Syukur......
Solat kene jaga
Barulah rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan-Nya
Bila lupa pada Allah
Camne kita nak mengharap rezeki datang pada kita
Tidakkah ada rasa malu kita mendambakan rezeki Allah
Sedangkan kita x pernah mengerjakan suruhan-Nya

~babylove~

Sunday, June 19, 2011

Klinik Surgery Orthopedic PPUM

14 June 2011 :

Hari ni besday my boy Adam Fikri... :) bawak lolipop 27bj utk kasi kat kawan2 dia. Nak buat camne mama kekurangan modal nak masak2 utk bawak g sekolah. Ye la, mama bukan org senang. Mujur adam x byk songeh. Alhamdulillah...


Kol 2.30ptg, kawan papa antokan mama ngan princess g PPUM sbb princess ada klinik terbaru, Orthopedic.. Prof Mary soh jmp diorg ni sbb lutut princess da smp jelas tinggi sebelah, and bukaan kelangkang princess makin ketat so susah sket nak buat dressing ( tuka pampers dan sbgnya ).. Aku pon g la.. Jmp Dr. Chee ( hensem weih ). Huahuahuahua sempat lg aku. Dia pon tgk xray anak aku. Dia ckp mmg terok dislocation of the hips joint tu. Hurmmm.. Dia suggest utk operate tulang punggung princess, betulkan kedudukan balik, then nak potong 1 muscle kat paha dia utk longgarkan sket supaya x ketat. Tapi............
1. Operation tu akan buat princess mengalami sakit yg amat sbb princess kecik lagi
2. Risiko pembedahan, mcm biasalah katanya.. risiko berlakunya pendarahan.
3. Masalah hips joint ni memang akan berulang di masa akan dtg, so akan lalui byk kali operation bila da sekali buat.

Aku ckp, ikot pada budi bicara u all la sbg doc sbb i x tau apa2... So dia refer ngan prof dia, senior doctor kat Ortho tu.. Doc tu ckp, masalah yg ni 3 tu mmg akan berlaku, so dia kata kalo boleh dia akan cuba elak utk buat operation ni, so dia soh aku dtg blk lagi sebulan sblm operate 4.9.2011.. Tarikh operation 13.10.2011.. Aku ni blur sbnrnya nak buat ke x.. Papa dia x setuju sbb x mo princess sakit. Dia kata kita org tua sakit sket pon x tahan, ni kan plak dia.. Skang ni tgh survey2.. rawatan terbaik tuk masalah princess ni.. Nak urut ke, nak amik botox ke.... Ntah, aku tatau sbnrnyaaaaa... Ya Allah, berikan aku jalan yg terbaik.. Permudahkan urusan princess....

~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket