Sunday, June 19, 2011

2 Minggu di Kg Halaman.. Semenye Indah

30.5.2011:

Abah tiba2 tukar plan plak . Mula2 abah nak dtg KL jemput kami blk penang. Suddenly abah call hubby soh hubby anta kami smp Ipoh, then dr Ipoh abah ngan adik dtg amik. Apalagi, hati aku memang berbunga riang la kan. Heheheheheh.. Terus packing barang, memang eksited abes sbb da 6 bln x jmp mak. Kol 9 mlm, mertua dtg umah, kami jamu nasi ayam sbb memang da niat nak masak utk mak ayah malam tu. Nasib baik jadi, maklumla ayah tu tukang masak pro. Kalo masak x sedap, malu aaa.. Kol 11pm kami bertolak. Kawan hubby temankan dia sbb dia takot ngantok blk sorang2 kang.

Kol 3.30am, kami smp perai, hubby pon sms dia da smp tol subang. Hehehehhe sama2 smp. Aku mmg da flat gile. Ngantok abes. Anak2 seme tido, aku pon bom, ZZZZZZZZZZ. Esok pagi2 tgk mak aku ada kat tilam kami. Aduhai, rindu bebeno.. Terus salam mak, dia da nak g keje tu. Dia dok kelebek si puteri kesayangan dia la, princess. :) Petang tu, kami g rumah baru mak abah kat Mengkuang Titi, Bkt Mertajam. Alhamdulillah, tersergam indah. Syukur sgt. Rasa bahagia tgk mak abah senyum, boleh nmpk hasil titik peluh mereka setelah berpuluh tahun mereka bekerja. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana memberikan rezeki yang melimpah ruah buat kedua ibu bapaku.. So start la operasi mengemas rumah lama sbb due date utk duduk rumah tu smp hari Ahad mlm je. Isnin da kene kosongkan. :) Aku tlg apa yg patut. Ye la si kecik ni paham2 je la. Tu pon, luka sana luka sini. Org sibuk mengemas dia sibuk menyepah.

Bermulalah episod baru di rumah baru. Best sgt 2 minggu dok umah mak abah.. Ari2 tgk muka mak abah, tgk muka anak, puasssssss... Seminggu tu sempat la jaga anak buah cik hanis ( anak kak long ).. demam. Cian dia.. heheheheheh.. Mula2 x mo ngan aku, lama2 baru ok. Jinak2 merpati gituk. Mak ngah syg hanis. Mcm2 aku buat kat kg, cuma x sempat nak berjalan sgt sbb transport terhad. Mak g keje bawak kete. Abg long seronok la adik2 dia ada.. Main je diorg. Celik mata terus main. X penat2... Hurmmm mengenangkan bukan slalu, aku biarkan. Kdg2 je volume tinggi sket. Main pasir la, main kat luar pagar la, main lompat tingkap la.. macam2.. Dia suka la 2 minggu aku kat sana, makan sentiasa bersuap. Seronok sgt2....

Ada 1 petang aku sempat bawak anak2 aku g mengkuang dem. Tengok ikan. Kemain eksited anak2 aku. Tapi syg la makanan ikan x bawak. Boleh tengok je la. Adam kan x pnh jumpe menda2 gini kat KL.. Dia yg over sket tu.

<--- Ni pic abg long ngan adik dia.. dia mmg syg gile budak tecit ni.. mana pegi asyik ngan adik dia je... :)


<--- permata jiwa mama.... adik & abg







<------ nampak x ikan2 tu....?







  <------ Adik tu geram nak turun sbnrnya.....

<----- Ni Anak Sulung Saya yang stay ngan mak kat kg.. Muhammad   Qayyum Zikri , 7tahun.... Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh..
(  Ikot muka sapa? Papa ke mama? )



<---- Adam terover sket... ahahahahaha








<---- mereka ni sehati sejiwa.. gaduh pon ye jugeeee



<--- Mereka anugerah terbaik dalam hidup aku...








Then... 12.6.2011... tiba saat nak blk KL.. sgt la x bestnya.. Sebab da best dok kg ngan mak abah... Huhuhuhu rasa nak nangis je.... Sempat aku iron baju sekolah abg, kapurkan kasut dia.. Nak balik tu ( kol 12mlm, aku cam nak meraung je, tp aku tahan... Anak aku da tido sbb esok dia sekolah. Hurmmm tunggu ek, raya nnt mama blk. Mama syg abg long. Ni pon mama demam, rupanya abg long pon demam. Kita sama2 rindu kot syg.... Huhuhuhuhuh......

~babylove~

Tuesday, May 17, 2011

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

~babylove~

Monday, May 16, 2011

Dugaan ini meruntun jiwa

Kenapa akhir2 ni aku kerap sgt diuji...?
Pelbagai jenis cubaan yang datang....
Pelbagai rintangan perlu aku lalui...
Tapi takde sapa pon nak paham keadaan aku, kesusahan aku, keperitan aku....
Takde sapa pon nak dengar keluhan hati aku...
Takde sapa pon nak dengar rintihan jiwa aku....
Insan Tersayang? Sahabat? Teman? 
Di mana ntah mereka semua........
Da rasa cam hidup sorang2 atas muka bumi ni...
Bila cakap psl mati, org seme nak marah.. Cakap aku x pk anak2.....
Tapi org x pk plak keadaan aku ni camne?
Sedey gile.. memang sedey... 
Bila berblog, aku luahkan seme yg terpendam....

~babylove~

Monday, May 2, 2011

Rindu ... Aku rindu

Hetty Sarlene - Rindu Aku Rindu

Sekeras batu pergunungan
Hebatnya lagi rinduku ini
Biar nanti menimpa diri
Tiada apa yang menandingi

Setinggi langit yang terbentang
Tingginya lagi hasratku ini
Jangan leburkan kasih sayangmu
Kau pamir padaku kekasih

Rindu hati rindu
Bicaramu selalu di ingatan
Pedih hati pedih
Tingkah mu terlalu menyakitkan

Rindu ( rindu ) rindu ( rindu )
Menanti saat kau kembali
Pilu ( pilu ) pilu ( pilu )
Tak tahan hati ku menanggung

Rindu ( rindu ) rindu ( rindu )
Jangan kau tinggalkan ku lagi
Kelu ( kelu ) sendiri tak sanggup luka di hati
Ku menanti jalinan kasih yang terukir
Rindu aku rindu pada diri mu

Rindu aku rindu pada mu



 ~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket