Sunday, April 17, 2011

Bagaimana Hendak Meluahkan Rasa Cinta Pada Insan Tersayang?

Selamat petang dunia....

Hari ni, mood so so suam2 kuku gitu... 
Ingatan tertumpu pada sang kekasih yang sedang berhempas pulas bekerja utk mencari rezeki...
Semoga Allah melindungi kekasihku itu agar dapat meneruskan dan melakukan segala pekerjaan dengan baik...
Walopon masa utk kami bersama kini agak terhad, diharapkan rasa cinta antara kami akan terus berkembang mekar...

Pesanan buat Kekasihku... Suamiku..

Aku tak mengerti ... apa yang kurasa,
Rindu yang tak pernah ... begitu hebatnya
Aku mencintaimu lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak akan pernah tahu


Aku persembahkan ... hidupku untukmu,

Telah kurelakan ... hatiku padamu,
Namun kau masih bisu ... diam seribu bahasa
Dan hati kecilku bicara ...

Baru kusadari ...
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk seluruh hatiku ...


Semoga waktu akan mengilhami sisi hatimu yang beku,

Semoga akan datang keajaiban, hingga akhirnya kaupun mau

Aku mencintaimu

Lebih dari yang kau tahu ...
Meski kau tak kan pernah tahu
 
~babylove~

KHASIAT KULINARI BARAT ( MCD, KFC, BURGER KING, A&W )



Dewasa ini, kulinari Barat semakin diterima dalam menu hidangan kebanyakan rakyat Malaysia. Kentang goreng adalah antara yang bukan lagi asing. Daripada menjadi hidangan popular di restoran makanan segera atau dihidangkan bersama sajian Barat seperti stik atau digoreng sendiri di rumah, kentang goreng begitu mudah diperoleh di mana-mana sahaja.

Kesedaran masyarakat terhadap kesihatan hari ini yang semakin tinggi mendorong kebanyakan daripada kita menyedari keburukan di sebalik kelazatan kentang goreng.

Walaupun, kentang sebenarnya merupakan sumber karbohidrat yang baik, tetapi penyediaan kentang yang digoreng kemudian ditaburkan pula dengan perasa seperti garam menyebabkan menu ini lebih banyak mendatangkan keburukan.

Apatah lagi jika hidangan ini dinikmati di restoran, biasanya minyak yang digunakan untuk menggoreng digunakan berulang-ulang kali sehingga selalunya warna minyak bertukar hitam. Menurut pakar pemakanan Institut Jantung Negara, Mary Easaw, minyak digunakan berkali-kali akan menyebabkan kandungan kalori pada makanan yang digoreng semakin tinggi dan membahayakan kesihatan.

Malah, penyelidikan nutrisi antarabangsa mendedahkan dalam satu hidangan kentang goreng, biasanya kandungan kalori hampir separuh daripada keseluruhan nutrisi yang ditawarkan sajian itu.

Fakta nutrisi menyatakan bagi satu hidangan besar kentang goreng sekitar 169 gram, ia mempunyai 539 kalori, 63.4 gram karbohidrat dan 28.8 gram lemak iaitu 6.7 gram lemak tepu, 7.4 gram lemak trans serta lain-lain.

Tahukah anda berapa lama masa yang anda perlu untuk membakar 539 kalori? Ia bersamaan dengan 40 hingga 60 minit berlari di atas treadmill. Persoalannya, kalau anda fikir kembali, berapa kerapkah anda bersenam dan keduanya, sekiranya anda berada di atas treadmill, berapa lama biasanya anda melakukan larian?

Bagi yang pernah menggunakan treadmill, pasti sudah dapat membayangkan ia bukanlah sesuatu yang berbaloi untuk berlari selama satu jam hanya untuk membakar satu hidangan kentang goreng.

Bagaimanapun, sebagai satu penulisan yang adil, perlu untuk pembaca ruangan ini menyenaraikan juga nutrisi baik yang terkandung di dalam kentang goreng. Satu hidangan besar kentang goreng juga mempunyai dua peratus kalsium, 13 peratus zat besi, lapan peratus vitamin C dan 5.9 gram fiber.

Namun begitu, selain kebimbangan mengenai kandungan kalori yang tinggi, satu lagi kerisauan pakar pemakanan ialah keburukan lemak tepu dan lemak trans. Kajian mendapati kedua-dua lemak ini meningkatkan kolesterol jahat (LDL) sekali gus mendorong kepada risiko penyakit jantung koronori (CAD).

Malah, dengan ramai ibu bapa sudah menghidangkan anak-anak mereka dengan kentang goreng setiap hari, anak kecil anda terdedah untuk mendapat penyakit jantung lebih awal daripada biasa.

Perunding Kardiologi dan Elektrofisiologi, Datuk Dr. Azhari Rosman, menyatakan plak kolesterol sudah terjadi sejak seseorang berusia lapan tahun lagi. Plak kolesterol yang semakin tebal akan menyebabkan darah tersumbat dan menyebabkan CAD.
~babylove~

Thursday, April 14, 2011

CONTEST BAYI COMEL


Assalamualaikum seme.. 
Kawan2 tersayang.. 
Intan payung manja darling sayang seme.... 
Sudi2 kan la jari jemari anda seme utk VOTE anak saya 
Muhammad Zharif Eiman , 11bln ( 1 May 2010 ) .. 
di NO 19 tuh... 
moga2 ada rezeki buat Eiman yg bucuk tu...
Syarat paling senang nak buat.. Just Follow blog Mama Ila kat bawah nun.. Then VOTE ( letak kat komen ). 
Senangkan?

boleh tinggalkan VOTE anda kat laman 
.. secepat mungkin.. 
time kasih seme.. muaaahhhhh  


~babylove~

Wednesday, April 13, 2011

NILAI PERSAHABATAN....



Walopon kita x pernah bersua.. 
Tapi...
Keakraban tu tetap dirasai. 
Sehari x chit chat rasa sunyi... 
Sehari x menjenguk rasa rindu..
Sehari x meluah rasa rasa bagai terbenam dlm jiwa..

EL yg cantik jelita...  terima kasih atas penghargaan ini... 
Juga buat kawan2 yg byk bg dorongan, teguran, nasihat, kritikan, idea, pendapat dan mcm2 lg.. 
k.hana, mama mega, ku'in, yus saudi, wan haryani, toke keranda & ramai lg......
SAYA SAYANG ANDA SEMUA

~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket