Thursday, June 30, 2011

Ustaz Hj Lokman dan Farhana Batrisya

Assalamualaikum seme.....,

N3 ni sbnrnya x plan lgsg.. Tadi sy tengah bantu sorang kawan, dia tgh cari pusat rawatan alternatif Islam.. so sy rekemen la sorang ustaz ni.. Ustaz Hj Lokman .. ala yg slalu kluar Nasi Lemak Kopi O tu.... dengan Ashraf Muslim tu ( bapak mertua dia daaaa )... Sekali sy pon selak2 la web ustaz tu.. Selak punya selak, terjumpa la menda ni... Cer try click jap, Ustaz Hj Lokman Hamid & Ashraf Muslim  Heheheheheheh.. Terpampang gambor saya ngan princess kat muka depan web ustaz ni... Seronoknye.. dapat jumpe Ustaz Lokman ni. Pic tu, Ashraf Muslim yang amik. Dia bagi sy 2 surah utk diamalkan.. Surah Ghafir dan Surah Yunus.. :) Alhamdulillah setakat hari ni, sy dapat selalu baca kecuali time2 x mengizinkan dan time2 anak2 buat perangai.. Semoga akan berterusan. Kawan2 yang ada masalah penyakit, penyakit rohani, atau apa jua masalah, tak perlu cari bomoh atau pawang.. Jumpelah Ustaz Hj Lokman ni, guna perubatan Islam, pakai ayat Quran utk berubat dan mengubati.. Insya Allah.... lebey mujarab.... :-)



~babylove~

Monday, June 27, 2011

Hadiah yang akan kita dapat bila MENINGGALKAN SOLAT...

~ 6 Seksaan ketika hidup di dunia ~

1. Allah kurangkan keberkatan umurnya
2. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah
3. Tidak ada tempatnya di sisi agama Islam
4. Doanya tertolak
5. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
6. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

~ 3 Seksaan ketika sakaratul maut ~

1. Menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
2.Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
3. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walau pun diberi minum sebanyak 7 lautan

~ 3 Seksaan di Alam Barzakh ~

1. Allah akan menyempitkan kuburnya
2. Kuburnya akan digelapkan
3. Allah akan menyeksanya dengan pedih sehingga hari Kiamat

~ 3 Seksaan ketika berada di Akhirat ~

1. Ia akan dibelenggu dan diseret di padang Mahsyar oleh malaikat
2. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
3. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan akan diseksa dengan keras di dalam neraka

:: NISBAH DOSA ORANG-ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT BAGI SETIAP WAKTU ::

~ Subuh ~
-Diseksa selama 60 tahun di dalam neraka (bersamaan 60,000 tahun di dunia)

~ Zohor ~
-Dosanya seperti membunuh 1,000 jiwa orang Islam

~ Asar ~
-Dosanya seperti is meruntuhkan ka'abah

~ Maghrib ~
- Dosanya seperti berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau bapanya (jika perempuan)

~ Isyak ~
- Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar ia mencari bumi lain

~babylove~

Ragut dan CCTV

bergetar lutut tgk buletin utama kejap tadi.. 
wanita yang baru blk dari bank kene ragut dek 4 lelaki jahanam! 
takotnye tgk. 
punya kemaruk nk merompak, sampai sanggup selak/cabut tudung wanita tu. 
bangsat punya lelaki. 
aurat org pon nak tgk!
jahanam la korang 4 ekor.
nasib baik pompuan tu berani nk jerit, family dengar.  
elok ms kene baling batu tu kene kepala kasi mampos! 
mujur depan rumah ada cctv. 
ha siap la korang setan2 sekelian....
kene sula la dlm lokap nnt.
geramnyeee.. 
tapi takut juge.. 
nekadnya diorg ni meragut siang2


nota ragut : bahaya la pompuan klua masok bank sorang2 
tanpa ditemani sapa2.. 
ni la jadiknye. bahayaaaaaaaaaaaaaaaaa

~babylove~

Tuesday, June 21, 2011

Beri Insentif kepada lelaki yang mahu berpoligami?

Poligami tu penyelesaian masalah bagi: 
1. Lelaki yang sudah mempunyai isteri yg cukop baik di rumah, sempurna dari pandangan mata tapi bernafsu besar dengan punyai wanita simpanan
2. Lelaki kaya yg ingin membantu wanita yg susah.... 
3. Isteri yg sakit dan tdk dapat melahirkan zuriat, adalah zalim jika suami menceraikanya.. 
4. Wanita yg bergelar wanita simpanan mendapat "hak" dlm kehidupannya. 


Maka poligami sebagai penyelesaian dan byk lagi sebab2 poligami.... sebenar syariat yg diturunkan Allah utk manusia bagi penyelesaian kepada masalah2 yg disebut... Islam itu indah...tapi ada garisan yg tdk boleh dilangkaui.....jika lelaki itu mampu dari semua sudut, maka layak utk dia berpoligami, tapi jika sebaliknya haram kerana ia menganiaya wanita dan zuriat yg dilahirkan.... kadang2 manusia tdk memahami perkara yg disyariatkan dan perkara yg digalakkan...... memberi insentif kapada mereka utk berpoligami hanya mengalakkan kurang tanggungjwb lelaki terhadap keluarga..... sedangkan arab saudi yg ramai lelaki berpoligami pun tiada insentif .... Inikan Malaysia yg subsidi dikurangkan utk kebanyakan keperluan hidup..... Lebih baik insentif itu diberi kepada pelajar cemerlang ...lebih mengutungkan atau ibu2 tunggal....


Pilih, letakkan diri anda menjadi ibu tunggal yg kesusahan, sehingga melacur kerana pendapatan yg kurang, dan ada lelaki yg berkemampuan menghulur tgn mengangkat menjadi isteri @ wanita yg menjadi perempuan simpanan, sebagaimana gaya masyarakat barat dan mereka yg tdk boleh berpoligami... atau wanita2 yg uzur dan tdk boleh melahirkan zuriat sedangkan dia masih mencintai suami.... bagaimana islam memartabatkan kaum wanita.... sedang lelaki sebaliknya... jika lelaki uzur atau mandul dia tiada pilihan ceraikan isterinya, agar dia boleh membina kehidupan bahagia dgn lelaki lain.... fikirkan sebelum mengeluarkan kenyataan yg boleh menjejaskan akidah... islam itu cara hidup dan ia byk menyelesaikan masalah sejagat.... Poligami penyelesaian masalah kepada perkara tertentu... tetapi bukan satu galakan.... Ia hanya syariat.... Utk lebih faham pandanglah Rasulullah SAW... Baginda tdk pernah beristeri lain semasa Saidatina Khadijah masih hidup.... tetapi hny selepas kematiannya.... dan poligami yg berlaku dlm hidupnya ada sebab.... 


Lelaki skarang berpoligami?? 
Apa sebabnya? 
Cinta pandang pertama? 
Cintas berlandaskan nafsu? 
Cinta sejati hanya datang sekali.. 
Dan sudah diberi pada manusia bergelar isteri, bagaimana boleh datang cinta kedua? 

~babylove~

Andai sudah takdirnya

Kau dilahirkan menjadi manusia

Jangan la plak kau buat2 lupa tanggungjawab kau pada Pencipta kau
Jangan pula kau buat2 lupa segala suruhan Pencipta kau
Jangan pula kau buat2 lupa camne nak beza antara manusia dengan boneka
Jangan pula kau buat2 lupa akan segala tingkah laku kau menjadi perhatian orang

Jangan kau abaikan  tanggungjawab yang perlu kau tunaikan
Jangan kau persetankan perasaan orang2 lain yang bersama kau
Jangan kau berkelakuan seperti haiwan
Jangan kau persendakan agama kau

Andai itu berlaku malunya menjadi manusia
Andai itu berlaku rosaklah akidah manusia
Andai itu berlaku seksaannya dahsyat wahai manusia
Andai itu berlaku tak guna kau lahir sebagai manusia

~babylove~

Aku Hanya Pendatang

Aku bagai seorang pendatang
Ke sempadan yang mengasingkan
Sedang dulu di sini aku bermesra denganmu

Kedatangan tiada sambutan
Dan senyuman tiada balasan
Langkah kaki sampai di sini terhenti

Ku mencari
Kembali pohon hijau nan rendang
Di situlah kita berteduh
Dan sungainya
Bertali arus air mengalir
Bagai takkan berakhir
Dijadikan perlambangan
Tanda setianya percintaan
Dua insan


Perjalanan di tanah gersang
Tanpa sungai dan pohon rendang
Kau dan aku demikian diibaratkan


~babylove~

SUMBANG JADINYA

SELAGI KAU BOLEH "MENARI", 
KAU MENARILAH SEPUASNYA... 
JANGAN SAMPAI TERSALAH LANGKAH, 
SUMBANG JADINYA,
MENARILAH KAU MENGIKUT RENTAK YANG KAU SENDIRI MAINKAN,
KERANA BILA SUDAH TERSALAH LANGKAH, 
TAKKAN ADA JALAN KEMBALI BUAT KAU 
MELAKUKAN LANGKAH PERTAMA ITU... 


PERSIS KAMU WAHAI SI PENARI SUMBANG.... 

~babylove~

Rezeki Datang Dari Allah

Setinggi mana pon jawatan kita
Sekuat mana pon kita bekerja
Segigih mana pon usaha kita
Jangan sesekali kita lupa
Rezeki yang kita dapat hari2 itula
Datang dari Allah
Bila datang dari Allah
Wajib kita sujud pada Allah
Tanda kita syukur dengan rezeki Allah

Nak ucap syukur pada Allah bukan sekadar angkat tangan dan berkata
Syukur......
Solat kene jaga
Barulah rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan-Nya
Bila lupa pada Allah
Camne kita nak mengharap rezeki datang pada kita
Tidakkah ada rasa malu kita mendambakan rezeki Allah
Sedangkan kita x pernah mengerjakan suruhan-Nya

~babylove~

Sunday, June 19, 2011

Klinik Surgery Orthopedic PPUM

14 June 2011 :

Hari ni besday my boy Adam Fikri... :) bawak lolipop 27bj utk kasi kat kawan2 dia. Nak buat camne mama kekurangan modal nak masak2 utk bawak g sekolah. Ye la, mama bukan org senang. Mujur adam x byk songeh. Alhamdulillah...


Kol 2.30ptg, kawan papa antokan mama ngan princess g PPUM sbb princess ada klinik terbaru, Orthopedic.. Prof Mary soh jmp diorg ni sbb lutut princess da smp jelas tinggi sebelah, and bukaan kelangkang princess makin ketat so susah sket nak buat dressing ( tuka pampers dan sbgnya ).. Aku pon g la.. Jmp Dr. Chee ( hensem weih ). Huahuahuahua sempat lg aku. Dia pon tgk xray anak aku. Dia ckp mmg terok dislocation of the hips joint tu. Hurmmm.. Dia suggest utk operate tulang punggung princess, betulkan kedudukan balik, then nak potong 1 muscle kat paha dia utk longgarkan sket supaya x ketat. Tapi............
1. Operation tu akan buat princess mengalami sakit yg amat sbb princess kecik lagi
2. Risiko pembedahan, mcm biasalah katanya.. risiko berlakunya pendarahan.
3. Masalah hips joint ni memang akan berulang di masa akan dtg, so akan lalui byk kali operation bila da sekali buat.

Aku ckp, ikot pada budi bicara u all la sbg doc sbb i x tau apa2... So dia refer ngan prof dia, senior doctor kat Ortho tu.. Doc tu ckp, masalah yg ni 3 tu mmg akan berlaku, so dia kata kalo boleh dia akan cuba elak utk buat operation ni, so dia soh aku dtg blk lagi sebulan sblm operate 4.9.2011.. Tarikh operation 13.10.2011.. Aku ni blur sbnrnya nak buat ke x.. Papa dia x setuju sbb x mo princess sakit. Dia kata kita org tua sakit sket pon x tahan, ni kan plak dia.. Skang ni tgh survey2.. rawatan terbaik tuk masalah princess ni.. Nak urut ke, nak amik botox ke.... Ntah, aku tatau sbnrnyaaaaa... Ya Allah, berikan aku jalan yg terbaik.. Permudahkan urusan princess....

~babylove~

2 Minggu di Kg Halaman.. Semenye Indah

30.5.2011:

Abah tiba2 tukar plan plak . Mula2 abah nak dtg KL jemput kami blk penang. Suddenly abah call hubby soh hubby anta kami smp Ipoh, then dr Ipoh abah ngan adik dtg amik. Apalagi, hati aku memang berbunga riang la kan. Heheheheheh.. Terus packing barang, memang eksited abes sbb da 6 bln x jmp mak. Kol 9 mlm, mertua dtg umah, kami jamu nasi ayam sbb memang da niat nak masak utk mak ayah malam tu. Nasib baik jadi, maklumla ayah tu tukang masak pro. Kalo masak x sedap, malu aaa.. Kol 11pm kami bertolak. Kawan hubby temankan dia sbb dia takot ngantok blk sorang2 kang.

Kol 3.30am, kami smp perai, hubby pon sms dia da smp tol subang. Hehehehhe sama2 smp. Aku mmg da flat gile. Ngantok abes. Anak2 seme tido, aku pon bom, ZZZZZZZZZZ. Esok pagi2 tgk mak aku ada kat tilam kami. Aduhai, rindu bebeno.. Terus salam mak, dia da nak g keje tu. Dia dok kelebek si puteri kesayangan dia la, princess. :) Petang tu, kami g rumah baru mak abah kat Mengkuang Titi, Bkt Mertajam. Alhamdulillah, tersergam indah. Syukur sgt. Rasa bahagia tgk mak abah senyum, boleh nmpk hasil titik peluh mereka setelah berpuluh tahun mereka bekerja. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana memberikan rezeki yang melimpah ruah buat kedua ibu bapaku.. So start la operasi mengemas rumah lama sbb due date utk duduk rumah tu smp hari Ahad mlm je. Isnin da kene kosongkan. :) Aku tlg apa yg patut. Ye la si kecik ni paham2 je la. Tu pon, luka sana luka sini. Org sibuk mengemas dia sibuk menyepah.

Bermulalah episod baru di rumah baru. Best sgt 2 minggu dok umah mak abah.. Ari2 tgk muka mak abah, tgk muka anak, puasssssss... Seminggu tu sempat la jaga anak buah cik hanis ( anak kak long ).. demam. Cian dia.. heheheheheh.. Mula2 x mo ngan aku, lama2 baru ok. Jinak2 merpati gituk. Mak ngah syg hanis. Mcm2 aku buat kat kg, cuma x sempat nak berjalan sgt sbb transport terhad. Mak g keje bawak kete. Abg long seronok la adik2 dia ada.. Main je diorg. Celik mata terus main. X penat2... Hurmmm mengenangkan bukan slalu, aku biarkan. Kdg2 je volume tinggi sket. Main pasir la, main kat luar pagar la, main lompat tingkap la.. macam2.. Dia suka la 2 minggu aku kat sana, makan sentiasa bersuap. Seronok sgt2....

Ada 1 petang aku sempat bawak anak2 aku g mengkuang dem. Tengok ikan. Kemain eksited anak2 aku. Tapi syg la makanan ikan x bawak. Boleh tengok je la. Adam kan x pnh jumpe menda2 gini kat KL.. Dia yg over sket tu.

<--- Ni pic abg long ngan adik dia.. dia mmg syg gile budak tecit ni.. mana pegi asyik ngan adik dia je... :)


<--- permata jiwa mama.... adik & abg







<------ nampak x ikan2 tu....?







  <------ Adik tu geram nak turun sbnrnya.....

<----- Ni Anak Sulung Saya yang stay ngan mak kat kg.. Muhammad   Qayyum Zikri , 7tahun.... Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh..
(  Ikot muka sapa? Papa ke mama? )



<---- Adam terover sket... ahahahahaha








<---- mereka ni sehati sejiwa.. gaduh pon ye jugeeee



<--- Mereka anugerah terbaik dalam hidup aku...








Then... 12.6.2011... tiba saat nak blk KL.. sgt la x bestnya.. Sebab da best dok kg ngan mak abah... Huhuhuhu rasa nak nangis je.... Sempat aku iron baju sekolah abg, kapurkan kasut dia.. Nak balik tu ( kol 12mlm, aku cam nak meraung je, tp aku tahan... Anak aku da tido sbb esok dia sekolah. Hurmmm tunggu ek, raya nnt mama blk. Mama syg abg long. Ni pon mama demam, rupanya abg long pon demam. Kita sama2 rindu kot syg.... Huhuhuhuhuh......

~babylove~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket