Saturday, September 21, 2013

Introducing Our Newborn Girl.....

Assalamualaikum....

Baru hari ni dapat update blog yang da sekian lama bersawang ni. Alhamdulillah diberi kesempatan utk menulis dan bercerita..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana penantian kami selama 40minggu 4 hari berakhir pada 30.8.2013 jan 5.21 pagi... di hening pagi Jumaat yang penuh barokah... aku telah selamat melahirkan seorang baby girl yg sangat chomel... Alhamdulillah syukur sgt.. Berakhirlah sudah proses kehamilan dan bermulalah proses berpantang bagi aku..

29.8.2013, jam 5.00 pagi ~ aku bangun g bilek air.. boleh rasa yang si kecik dlm perut ni tak berapa nak aktif sgt. Aku goyang2kan perut, usap2.. gosok2 dia.. kejutkan dia soh bangun. Kasi ada gerakan sket, tp baby still x bergerak pon. Dup dap dup dap .... aku da mula berdebar sbb aku da overdue 3 hari. Tiap2 hari kene g check kat KKIA sbb da overdue, so dorang nak pantau jantung baby masih ok dan x lemas.. so boleh la postdate utk bersalin smp 1.9.2013 nnt. Aku kejut papa sbb mula risau si kecik tanak gerak2 jugak. Iskhh tidur ker dia? Rasa cam nak beli 1 alat pengesan jantung baby, so kita leh pantau sepanjang masa.. Hubby ajak g spital. Aku masih berkira - kira nak g ke tanak. Memula pk anak2 ni.. lps tu pk tanak kene seluk2 bila da smp LR nnt.

6.00 pagi ~ Akhirnya aku mengalah jugak. Aku pon bersiap la nak g serah diri kat Dewan Bersalin Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Seram sejuk dibuatnya.. Tgk plak org keliling ada yg da pecah ketuban, ada yg da bukak 6cm.. seme ready to deliver. Tapi aku ni skit sakit pon tak terasa lagi.. Haishhhh... Nurse daftarkan aku macam biasa.. then masok bilek rawatan utk pasang CTG . So far jantung baby normal je.. Masih aktif degupan jantungnya ( takde tanda2 lemas ). Legaaa sket.. So aku pon mintakla nak balik sbb ikot KKIA dorang bg postdate smp 1.9.2013.. Tapi doc yg observe aku cakap tayah la balik.. lagipon da overdue. Nak tunggu apa lagi. Induce aje. Allahuakbar.. Itu yg takmo dengar tu.. hehehhehee....

7.30 pagi ~ Aku dihantar ke wad Kenanga 11 .. Berdebar jantung ni macam baru nak melahirkan anak sulung plak. Hehehehehe... Tak lama lps tu, nurse cakap aku kene pindah wad.. sbb nak induce. Lagi la tambah berdebarnya. Da la kene naik wilcha, da mcm sakit benooo rasanya. Smp la wad Kenanga 10.. aku dpt bed 25. Menunggu doc smp utk masok ubat pukul 9 pagi.. Serius berdebar.. Takot la pulak.. Haishhhh....

9.15 pagi.. Doktor2 da memenuhi ruang wad Kenanga 10. Smp kat katil aku.. ada 2 org doc Cina dtg utk review.. Dr. Thai.. Baik je soft spoken orangnya. Oleh sbb aku ni nak bersalin anak ke 5, so doc decide utk induce 1/2 bj sahaja.. Bab tu tayah nak cite la kan? Paham2 sendiri la bila nak masok ubat tu apa gayanya. Alahaiiii....

1.30 tgh hr ~ Nampak kelibat hubby & eiman smp kat wad bawakkan makanan. Aku smp da tak lalu nak makan. Bukan psl sakit tapi risau da masok ubat tapi takde rasa sakit. Haishhh.. Kalo tak sakit cmne jalan nak bukak, then camne nak bersalin? Kalau jalan tak bukak kene la insert ubat lagi. Tu yang tanak tu. Eiman cam cuak sket tgk aku baring atas katil. Smp je terus cium2 aku. Heheheheh.. muka cuak dia terbayang2 smp ari ni...

3.40 ptg ~ Masih dengan 2 cm.. so doc masokkan lagi 1/2 bj dengan harapan ada bukaan lagi.

5.00 ptg ~ Mak dtg ngan bebudak seme.. Sian papa tak dpt menniaga ari ni. Standby nak sambut kelahiran baby dia. Kecoh riuh rendah bebudak ni. Mak bawakkan nasi tapi nasi tgh hari tadi pon aku tak lalu nak makan. Risau, kecut perut seme ada. Sakit mula terasa tapi sekejap sekejap. Hubby ckp relax la mcm x biasa.. Mmg la da biasa tapi kali ni rasa cam lain sket...

9.40mlm ~ Masih tak bukak lagi jalannya. Sakit pon dtg main2. Tak sakit sgt pon. So doc decide nak "tolong" bukakan jalannya .. Smp la dpt 3cm .. dia soh anta g LR amik mood nak bersalin. Gile nervous kau jangan cakap laaa... Halahhhhhhhh. Hubby masih ada kat perkarangan hospital then aku cakap balik le dulu sian plak kat dia. Baru 3cm ntah kol brp nak klua baby ni.... Aku pon bersiap - siap nak dihantar ke LR.

10.30mlm ~ Aku ngan org sebelah katil ( Kak Nani ) da siap utk bertarung di LR. 2 wilcha jalan sekali. Sepanjang jalan ke LR, aku berzikir "La Illa Hailla Anta Subhanakainni Kuntu Minazzolimin" ... Tu je yang kluar. Dpt LR no 5 aku pon naik baring atas katil . Sejuknya ekonnnnnnnnnnn.... Lps tu ada 3 org doc dtg. Sorang lelaki 2 pompuan.. Dtg cek bukaan bawah then nak pecahkan air ketuban. Memula doc laki tu nak buat tapi dia tak berjaya. So Doc pompuan tu take over.. Air ketuban berjaya dipecahkan .. keluar dengan banyaknya.. Doc ckp air ketuban cantik elok lagi means baby tak de berak dlm perut so risiko baby makan najis tak ader walaupun dah overdue. Alhamdulillah.. 2 kali nurse salin kain lapik ngan baju aku sbb basah kene air ketuban.

12.00 tgh malam ~ Sakitnya mula terasa. Ada sorang staff nurse ni baikkkkkkkkk sgt. Ckp lembut aje. Dia bagi aku minum air sbb aku haus sgt masa tu. Then dia offer nak kasi ubat tahan sakit ( contraction ). Aku pon apa lagi amek je laaa... Malangnya ubat tu buat aku lali dan mengantok.. sudahnya aku terlelap atas katil tu smp aku lupa sakit nak bersalin...... zzzzzzzzz......

3.15 pagi ~ Sakitnya da mula terasa, bila aku sedar tangan aku da siap dipasang drip .. Induce air la pulak.... Contraction pon bermula.. Memula skit je... lps tu hamekkk ko!!!! Sakitnya laa Allah saja yang tahu. Dtg plak doc cek lagi bukaan masih jugak 3cm.. dia pon "tolong" lagi smp jadi 4cm. Sakitnyaaaa Ya Allah hai. Nak nanges je rasa. Dia ckp sy tolong skit kalo tak lama lagi U akan duk sini.. Sepatutnya anak no 5 jalan cepat bukak. Aku ni da mula pk mcm2.. Aku wat dosa ngan sapaaaa la plak ni hai. Da mintak ampun maaf seme.. siap call sms bagai. Makin lama makin terasa sakitnya.

4.20 pagi ~ Nurse pasang CTG lagi sekali.. Kali ni dorang kata graf denyutan jantung baby nmpk tak cantik sgt. So mcm ada komplikasi kat situ. Aku pon apa laginye.. Surrender la kengkonon. Terus mintak doc soh czer. Aje gile kepala hotak aku ni haaaaa.. Tatau luka czer tu lagi sakit dr bersalin normal. Mujurlah doctor tu wat tak reti je kat aku ni. Kalau tak, bawah bukak atas pon bukak. Heheheheheh... Gile gile... tapi mmg surrender la bab contraction. Gile punya sakit Allah saja yg tahu.. zikir pon jadi tunggang langgang sbb terlalu sakit. Nak menangis rasanya... Aku hadap jugak...

5.00 pagi ~ Kali ni aku memang da tak tahan sesangat dah. Rasa nak membuang tu mmg ada dah. Aku pon jerit la panggey nurse... "Kak sy rasa cam nak berak la kak"... Nurse pon ckp "Takpe berak je nanti saya bersihkan". AKu pon iye kan la.. Aku pacak dedua kaki.. Nurse ada kat kaki aku.. Skali dia mintak aku hold "Eh kejap kejap kejap.. Jangan teran! Baby da nak klua. Saya belom standby." Kelam kabut staff nurse 2 org bukak seme alat2 nak sambut baby. Aku tak tunggu lama lagi dah. Aku pon kemam mulut dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim .. Aku kemam mulut aku and start pushing out the baby. Allahuakbar sekali push je baby aku pon da klua tepat jam 5.21 pagi. Nurse baru nak get ready soh aku tarik nafas utk push terperanjat tgk baby da klua complete.. Heheheheh.. "Alahai, saya baru nak suruh tarik nafas dan push awk da klua ye sayang. Pandainya mama dia push! Sekali teran je." Then sorang lagi plak ckp "Nice.. Good job mummy. Takde koyak langsung. Pandai teran. So tak payah jahit la camni" Ya Allah lega sgt dengar. Nurse amik kain lapik hijau and letak atas perut aku. Toingggg si kecik ni dorang letak kat situ soh aku tgk and pegang sementara dorang nak kluarkan uri. Subhanallah .. indah dan cantik ciptaan Allah ni. Comelnya si kecik ni baru kluar dr rahim aku. Tak nanges pon tapi kelip2 mata dia pandang muka aku. Pehtu tau apa dia buat? DIA KENCING ATAS MAMA DIA! Hahahahahaha... Good girl! Pandai dia.

Syukur pada-Mu Ya Allah atas kurniaan ini... 
Taraaaaaaaaaaa..... Inilah dia si kecik tu 

NUR AIN QAISARA BT. AHMAD SHAHRIL
30.8.2013 , 5.21 PAGI , 3.01KG

Terima Kasih yang tak terhingga pada Hubby Tersayang , Mak + Abah & family, Staff Nurse, Doctors dan seme yang membantu sepanjang proses nak melahirkan ni... Alhamdulillah, Allah beri kami rezeki dan kurniaan seperti yang kami idam - idamkan ( baby girl ).. Moga kelahiran di pagi Jumaat yang penuh barokah akan menjadikan Nur Ain Qaisara anak yg baik dan solehah, and bakal menggantikan mama utk jaga kakak princess bila mama tak de nanti... Mama sayang seme anak2 mama...


~babylove~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket