Tuesday, June 21, 2011

Beri Insentif kepada lelaki yang mahu berpoligami?

Poligami tu penyelesaian masalah bagi: 
1. Lelaki yang sudah mempunyai isteri yg cukop baik di rumah, sempurna dari pandangan mata tapi bernafsu besar dengan punyai wanita simpanan
2. Lelaki kaya yg ingin membantu wanita yg susah.... 
3. Isteri yg sakit dan tdk dapat melahirkan zuriat, adalah zalim jika suami menceraikanya.. 
4. Wanita yg bergelar wanita simpanan mendapat "hak" dlm kehidupannya. 


Maka poligami sebagai penyelesaian dan byk lagi sebab2 poligami.... sebenar syariat yg diturunkan Allah utk manusia bagi penyelesaian kepada masalah2 yg disebut... Islam itu indah...tapi ada garisan yg tdk boleh dilangkaui.....jika lelaki itu mampu dari semua sudut, maka layak utk dia berpoligami, tapi jika sebaliknya haram kerana ia menganiaya wanita dan zuriat yg dilahirkan.... kadang2 manusia tdk memahami perkara yg disyariatkan dan perkara yg digalakkan...... memberi insentif kapada mereka utk berpoligami hanya mengalakkan kurang tanggungjwb lelaki terhadap keluarga..... sedangkan arab saudi yg ramai lelaki berpoligami pun tiada insentif .... Inikan Malaysia yg subsidi dikurangkan utk kebanyakan keperluan hidup..... Lebih baik insentif itu diberi kepada pelajar cemerlang ...lebih mengutungkan atau ibu2 tunggal....


Pilih, letakkan diri anda menjadi ibu tunggal yg kesusahan, sehingga melacur kerana pendapatan yg kurang, dan ada lelaki yg berkemampuan menghulur tgn mengangkat menjadi isteri @ wanita yg menjadi perempuan simpanan, sebagaimana gaya masyarakat barat dan mereka yg tdk boleh berpoligami... atau wanita2 yg uzur dan tdk boleh melahirkan zuriat sedangkan dia masih mencintai suami.... bagaimana islam memartabatkan kaum wanita.... sedang lelaki sebaliknya... jika lelaki uzur atau mandul dia tiada pilihan ceraikan isterinya, agar dia boleh membina kehidupan bahagia dgn lelaki lain.... fikirkan sebelum mengeluarkan kenyataan yg boleh menjejaskan akidah... islam itu cara hidup dan ia byk menyelesaikan masalah sejagat.... Poligami penyelesaian masalah kepada perkara tertentu... tetapi bukan satu galakan.... Ia hanya syariat.... Utk lebih faham pandanglah Rasulullah SAW... Baginda tdk pernah beristeri lain semasa Saidatina Khadijah masih hidup.... tetapi hny selepas kematiannya.... dan poligami yg berlaku dlm hidupnya ada sebab.... 


Lelaki skarang berpoligami?? 
Apa sebabnya? 
Cinta pandang pertama? 
Cintas berlandaskan nafsu? 
Cinta sejati hanya datang sekali.. 
Dan sudah diberi pada manusia bergelar isteri, bagaimana boleh datang cinta kedua? 

~babylove~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket