Thursday, February 24, 2011

Sawan Datang Lagi....



Assalamualaikum semua.....

Pagi ni cuaca cerah, alhamdulillah pintu rezeki sedang
terbuka luas di hari Jumaat, penghulu segala hari. Ya Allah, Kau berikanlah kami rezeki sebagaimana orang lain yang engkau limpahkan rezeki buat mereka.. Ya Allah Kau berikanlah kesihatan kepada kami dan puteri kami yang sgt kami sayang Farhana Batrisya.. semoga kesakitan dan kesengsaraan yang dia tanggung akan segera berlalu Ya Allah...


Farhana Batrisya... Lama betol mama x update blog pasal Kakak. Huhuhuh betol2 x de masa mama nak mengarang. Dek kerenah Kakak, kenakalan Zharif.. x menang tangan mama. Tapi apa pon, skang ni anak2 mama ada depan mata mama.. Mama da x perlu klua g keje, sbb mama nak Kakak betol2 stabil dulu. Hati mama semakin hari semakin tersiat - siat tgk keadaan Kakak yang makin kurus, x de selera makan, serangan sawan jangan cakaplah. Kalau dulu just 3 ke 4 kali.. sekarang ni da menginjak ke 7 - 9 kali. Sekali kene mesti 3 - 4 minit. So kalau sehari 7 x 4 = 28mnt, 7 x 9 = 63mnt... Tu kiraan sehari.. Kalo hari-hari kene dalam seminggu, 28mnt x 7 = 196mnt. Hurmmmm... Tak sanggup lagi dah mama nak kira sayang. Hari demi hari, sel2 otak kakak direngut dek sawan yang tak berhenti - henti 'mengganggu' Kakak. Sesuatu yang memang sukar mama nak hadapi... Orang yang tak pernah alami apa yang kita hadap skang ni mesti takkan faham gelodak hati mama kan Kak? Mesti orang ingat mama ni tak cukop kuat, sket2 nak mengeluh, sket2 nak mengadu, sket2 nak menangis.. Hati mama ni takde siapa yang dapat nak selami. Mama terpaksa tunjuk mama sedang bahagia, mama gembira, hakikatnya hanya Allah saja yang tahu sayang....



Boleh tak mama luahkan perasaan pada Kakak? Kakak boleh faham tak apa mama nak cite ni? Dalam keadaan mama dan Kakak yang terseksa begini, ada juga insan yang x de perasaan mendoakan kehancuran hidup mama, sayang... Ada yang doakan mama masok neraka sebab katanya mama x jaga maruah papa, ada yang doakan hidup mama jahanam, ada yang kata mama tak cium bau syurga, macam2 lagi Kak. Kesian mama tau. Seme tu hanyalah sebab dunia maya yang belom tentu hujung pangkal kebenarannya.. Bagi mama, Facebook hanya satu laman sosial yang bukan 100% semuanya benar. Tapi, hasil penulisan mama diekploitasi, nukilan mama dijadikan bahan utk dicaci dikeji, tanpa usul periksa. Tuduhan yang datang itu membuatkan hati mama ibarat kaca yang terhempas lalu jatuh berderai. Takkan la mama sampai x de akal fikiran ( sepertimana yg mereka sangka ). Alah, nama pon laman sosial. Komen2 yang ada, even bukan dari mama pon, bukannya seme 100% betul pon. Cuma Kakak ni kisah realiti.... Benar2 terjadi. Mama begitu terluka Kak.. Sampai hati insan2 yang mama anggap kawan, tega melukai hati mama. Allah tahu apa yg mama buat.. Tapi kan, Allah sayang mama.. Allah beri mama ujian yg sangat hebat ini.. Semakin mama terus tabahkan hati, semakin banyak pahala boleh mama kumpul. So mama akan terus bertahan dek segala tomah dan caci daripada orang2 yang tak pernah faham kesengsaraan kita, kan Kak....? Wajar tak kalau mama x nak maafkan diorg yang mengeji, mencaci, mengutuk, mendoakan yg tak baik buat kita? Wajar ke Kakak...?


Allah juga yang tentukan di mana letaknya mama setelah dihisab di Padang Mahsyar kelak. Mama tak bodoh lagi Kakak, mama tak gila nak dedahkan seme keaiban rumahtangga pada umum. Mama masih ada agama. Mak tok & Tok Wan da ajar mama ilmu yang cukup baik untuk mama timbang yang mana halal dan yang mana haram, yang mana baik dan yang mana buruk. In fact, mama dan papa sangat bahagia... Alhamdulillah... Mama sangat bersyukur dengan apa yg mama ada hari ini. Papa, Abg Long, Adam, Kakak & Zharif.



Terus terang mama cakap, mama sudah tawar hati untuk menjalinkan persahabatan dengan orang2 optimis sebegini. Tapi, mama perlu teruskan hidup. Mama perlu teruskan perjuangan mama yang sudah bermula bersama Hypro. Seme tu untuk Kakak tau.. Memang mama tak usik hasil2 yang mama dapat tu, sebab mama da tekad nak guna duit tu untuk beli kerusi roda untuk kakak... Kerusi roda tu cantik sangat, warna biru. Nanti mesti Kakak selesa duduk atas kerusi roda tu. Harganya RM4600 sayang... Hurmmmm.. Bagi mama & papa , sangatlah tinggi harganya. Tapi takper, hasil mama buat Online Biz ni, Insya Allah cukop nanti utk mama dapatkan jugak kerusi roda tu. Sebab tu bila orang kata mama riak bila ada duit banyak, mama takbur bila da senang, mama kedekut bila da kaya.. Mama senyum je, sebab tu bukan duit mama. Tu seme duit Kakak. Mama tolong usahakan aje. Mama tau Kakak tak de upaya nanti nak cari duit sendiri. Kakak dan Mama akan saling memerlukan. Mama sudah mengabdikan diri mama untuk berkhidmat pada Kakak secara percuma... Pahala dan dosa, Allah yang tentukan untuk mama. Mama redha setiap hinaan kawan2 mama yang mengutuk bisnes yang mama buat skang ni. Takpe la sayang, janji halal. Janji mama tak mencuri, mama tak merompak... Mama cari duit poket, sambil membelai Kakak kat rumah. Mesti dah lama Kakak nak mama jaga Kakak sepenuh masa kan? Mama minta maaf kay ... Bukan mama takmo jaga Kakak sebelum ni, mama kesian kat papa keje sorang2.. Gaji papa x la besar mana ... Sederhana je. Tapi kan Kak, papa ni rajin sangat kerja.. Papa akan pastikan kita anak2 beranak tak kelaparan, walaupon sesuap nasi pasti papa usahakan. Alhamdulillah, Allah temukan mama dengan lelaki yang setabah papa ni ( masa Kakak kritikal dulu je papa x kuat, asyik pengsan je ). Papa akan buat apa sahaja yang boleh mendatangkan hasil utk beri kita kesenangan Kak.. Walaupon skang ni Papa sorang je yang keje, tapi kita masih cukop makan.. Papa baik kan Kak...? Kakak sayang tak papa? Mestilah.... Kakak la satu2nye anak yang tak boleh nak berenggang lama dengan papa.. Especially bila papa g outstation, aduhai.. terserlah.... Asyik meragam .. menangis... Bila mama litupkan Kakak dengan kain pelekat papa, barulah kakak diam.

Panjang lebar mama celoteh sorang2 ari ni.. YANG PASTI MAMA BUKAN NAK MENAGIH SIMPATI DRPD ORANG2 YANG SUDAH MENGGANGGAP MAMA SEBAGAI MUSUH MEREKA. Selama ni pon bukan ramai pon yang amik peduli pasal kita kak. Yang tahu susah senang, hanya kita berdua sayang.. Tapi ada jugak kawan2 mama yang sayangkan Kakak.. Ada yang kata kakak cantik cam bidadari.. Memang la, kakak da jadi pari2 syurga.. menanti waktu diangkat ke Syurga abadi.. Di mana takkan ada lagi kesakitan, kesengsaraan, kesusahan, keperitan.. Mama nak ikut kakak pergi syurga jugak, walaupon ada org doa2 mama masok neraka.. Kesian mama kan kak.....? Kakak jangan tinggalkan mama sebelum tiba waktunya. Kakak tunggu mama, kita pergi Syurga sama2.... 

Ok la sayangku Farhana Batrisya.. sampai sini dulu.. Nanti mama tulis lagi. Adik awk ni shebok je.. Mama sayang kakak.. Kakak sebahagian daripada hidup mama. Kakak ibarat nyawa mama.. Sakit kakak sakitlah mama, nangis kakak nangislah mama... Andai perginya kakak, mungkin pergi juga mama.... Kita bersama menuju ke Syurga abadi .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Photobucket